Maksudnya :
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".
(Surah Al-Anbiya : Ayat 87)
Doa Nabi Yunus ni antara doa yang selalu diamalkan dalam solat sunat taubat. Doa ni sebenarnya mempunyai banyak kelebihan jika nak diamalkan sebagai zikir atau doa harian. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w
telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang
itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu
ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam
perut ikan Nun.
Allah
telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus a.s. untuk membaca doa tersebut.
Dan apabila Nabi Allah Yunus a.s. membaca doa tersebut, baginda terasa
lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus a.s. terselamat apabila
dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai
serta diselamatkan oleh orang lain. Jadi, jikalau kita rasa susah hati
dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini.
Disamping
itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t..
Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam
diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh. Yang penting bagi aku, niat dan keikhlasan kita dalam nak meminta pertolongan dari Allah s.w.t. InsyaAllah, Allah s.w.t sentiasa mendengar rintihan hambanya.
No comments:
Post a Comment