klik le

Friday, February 8, 2013

cita-cita saya ialah power ranger kaler pink!


Assalammualaikum..

Aku perasan belog aku ni makin lama makin merapu, ini semua gara gara emosi yang tak stabil, simptom PMS barangkali, huh.

Nostalgia..
Masa kecikkan aku suka sangat tengok series power rangers, sampai aku pernah bercita-cita nak jadi power rangers kaler pink. Serius ini kisah benar sampai aku pernah cakap dekat kawan aku;

" weh engko kalau ada budak buli engko, engko cakap dengan aku, aku  power rangers kaler pink"

Sambil tunjuk jam kaler pink dan yang kelakarnya kawan aku tu pun percaya----huh..budak-budak..

saya seorang power ranger--gambar google

Aku jugak selalu berebut dengan mak cik aku  sebab dua-dua nak jadi power rangers kaler pink, yang kuning tu tak ada orang nak sebab negro--seriously racist! hahahaha

Hari raya pulak aku kumpul duit beli patung power rangers kaler pink siap bawak pergi mandi..

Selain power rangers aku juga rasa aku seorang ninja yang bertanggungjawab selamatkan bumi.
Kesannya aku selalu bertumbuk dengan abang-abang aku dengan menganggap bahawa diorang ialah alien yang bakal memusnahkan bumi..

Sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan ialah macam mana budak-budak  mudah terpengaruh dengan apa yang diorang lihat dan dengar. Nasib baik aku terpengaruh dengan kartun kalau benda lain? Apa yang aku nampak, media memainkan peranan dalam nak mempengaruhi orang terutama budak-budak. Apa yang diorang tengok dan lihat mudah masuk dalam kepala mereka. Tengok budak-budak zaman sekarang, advance dalam hal-hal yang tak sepatutnya. 

sebab?

Diorang senang nak akses semua benda yang diorang nak tahu. Semua benda dekat hujung jari.
Jadi..
Nak salahkan siapa?



No comments: