Sekarang ni, setiap kali aku buka fb, notification pasti penuh dengan undangan perkahwinan dari kawan-kawan aku. Mostly yang kahwin ni kenalan dari sekolah. Satu benda yang bagus bila budak-budak muda kahwin awal. Aku? lambat lagi kut, masih lagi berstatus student undergraduate dan masih banyak lagi benda yang aku perlu buat , jadi kahwin bukan priority aku buat masa ni. eceh.
Bila bercakap soal hati dan perasaan yang menjadi masalah ialah perempuan. Ya perempuan macam aku. Aku pernah cakap pada kawan aku perempuan jahat macam mana pun, dia memerlukan lelaki yang baik untuk membimbing dia, berbeza dengan perempuan yang baik berkahwin dengan lelaki yang tak baik. Seorang lelaki perlu bertindak sebagai ketua keluarga sebab dia yang akan jadi nakhoda untuk mengemudi bahtera perkahwinan dia dan ke mana halatuju yang akan dipergi. Nakhoda yang baik akan bijak mengemudi bahtera biar badai atau gelora datang melanda. Tapi macam mana kalau nakkhoda tu sendiri seorang yang gagal? dah pasti bahtera perkahwinan tu akan hancur di kemudian hari.
Perempuan pastikan lelaki yang anda pilih itu adalah yang terbaik.
1) Lelaki yang baik dan menghargai seseorang tidak akan sesekali menyentuh seseorang perempuan itu. Bear in mind ye.
2) Lelaki yang baik boleh dilihat melalui cara dia melayan keluarga dia terutamanya kedua ibu bapanya.
3) Lelaki yang baik merupakan seorang yang bertanggungjawab kepada agama, family, etc.
4) Lelaki yang baik akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menyakiti hati orang yang dia sayang. Lelaki yang baik tak mungkin sakitkan hati orang yang dia sayang berulang kali.
5) Bagi aku yang ni paling penting, lelaki yang baik dia akan cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Memang tak ada manusia yang sempurna sekurang-kurangnya dia cuba untuk berubah, cuba untuk menjadi lebih baik. Bukan sekadar cakap dan berjanji padahal hanya omong kosong.
Tapi kebanyakan perempuan bila dah sayang, tak kisah la hati tu kena tusuk dengan pisau ke, pecah ke, kena baling ke, kena campak ke masih nak dekat lelaki tu. Setia.utuh. Macam bodoh pun ada. Cinta sejati?
aku tak rasa macam tu. Dan kepada lelaki tolongla, kalau setakat nak sakitkan hati perempuan baik lepaskan. Tak baik seksa hati dan perasaan orang.
Mak aku pesan kalau nak cari lelaki jangan cari yang hensem dan kaya sebab dua dua spesies ni selalu kena kejar dengan perempuan even dah kahwin. Tapi ada je yang tak hensem dan tak kaya tapi masih jadi rebutan perempuan. Eh aku terlupa bilangan perempuan dalam dunia ni lebih ramai dari lelaki.
Till then,
babai
No comments:
Post a Comment