Aku sebenarnya nostalgik bila teringat memori-memori lama. Aku ada dua orang abang yang aku sangat akrab dari kecik lagi. Disebabkan masa aku banyak dihabiskan dengan abang-abang aku, aku tak macam perempuan lain yang main masak-masak dan patung. Cakap apa sahaja permainan budak lelaki kebanyakannya aku dah cuba. Sampaikan aku lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan.
sumber gambar : google |
Di antara kedua-dua abang aku yang selalu kenakan aku ialah abang aku yang no. 2. Aku panggil dia angah. Dia memang selalu kenakan aku.Lepas dia kenakan aku, dia buat-buat sorry depan mak ayah aku. Lepas tu, bila mak dan ayah aku tak nampak, dia buat thumb ups sign dan sengih macam kerang busuk. Lepas aku kejar dia, dia lari dan selalu kunci diri dia dalam bilik. Sampai satu tahap jari aku beberapa kali tersepit celah pintu. Aku menangis dan jerit " angah bodoh! angah bongok!". Bila mak aku dengar aku sebut perkataan yang tak patut, aku yang teruk kena marah. Lepastu aku tidur. Tiap kali aku bangun, sakit tu dah hilang. Betullah tidur tu memang boleh hilangkan sakit. Sebab tu tiap kali badan aku sakit atau hati aku sakit, aku suka tidur. Sekurang kurangnya bila aku bangun dari tidur, kesakitan itu hilang.
Walaupun abang- abang aku selalu kenakan aku tapi diorang lah yang buatkan dunia aku semasa kecil seronok. Aku bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya.Jadi, tak banyak permainan yang mak dan ayah aku belikan. Memandangkan kedua dua abang aku seorang yang kreatif, diorang reka permainan sendiri. Tak perlu keluarkan duit, tetapi kepuasan itu pasti.
Kami ada banyak tempat rahsia. Bila kena marah atau sedih tempat rahsia itu yang dituju. Antara tempat rahsia yang paling aku suka ialah atas bumbung. Dari situ aku boleh tengok laut, selat tebrau yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dengan jelas. Oh abang aku juga buat rumah atas pokok dan tiap kali aku nak naik aku kena cas. Aku bayar pakai duit jutaria. kehkehkeh
Antara game yang aku suka main masa kecik ialah nyorok-nyorok. Kebiasaannya game ni aku dan abang-abang aku main dalam rumah masa malam. Ye lah time malam kan tak boleh main kat luar. Memandangkan aku dan abang-abang aku kanak-kanak hyperactive yang tak reti duduk diam, dalam rumah pun boleh main. Untuk elak dari mak dengan ayah aku tahu, kami buat id dengan password. Sebagai contoh,abang aku sebut ' nyor mude'..maknanya nak main nyorok nyorok tak? lepas tu kalau aku respon 'o yea' maknanya aku setuju.
Masa hari raya aku dengan abang aku orang paling excited. Masa kecik memang tak ada perasaan malu. Eh budak mana tau malu ye tak?. Hari raya aku dengan abang aku akan pergi beraya hampir kesemua rumah dalam kampung tak pun di kawasan perumahan yang kami tinggal. Kebanyakannya rumah yang kami pergi ialah rumah orang yang kami tak kenal. Nampak je rumah orang Melayu, terus bagi salam.
Kami : Asslamualaikum, kami datang nak raya
Tuan rumah : waalaikumussalam, haa..meh masuk meh.
Kami : Takpe cik. tak yah masuk pun takpe. kami nak duit raya je.
Serius bila aku teringat balik nampak sangat yang aku ni mata duitan kehkehkeh. Tapi budak-budak masa kecik memang tak pandai nak menipu kan? Budak-budak masa kecik memang sangat jujur.
Kadang-kadang aku tak suka abang aku sebab dia selalu kacau aku tapi pada masa yang sama aku bersyukur sebab ada abang. Diorang sangat protective sebab tu masa aku satu sekolah dengan diorang, tak ada yang berani kacau atau buli aku.
Kadang-kadang aku tak suka abang aku sebab dia selalu kacau aku tapi pada masa yang sama aku bersyukur sebab ada abang. Diorang sangat protective sebab tu masa aku satu sekolah dengan diorang, tak ada yang berani kacau atau buli aku.
Ya, dia abang aku..
Yang ajar aku cara nak naik motor.
Yang ajar aku cara nak defend bila ada orang kacau.
Yang akan cerita banyak benda baru yang aku tak tahu.
Yang banyak ajar aku tentang kehidupan.
Tanpa mereka dunia kecil aku pasti hambar.