klik le

Saturday, June 30, 2012

Aku terima nikahnya..

Tadi aku borak dengan one of my bestie..Cakap pasal kahwin..ngeh ngeh ngeh.
Banyak benda yang aku borak dengan dia antaranya cinta selepas kahwin.
Pendapat aku, cinta sebelum kahwin memang tak boleh nak menjamin kebahagiaan rumah tangga tetapi yang penting tanggungjawab semasa kahwin.

sumber gambar :mr google

Cinta sebelum kahwin bagi aku tak penting.
Yang penting Cinta sesudah kahwin.
Cinta sebelum kahwin tu sendiri lagi banyak buruk dari baiknya.
Tapi seronok gila borak pasal kawin tadi.
Mana taknya, asal aku online semua sibuk tukar DP kawin.

Bestie  : Jom berangan-angan kahwin. Kalau ko kahwin,ko nak tema warna apa?

Aku      : Aku nak kaler putih. Aku suka putih. tapi simple..pastu ada pink pink sikit.seronotnya

Bestie  : Aku nak tema putih kuning..Doorgift?

Aku      : Doorgift kalau boleh nak bagi benda yang orang boleh guna..kehkehkeh

Bestie  : Photographer?sekarang ni mahal weh. Dekat 3 K. Kalau boleh aku nak ambik kat studio. Macam orang lama lama.

Aku      : Pun boleh. Orait jugak tu. Aku pun rasa membazir bayar mahal mahal untuk photographer.


Daripada tema, ke doorgift, pelamin sampai la ke anak. Hahaha. serius. Tapi aku rasa umur aku sekarang ni memang sesuai untuk prepare dari segi mental dan fizikal sebelum menuju ke gerbang perkahwinan..*sambil buat muka ayu supaya ada mak cik masuk minang untuk anak dia..kahkahkah

view from the window..

Cuti cuti ni aku memang tak keluar rumah.
Duduk memerap dalam bilik..
Makan dan kemudian berhibernasi.
Berhibernasi kemudian makan..
Heaven gila..
Masa aku banyak dihabiskan dalam bilik.
Jadi aku nak share view yang aku selalu tengok dari tingkap bilik aku..

Ada apa dengan pokok?
Back to nature..







Tanya sama pokok..apa sebab goyang..(sila nyanyi dalam versi hazama)

Entry untuk Mak

Hari ni 30 Jun birthday mak aku.
Bagi aku mak aku orang yang paling awesommmmeeeeee dalam dunia ni.
Yang paling banyak bekorban untuk aku adik beradik.
Bagi aku mak aku seorang ibu dan isteri yang sempurna.
Serba-serbi pandai. Menjahit, memasak, bakery..semua reti.
Iron lady..tu mak aku..
Aku rasa kalau mak aku ada blog mesti macam-macam dia tulis.
Antara benda yang dia akan tulis ialah resepi resepi lepas tu petua-petua kecantikan..kehkeh



Aku nak share satu video yang bagi aku memang lawak..kehkeh..



That is my mother. She is an iron lady.  She would give me the whole world if she could gather it in her arms. That is why she will never have the whole world in her arms, that is why she will always have the whole of my love.

I love you mom.


Friday, June 29, 2012

Meow oh Meow oh Meow..



Entry sebelum ni aku ada cerita pasal cara nak hilangkan tekanan. Bagi aku sendiri, kucing juga boleh menghilangkan tekanan . Sebab tu aku suka kucing. Tengok kucing je mood aku cepat baik.


bawak tidur best ni..

Meow suka kotak

trying to be sexy..

makan time




comel gila kan? Mood yang tak baik pun boleh jadi baik..^_^


Tekanan? chill..


Tadi aku buka facebook. Salah seorang kawan aku bagitahu yang dia agak depressed. Dia minta pendapat. Aku tahu aku bukan orang terbaik yang dapat bagi nasihat. Aku pun selalu jugak depressed ni. Tapi aku nak share jugak cara-cara yang boleh diamalkan untuk kurangkan depressed ni.


sumber gambar : Mr google


Antara langkah yang boleh diambil untuk kurangkan tekanan :

1) Dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Especially dengan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Selalulah mengaji al- Quran. Kalau facebook boleh buka hari-hari kenapa al-Quran tak boleh dibuka hari hari kan?

2) Cari tempat yang sunyi untuk beribadat, bertafakur dan bermuhasabah diri. Fikir tenang- tenang.

3) Bergaul dengan orang yang positif dalam persekitaran yang positif. Sila jauhi orang yang berion negatif.

4) Banyakkan bersabar. Setiap manusia akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Itu hakikat yang harus diterima dan kita seharusnya reda.

5) Sentiasa bersyukur. Sama ada diuji atau mendapat nikmat.

6) Bersihkan hati dan paling penting jangan ada perasaan dendam, hasad dengki, riak atau takbur.

7) Lapangkan dada. Ingat setiap yang berlaku adalah takdir Allah dan dengan izin-Nya. Pasti ada hikmah..

8) Teruskan berdoa dan bertawakkal..




Err last sekali pastikan tidur mencukupi..*_^..
Tidur itu penting!!!!



Engagement

Officially engaged! 
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.
Lepas ni kena belajar masak secara profesional..^_^


I'm taken


 The hantaran


err to be clear..ni bukan aku yang tunang. tapi abang aku..bagi suspen jap..


Bercuti, berjimba dan berhibernasi..


Dah dekat seminggu cuti semester aku start. Dah seminggu jugak lah aku duduk dekat rumah.

Antara aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti ni berhibernasi, berhibernasi, berjimba di internet dan berhibernasi lagi. Memang aku qadha balik tidur aku yang lepas lepas. 
Selain tu aku juga buat business apam euro 2012 bersama rakan kongsi aku yang juga merangkap presiden geng mafia. 
Misi aku, sambil tambah berat badan, sambil tambah pendapatan. Oh aku juga selalu buat origami bersama presiden geng mafia. Heaven  gila bila main dengan budak-budak.

    

Tengok ada rerama, beburung dan bunga bungaan. Meriah sungguh.  Teringat zaman budak budak dulu. Sangat Nostalgik. T_T

Mari memasak bersama kak Mimo

Tengok tajuk entry macam gud gud je kan aku ni?
masak kunun..
Tapi takpe hari ni aku nak share resepi apam euro 2012..




see..ada rupa bola kan?
apam ni sangat sangat mudah untuk dibuat.
tak perlukan kepakaran pun.
Biasanya orang buat corak polka dot tapi aku buat corak bola yang tak berapa nak jadi macam bola..kehkeh..
Memandangkan sekarang ni tengah euro 2012 jadi aku namakan kuih ni apam euro 2012..

Bahan-Bahan.
6 biji telur kalau boleh telur gred B. Kalau nak buat gred C pun boleh tapi lebihkan sebiji.
secawan gula kastor
sesudu besar ovallete
Secawan santan kotak
2 cawan tepung kek atau tepung naik sendiri @ tepung kek
secawan tepung gandum
Jem..(ikut citarasa yang aku buat ni pakai blueberi jem)
Paste.vanilla,pandan, strawberry..ikut citarasa


Saiz cawan mesti sama untuk sukat semua bahan. Cawan apa apa pun boleh tapi prefer yang tea cup tu.

Cara membuat.

1)  pukul telur, gula dengan ovallete sehingga kembang.
2) Then, masukkan santan dan gaul sehingga sebati. ( step no 2 ni kacau secara manual guna pengacau, tak perlu mesin).
3) Lepas tu masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sehingga rata.

4) Lepas adunan digaul sehingga rata asingkan kepada 4 bahagian. 3 bahagian pun boleh. Ikut cita rasa  masing masing.
Aku bahagikan adunan yang aku buat kepada 4 bahagian. dua bahagian untuk badan apam dan dua lagi untuk corak apam.
Untuk apam aku buat dua perasa pandan dan vanilla.
5) Masukkan pandan paste dan vanilla paste ke dalam bahagian adunan yang telah dibahagikan tadi.
untuk lagi 2 bahagian , aku letakkan choclate paste dengan strawberry paste sebagai corak.
6) Masukkan adunan yang telah dibuat tadi ke dalam papercup.

Aku buat dua layer. Lepas layer pertama aku letak jem, lepastu letak pulak layer kedua.
Lepas layer kedua aku buat corak bulat bulat menggunakan adunan yang dah dibahagi tadi.Masukkan ke dalam piping beg. Lepas tu tembak je kat dalam papercup tadi.

7) Lepas siap, kukus 15 minit.

Tadaaa..lepas kukus dah ready untuk dimakan.
Selain tu boleh juga di buat business.
Aku suruh presiden geng mafia bawak kat sekolah. Kehkehkeh.
Pancing pelanggan budak-budak. Setakat ni business kami dah berkembang.
Sambil makan menggemukkan badan, boleh juga dibuat duit.

Selamat mencuba~



Friday, June 22, 2012

Kesunyian, Kemurungan..

Tengok tajuk entry pun dah tahu betapa depressednya aku.
Mana tak depressed semua orang dah balik rumah masing-masing.
Roomate aku pun dah balik. *supir  atau dalam bahasa Inggeris driver aku  si Mimi tu pun dah balik.
Forever alone la sangat kan?

Bagi aku perasaan yang paling tak best masa exam bukan pasal tak dapat jawab exam tapi perasaan bila kau tengok orang lain dah habis exam siap mak ayah jemput bagai tapi kau sorang-sorang struggle untuk next paper yang  berderet lagi.

Seriously, jadual exam sem ni paling tak best. 6 paper overall.  4 paper berderet. Aku tak cukup tidur sampai hilang selera makan. Tambah -tambah sem ni banyak sangat tragedy yang berlaku. Alhamdulillah,  Yang penting sabar dan tidur.

kenapa tidur?

Bagi aku takde kesakitan hati atau badan yang tak dapat diselesaikan dengan tidur. Orang lain aku tak tahu. Tapi bagi aku, kalau fizikal atau emosi aku sakit, aku suka tidur sebab bila aku bangun, kesakitan tu hilang. Macam magic   pulak..kehkehkeh

Berjimba di youtube..

Kadang-kadang aku tak paham usm ni. Masa tak exam dia block youtube..
Time exam boleh pulak dia tak block.Abaikan...mari kita berjimba-jimba di youtube ye kengkawan.
Antara aktiviti yang selalu aku lakukan ketika berjimba di youtube ialah tengok Mat lutfi .
Siapa yang selalu bukak youtube mesti kenai aih Mat lutfi ni. Vlogger yang famous dekat Malaysia.




Salah satu  sebab aku suka pasal Mat lutfi ni, video yang dibuat bukan setakat nak menghiburkan orang tapi ada  mesej yang tersirat dia cuba sampaikan. Setiap apa yang disampaikan walaupun secara santai tapi mempunyai banyak mesej yang mendalam.
.


Gelak sorang-sorang dalam bilik..

Wednesday, June 20, 2012

Tuesday, June 19, 2012

100 truths





1. Last drink : Plain water 

2. Last phone call :

3. Last text message :

4. Last song I listened to : all my life-kc

5. Last time I cried : Yesterday..terharu punya pasal

 

HAVE YOU EVER 

6. Gotten back with someone I broke up with : Practically yeah, if u mean off and on.

7. Been cheated on : .lumrah alam

8.  singing on the public     : hahaha hell no!

9. Lost someone special : my beloved atuk

10. Been depressed : Of course. I'm just a normal human being

11. Been drunk and threw up : Not interested


THREE FAVE COLORS 

12. White

13. blue

14. Green 


THIS YEAR HAVE YOU: (2012) 

15. Made a new friend : Yes. Many of them!

16. Fallen out of love : Nope.

17. Laughed until you cried : Trying to..

18. Met someone who changed me this year : Oh totally.. Never thought it will turn out this way. 

19. Found out who my true friends are : Oh definitely. Been depressed about this for quite some time

20. Found out someone who has just been talking about me : er..Don't actually care..

21. Kissed anyone on Facebook : hahaha..nope..

22. How many of your Quibblo friends do you know in real life : I have no idea what Quibblo is?

23. Eye Color : Dark brown

24. Pets : Nope for the moment

25. Changing name : Sticking to this

26. Last birthday : Last year

27. Time I woke up : 6.00 a.m

28. At midnight : study..final exam kunun.

29. Something I can't wait for : to finish my final exam!!

30. Last time I saw my Mother : couple months ago..T_T

31. One thing I could change : ......no idea

32. Listening to : the sound of my fan

33. Talked to a person named Tom : I have non

34. Getting on my nerves : Someone who don't listen to others. All they know is talk about themselves

35. Most visited web page : Facebook. No argument. 

36. Real name : N.S.A

37. Nicknames :  mimo,

38. Relationship status : single..

39. Zodiac sign : Capricorn

40. Gender : female

41. Primary school : Sk taman pelangi,Johore and sk Jalan Bahagia, Pahang

42. Middle school : sktj

43. High school : sktj..then technical school

 

44. Hair color : Originally dark dark brown/black

45. Length : S
houlder

46. Height : 5 feet 2

 
47. Skin : Fair


48. What do I really like about myself : the way I don't hold grudge toward others

49. Piercings :yilek..

50. Tattoos : haram

51. Right or left : right


FIRST: 

52. Surgery : liposuction..hahhahaha..kidding..

53. Piercing : my earlobes

54. Bestfriend(s) : Yes! its u!

55. Hero : Doraemon..

56. Love : Someone I met when I was 16. 

57. Heartbreak : The same person that had my first love I guess?

58. Death in the family : My grandfather..

59. Time you got grounded : I can't remember but definitely during my primary school years.

60. I'm about to : sleep anytime soon

61. Listening to : the sound of the fan

62. Waiting for : semester holiday..yippie

63. I'm feeling : depressed..due to the final exam.hahaha

67. Lips or eyes : both would seemed appealing if I have something on you. :)

68. Hugs or kisses : hugs. :)

69. Shorter or taller : taller of course. I'm short enough..eh no..

70. Older or younger : older

71. Romantic or spontaneous : spontaneously romantic

72. Stomach or arms : haha. not really into over the top physical condition thingy. anything acceptable will do if u insist

73. Sensitive or loud : not to sensitive and not too loud

74. A hook-up or relationship : definitely a relationship type of girl


HAVE YOU: 

75. Kissed a stranger : kalau stakat belaga laga pipi tu, yeah..

76. Drank hard liquor : never and don't intend to

77. Lost glasses or contacts : nope

78. S_x on first date : never in life

79. Broken someone's heart :  i hope not

80. Been arrested : not that I could recall. :p

81. Turned someone down : yeah. and was filled with guilt

82. Cried when someone died : yeah..

83. Fallen for a friend : fortunately, yes. :)

DO YOU BELIEVE IN: 

84. Myself : most of the time. :)

85 Society : hmm. 

86. Heaven : yes

87. Santa Claus : not really

88. Love : I do

89. Angels : yes

90. God : Allah the mighty..


ANSWER TRUTHFULLY: 

91. Had more than one bf at a time : never. never know how

92. Did I sing today : of course..

93. Did something illegal : many times. for instant, pernah bawak motor even takde lesen :p

94. Go back in time-- I wish

95. Did you hear the word is love? : meaning?

96. Afraid of falling in love : sometimes

97. Last time I lied : day before. -.- 

98. Late, early, or Right on time : always early. better.

99. Give my life for others : if that's what I'm supposed to do, I will

100. Am I afraid to post this : No..

Again..



3 papers more..

Here I am..facing the laptop..screwing up my fate..





Friday, June 15, 2012

Aku perempuan itu

Bertahun tahun aku jadi budak perempuan itu
Tempat meluahkan perasaan dan tempat menaikkan ego..
aku senyap..sekadar tersenyum..

Aku perempuan itu ..
Perempuan tipikal yang dilihat kurang bijak
Perempuan yang kau takkan toleh dua kali bila terserempak.
mungkin sebab tu orang tak pernah pikir apa yang aku rasa..
Lebih tepat menganggap seolah olah aku tiada perasaaan.


1. Ada ketika walau sibuk macamana pun aku, kalau ada kawan yang minta pertolongan aku, aku cuba tolong. Aku tak kisah dia hilang masa aku perlukan dia. Tapi aku kisah dia tak hargai pertolongan aku dan tambah menyakitkan buat cerita pasal aku.

2. Senyum.. Aku cuba senyum  setiap kali aku jumpa dengan orang. Aku kecewa bila aku senyum dekat orang tu dia tak senyum kat aku balik. Lagi-lagi bila dia tunjuk muka benci dekat aku. Terumatamanya cashier bila aku tak bagi duit kecik masa beli barang atau sesiapa yang aku terbump tengah jalan.

3. Aku cuba memendamkan apa yang aku rasa.  Sometimes it's so hard voice it out what is in my mind because I  rather be hurt than hurt others.

4. Aku tak suka berdendam. Aku cuma kekok bila nak berbaik dengan orang yang pernah cakap pasal aku. Lagi-lagi bila aku tak pernah cari pasal dengan dia but she keeps bugging my life sampai emosi aku terjejas. Bagi aku lebih baik aku elak dari berjumpa dia dari terpaksa menjadi hipokrit.

5.  Aku cuba elak untuk berdendam dan membuat keputusan untuk memaafkan walaupun ada sesetengahnya tak layak langsung untuk dimaafkan. Sebab bagi aku dengan memaafkan aku dapat jalani hidup aku dengan lebih baik tanpa berdendam.

Life's too short to be miserable because somebody else is being an ass to us.Still..revenge is not my thing..



Sahabat yang awesome..^_^

Minggu-minggu terakhir exam ni tak dinafikan aku agak tertekan..
Entah mana semangat aku yang dulu..
mujur aku ada sahabat-sahabat yang awesome!
yang selalu ambil berat.
bagi aku tu dah cukup.
walaupun kita semua jauh.
kata-kata semangat  dah cukup buat aku.

satu perkara bodoh yang aku selalu buat..
luah masalah pada orang yang tak pernah peduli..
sedangkan ramai lagi yang peduli..

"mi, habis final jom pergi cuti2 malaysia! hehe for the time being study memolek ok! gud luck paper pkl 3 ni.."

thanks zah..you've just made my day..hehe..hepi bila dengar pasal cuti.

p/s:memandangkan korang ramai yang keje..kena sponsor budak yang tengah belajar ni..kahkahkahkah

lagi satu..kalau aku kawen dulu..aku nak peti ais 4 pintu..hahahah *tetiba cakap pasal kawen..

coursework oh coursework..

Tadi aku bukak e-learning..
cek markah coursework aku..
........
gila sikit....
padan muka aku sapa suruh main-main.
tapi..
macamlah markah coursework aku before ni tinggi kan?
positive..positive..
oh lupa..
alhamdulillah..
nampak sangat aku ni tak bersyukur..
sekurangnya ada markah dari takde.. kan?
sem ni nampak sangat tahap kemalasan aku berganda.
masa aku berhibernasi juga berada di tahap kritikal.

4 paper lagi..aku memang kena struggle..
semoga Allah s.w.t permudahkan..
untuk semua kawan-kawan aku yang tengah berjuang.
semoga Allah s.w.t permudahkan  juga perjuangan kalian..

fighting! gambatte ne! 


Tuesday, June 12, 2012

Berborak bersama cleverbot




Nampak sangat life aku boring..

Pilihan terakhir..cleverbot sebagai teman berborak..




kompelin

kecewa dengan sikap sesetengah orang yang tak bersyukur sebab tak dapat dengan apa yang dia nak.
Ok..contohnya..kenapa tak lawa la..kenapa gemuk la..kenapa result tak bagus la..kenapa tak dapat itu.kenapa tak ini..komplen jek.
Aku pun  sama..T_T.

Tapi bila kita fikir balik keadaan kita tak la teruk.
Kalau kita fikir keadaan kita ni teruk ada lagi orang yang lagi teruk dari kita..

Sangat annoying bila..orang complain parents tak kasi duit cukup. Lagi-lagi kalau orang tu masih study, sewa parents tanggung takpun still dok dengan mak bapak, makan minum semua beres.

Lagi satu tak bersyukur dengan cakap yang " eh..apesal aku tak lawa macam dia" takpun.."aku gemuk..tak macam dia"..

come on la..sangat pathetic bunyi nye..bukannya cacat pon..mata tak buta..mulut tak bisu..anggota tak cacat..bersyukur la..

Pastu komplen..tak dapat makanan fevret..padahal tak sedar hari hari makan lauk lebih dari sejenis..

Tak salah nak complain tapi depends..Tak ada gunanya kau asyik whining pasal benda bodoh, orang pun tak suka dengar.

*untuk diri sendiri jugak. no offense..

p/s: demmit.aku online jugak.

Thursday, June 7, 2012

Entry sebelum berjuang..

salam.
hai semua.
hari ni aku bertekad.
ya aku perlu bekorban
beberapa minit dari sekarang aku akan bekorban.
mungkin dia akan paham.
perpisahan ni sementara..
untuk kebaikan aku dan dia..
aku bertekad.
aku terpaksa..
walau hati aku mungkin kesepian..
bye DELL ku sayam..
untuk beberapa minggu ni..
tiada lagi  runningman
tiada lagi  fesbuk
tiada lagi  belog
tiada lagi ishare
bye bye bye..
aku nak periksa .
semoga pengorbanan aku kali ni berbaloi..


 *masa untuk bungkus laptop..



Friday, June 1, 2012

Maru.. si meow comel


Baru-baru ni aku bukak youtube..tiba-tiba ternampak satu video kucing yang sangat comel. Nama dia Maru..Maru kucing gemuk yang sangat comel...`


study week..

yes! yes! study week dah start.
minggu ni memang sangat hectic
test marathon dan assignment
presentation lagi..
tinggal lagi satu assignment untuk disubmit next week.
Hari ni aku nak tidur puas puas.
Bagi badan aku rehat sikit..
Ok..sebenarnya aku dah tidur..
tapi aku rasa nak tidur lagi..
mungkin kalau aku bangun tidur kejap lagi.
aku akan tidur balik..
bahagia sungguh hidup ni kan?

Doa Nabi yunus..






Maksudnya :
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".
(Surah Al-Anbiya : Ayat 87)

 Doa Nabi Yunus ni antara doa yang selalu diamalkan dalam solat sunat taubat. Doa ni sebenarnya mempunyai banyak kelebihan jika nak diamalkan sebagai zikir atau doa harian.  Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. 


Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus a.s. untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus a.s. membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus a.s. terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini.
Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t..
Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh. Yang penting bagi aku, niat dan keikhlasan kita dalam nak meminta pertolongan dari  Allah s.w.t. InsyaAllah, Allah s.w.t sentiasa mendengar rintihan hambanya.

Nama

Aku mempunyai masalah dalam mengingat nama orang.
Aku cuma ingat muka orang tu tetapi nama yang menjadi masalah.
Pernah satu tahap ada sorang perempuan ni tiba tiba datang dekat aku,
Salam aku, siap cium pipi lepas tu  borak  bagai nak rak dengan aku.
Aku pun layan dia borak sampai gelak-gelak bagai.
Kami borak macam dah kenal lama
Ya. dia tahu nama aku, aku pulak sampai sekarang tak tahu nama dia.
Yang lagi teruk aku tak tahu aku pernah jumpa dia dekat mana!
Aku rasa yang jadi punca ialah aku ni suka borak dengan orang.
Tak kira tepi jalan, sambil tunggu nasi goreng dekat kafe..
Takpun sambil cycling..
Borak-borak..lepastu lupa nak tanya nama then terus diorang  hilang dalam memori aku.

oh ni ada lagi satu cerita.


Amoi comel  : Hi mimi
Aku              : Err..hi..

Dengan pantas otak aku cuba recall siapa perempuan depan tu. Demmit! tak boleh nak ingat.


ingat ..ingat..last-last tak ingat jugak : google


Amoi Comel  : remember me?
Aku               : Yeah. of course.. 

Agaknya amoi tu pun perasan aku macam ingat tak ingat je dia..

Amoi Comel  : Pay? sambil senyum-senyum
Aku               : I didn't get my loan yet..how can I treat u?..hehehehe.

Aku ingat dia suruh aku bayarkan makanan dia..

Amoi Comel : No la..my name is Pay ying..
 Aku             : .......................... 

Aku dapat rasakan macam 12 meter cubic air persecond jatuh atas kepala aku.
 And yes! if 12m3/s water fall on your head, you gonnna splash with the water..disappear..gone..


Mungkin lepas ni aku kena kurangkan berborak dengan orang yang tak kenal. Kalau nak borak atau tegur orang jugak, aku kena tanya nama dulu. kalau tak diri sendiri yang malu..T_T