Hari ni macam biasa, lepas balik dari lab aku terus turn on lappy.
buka facebook .
Lepas tu aku tengok ada gambar yang menarik perhatian aku.
Bila aku tengok gambar ni.
Hati aku sakit, sedih.
Anak luar nikah,
Ni bukan benda baru.
Kalau ikut laporan rasmi yang dikeluarkanJabatan Pendaftaran Negara (JPN)
terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu
kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Aku tak cakap yang benda ni harus dipandang ringan.
Tidak.
Cuma aku nak bercakap tentang sikap sesetengah orang. Bila terjumpa dalam akhbar atau facebook gambar macam ni, terus menghukum,mencarut, menyumpah bagai.
Setahu aku, Islam tak pernah menyuruh atau menggalakan umatnya menghukum. Orang ramai mudah berkata itu dan ini. Menghukum itu ramai tetapi yang memberi jalan penyelesaian itu hampir tiada. Bagi aku ia antara sebab masalah seperti ini tak pernah selesai sejak dari dahulu. Sebab bercakap dan menghukum itu sememangnya mudah.
Lompat ke konklusi?
mudah bukan?
Kau hanya perlu terus menghukum
Aku tahu, bila tengok gambar bayi dibuang,
hati kita sakit
marah
Sebab tergamak seorang manusia,
yang Allah bagi akal untuk berfikir,
sanggup buat macam tu
Tetapi,
kita perlu ingat,
siapa kita untuk menghukum?
Bila aku tengok komen-komen yang diberi,
aku sendiri kecewa
Berapa ramai yang menghina, mengkeji dan menyumpah
Dan..
berapa ramai yang berdoa,
semoga orang yang melakukan kesalahan tersebut,
berubah dan bertaubat atas semua kesalahan yang dia lakukan?
Aku tengok tak ada pun..
Kalau ada boleh dibilang dengan jari.
Bagi aku bukan kerja kita untuk menghukum
sepatutnya bagi aku,
jika ada orang yang kita kenal
tak kisah saudara-mara atau pun kawan-kawan yang terlanjur,
Jangan dikeji atau dihina.
Pendekatan yang terbaik harus diguna supaya ibu dan bayi tersebut dapat diselamatkan.
sebab sesesungguhnya mereka ini menjadi mangsa nafsu yang tak terkawal dan cetek ilmu agama
Mereka seharusnya dibimbing ke jalan yang betul agar si kecil itu tidak mati sia-sia.
Bayangkan, mereka dah buat satu dosa,
tetapi jika masyrakat itu sendiri,
menghukum,menghina dan mencaci,
tak mustahil satu lagi dosa akan dilakukan,
dengan membunuh bayi yang langsung tak berdosa.
Fikirkan..
maaf..bukan niat aku nak menyinggung sesiapa.
aku sendiri insan yang lemah dan jahil
apa yang aku tulis adalah pandangan peribadi aku
dan juga peringatan untuk diri aku sendiri..
No comments:
Post a Comment