klik le
Sunday, February 17, 2013
Esok kelas start wehh..
Assalamualaikum.
Esok bermulanya kelas untuk sem ni.
Kejap gila cuti.
Rindu aku dekat family dengan president mafia..
Oh aku teringat satu scene..
Masa ni aku tengah jalan kaki dengan presiden mafia..
Tiba-tiba..
Budak perempuans * s for plural: Asyraf! Asyraf!
presiden mafia tak menoleh langsung ke arah budak perempuans tu bahkan berjalan dengan muka serius.
Aku : Adik..tak baik la sombong. Kalau orang tegur, tegur la balik.
Presiden mafia : Adik bukan sombong! adik malu dengan perempuan!adik kawan lelaki ..mana kawan perempuan..adik malu!
presiden mafia berkata dengan garang dan kemudian berjalan meninggalkan aku..
cit..rupanya presiden mafia malu dengan perempuan..kahkahkahkah
Sunday, February 10, 2013
Ada orang cakap rindu itu anugerah..
Friday, February 8, 2013
cita-cita saya ialah power ranger kaler pink!
Assalammualaikum..
Aku perasan belog aku ni makin lama makin merapu, ini semua gara gara emosi yang tak stabil, simptom PMS barangkali, huh.
Nostalgia..
Masa kecikkan aku suka sangat tengok series power rangers, sampai aku pernah bercita-cita nak jadi power rangers kaler pink. Serius ini kisah benar sampai aku pernah cakap dekat kawan aku;
" weh engko kalau ada budak buli engko, engko cakap dengan aku, aku power rangers kaler pink"
Sambil tunjuk jam kaler pink dan yang kelakarnya kawan aku tu pun percaya----huh..budak-budak..
saya seorang power ranger--gambar google |
Aku jugak selalu berebut dengan mak cik aku sebab dua-dua nak jadi power rangers kaler pink, yang kuning tu tak ada orang nak sebab negro--seriously racist! hahahaha
Hari raya pulak aku kumpul duit beli patung power rangers kaler pink siap bawak pergi mandi..
Selain power rangers aku juga rasa aku seorang ninja yang bertanggungjawab selamatkan bumi.
Kesannya aku selalu bertumbuk dengan abang-abang aku dengan menganggap bahawa diorang ialah alien yang bakal memusnahkan bumi..
Sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan ialah macam mana budak-budak mudah terpengaruh dengan apa yang diorang lihat dan dengar. Nasib baik aku terpengaruh dengan kartun kalau benda lain? Apa yang aku nampak, media memainkan peranan dalam nak mempengaruhi orang terutama budak-budak. Apa yang diorang tengok dan lihat mudah masuk dalam kepala mereka. Tengok budak-budak zaman sekarang, advance dalam hal-hal yang tak sepatutnya.
sebab?
Diorang senang nak akses semua benda yang diorang nak tahu. Semua benda dekat hujung jari.
Jadi..
Nak salahkan siapa?
Friday, February 1, 2013
soal hati
Assalamualaikum..
Sekarang ni, setiap kali aku buka fb, notification pasti penuh dengan undangan perkahwinan dari kawan-kawan aku. Mostly yang kahwin ni kenalan dari sekolah. Satu benda yang bagus bila budak-budak muda kahwin awal. Aku? lambat lagi kut, masih lagi berstatus student undergraduate dan masih banyak lagi benda yang aku perlu buat , jadi kahwin bukan priority aku buat masa ni. eceh.
Bila bercakap soal hati dan perasaan yang menjadi masalah ialah perempuan. Ya perempuan macam aku. Aku pernah cakap pada kawan aku perempuan jahat macam mana pun, dia memerlukan lelaki yang baik untuk membimbing dia, berbeza dengan perempuan yang baik berkahwin dengan lelaki yang tak baik. Seorang lelaki perlu bertindak sebagai ketua keluarga sebab dia yang akan jadi nakhoda untuk mengemudi bahtera perkahwinan dia dan ke mana halatuju yang akan dipergi. Nakhoda yang baik akan bijak mengemudi bahtera biar badai atau gelora datang melanda. Tapi macam mana kalau nakkhoda tu sendiri seorang yang gagal? dah pasti bahtera perkahwinan tu akan hancur di kemudian hari.
Perempuan pastikan lelaki yang anda pilih itu adalah yang terbaik.
1) Lelaki yang baik dan menghargai seseorang tidak akan sesekali menyentuh seseorang perempuan itu. Bear in mind ye.
2) Lelaki yang baik boleh dilihat melalui cara dia melayan keluarga dia terutamanya kedua ibu bapanya.
3) Lelaki yang baik merupakan seorang yang bertanggungjawab kepada agama, family, etc.
4) Lelaki yang baik akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menyakiti hati orang yang dia sayang. Lelaki yang baik tak mungkin sakitkan hati orang yang dia sayang berulang kali.
5) Bagi aku yang ni paling penting, lelaki yang baik dia akan cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Memang tak ada manusia yang sempurna sekurang-kurangnya dia cuba untuk berubah, cuba untuk menjadi lebih baik. Bukan sekadar cakap dan berjanji padahal hanya omong kosong.
Tapi kebanyakan perempuan bila dah sayang, tak kisah la hati tu kena tusuk dengan pisau ke, pecah ke, kena baling ke, kena campak ke masih nak dekat lelaki tu. Setia.utuh. Macam bodoh pun ada. Cinta sejati?
aku tak rasa macam tu. Dan kepada lelaki tolongla, kalau setakat nak sakitkan hati perempuan baik lepaskan. Tak baik seksa hati dan perasaan orang.
Mak aku pesan kalau nak cari lelaki jangan cari yang hensem dan kaya sebab dua dua spesies ni selalu kena kejar dengan perempuan even dah kahwin. Tapi ada je yang tak hensem dan tak kaya tapi masih jadi rebutan perempuan. Eh aku terlupa bilangan perempuan dalam dunia ni lebih ramai dari lelaki.
Till then,
babai
Singkirkan lemak degil bagi yang malas nak bersenam dan diet..
Assalamualaikum..
Memandangkan sekarang ialah cuti jadi tak ada perkara lain yang aku boleh buat selain menternak lemak dan berhibernasi. Bila tengok cermin diameter pipi dan badan semakin bertambah barulah" OMGGG!! what the hell is happening??"
see..sebab tu uolss jangan amalkan gaya hidup yang tak sihat macam Iolss buat.
Nasib baik ketika bersiar siar di watson Iolss terjumpa satu produk yang menarik untuk di cuba.
memperkenalkan..
Bio essence celebrity's choice Inchiloss..
satu tube ni harga dia Rm 69.90 boleh dijumpa di mana mana cawangan watson tak pun Guardian.
Pros:
1) sangat wangi jadi bila nak pakai ketika keluar rumah pun tak segan . Kalau sebelum ni pakai brand lain mesti orang tegur " eh sapa pakai minyak angin?" tak pun "oit engko pakai losyen kurus ek?"
2) Berkesan untuk shapekan lengan, tummy, thighs and ur legs. Tapi kena istiqamah dalam pemakaian.
3) Tube dia besar, pakai 2 kali sehari tapi still tahan lama. Err..aku jarang pakai kalau rajin dan tiba tiba berhalusinasi untuk dapat tubuh badan seperti model baru aku pakai.
4) selain tu benda ni juga boleh melembabkan dan melembutkan kulit. Seriously..
cons :
Harga agak mahal dan mungkin ada yang akan cakap " baik aku beli brand lain yang lagi murah, support la orang tempatan sikit".
Tapi seriously please go ge it! definitely worth every penny you invest..woot woot..
Yang kat bawah ni pulak
bio essence celebrity's choice shaping shower scrub
Harga satu tube Rm 19.90
pros:
1) Shapekan bahagian berlemak yang nak buang dekat badan
2) wangi even dah siap mandi pun bau dia masih ada..
3) Harga agak murah compare dengan cream dia
Cons:
1) Masa sapu kat badan kena tunggu beberapa minit baru boleh bilas..quite hassle.
Eh lupa nak bagitau bio essence ada buat promotion dekat guardian dan watson. Harga untuk scrub dengn losyen Rm59.90!
Sebenarnyakan kalau pakai cream apa pun tapi makan tak jaga dengan senaman pun tak buat, tak berkesan jugak , mungkin boleh tapi tak effektif. Supplemen dan produk pelangsingan yang lain hanya sampingan yang penting kita kena jalani gaya hidup yang sihat. Nasihat untuk diri sendiri jugak. Ingat no pain no gain! eceh.
Tapi ntah kenapa aku sayang lemak aku.

woot wott |

Subscribe to:
Posts (Atom)