klik le

Saturday, August 31, 2013

Ini bukan sinetron

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku pernah cerita pasal si oyen, kucing yang aku kutip tepi jalan sebab merasakan ada bonding antara kitaorang. Oyen yang aku ingatkan jantan rupanya betina. Cis! Buat kali pertamanya aku gagal untuk detect jantina meow dengan betul.

Kali ni aku nak cerita macam mana si oyen dengan yaya boleh tertukar anak.

Al kisahnya..

Oyen bersalin disaksikan sendiri oleh presiden mafia..ewwwww.
Oyen anak beranak duduk dalam bakul dekat porch manakala yaya anak beranak duduk dekat belakang rumah. Oyen dan yaya masing masing mempunyai 2 ekor anak.
Pada suatu hari, oyen cuba menyeludup anak-anak beliau untuk di letakkan dalam almari ayah aku tetapi kegiatan beliau berjaya dihidu oleh presiden mafia. Presiden mafia cepat cepat mengambil oyen dan letakkan semula dalam bakul di luar rumah.

Tetapi, presiden mafia terlupa nak bawak turun semula anak oyen yang kaler hitam. Meaning that, hanya sekor je la anak oyen yang ada dalam bakul bersama oyen.
 Ketika nak melawat oyen dan anak-anak, aku terkejut sebab anak oyen  kaler hitam yang edang menyusu membesar secara tiba-tiba.
" eh kenapa anak oyen ni beso sikit yang kaler hitam, lepas tu bulu dia kembang?" aku bermonolog sendirian di dalam hati.

siasat punya siasat, rupanya anak meow kaler hitam yang disusukan oyen tu sebenarnya anak yaya!
cis! dah macam sinetron la pulak. Maksudnya , oyen telah menculik anak yaya maybe dia ingat anak yaya tu anak dia padahal anak dia tertinggal dalam almari baju ayah aku. Patutlah si yaya macam tak senang duduk.
Kes selesai bila anak yaya dan oyen dipulangkan kembali pada ibu memasing..kakakakaka.

presiden mafia dan oyen
 Till then.

Friday, August 30, 2013

aku spesies introvert..

Assalamualaikum..

Ni kali pertama rasanya aku karang apa yang aku tulis dekat Microsoft Word sebelum di transfer ke blogspot. Kebiasaannya aku akan terus tulis di blogspot dan kemudian publish atau  simpan di draft sebelum dipublish.

Aku rasa aku jarang bercerita tentang diri aku, maksud aku sesuatu yang lebih personal. Tak semua orang yang rapat dengan aku tahu pasal diri aku yang sebenar kecuali adik perempuan aku yang mana aku banyak kongsi sesuatu. Cuma sejak akhir-akhir ni aku lebih banyak berdiam dari menceritakan sesuatu yang berlaku tentang diri aku sebabnya aku tak suka menyusahkan orang dan tak nak orang risau pasal aku.

Sebelum ni aku pernah ceritakan kepada seseorang yang rapat dengan aku atas apa yang pernah terjadi dekat aku. Aku selalu cerita masalah dan macam-macam dengan berharap dia memahami aku tapi things turned out differently. Aku seolah-olah macam menyusahkan dan bagi aku dia bukan pendengar yang baik. Sebab tu dia sukar nak fahami aku kut. Orang yang banyak mendengar ni kebiasaanya lebih memahami.

Aku juga mempunyai beberapa orang kawan baik yang aku boleh share masalah tapi tak semua yang aku boleh cerita sebab aku suka simpan oh orang macam aku khabarnya mungkin cenderung untuk mempunyai masalah mental. hahahaha

Aku spesies introvert. Suka bersendirian. Tapi tak la sampai tahap tak nak berkawan dengan orang tak pun jenis  yang macam duduk dalam gua. Memang tak lah. Aku boleh masuk dengan semua orang. Agak pandai bergaul cuma rimas bila orang terlalu ramai.

Aku spesies introvert yang kadang-kadang berlagak extrovert. Kadang-kadang aku boleh jadi kepoh atau si mulut murai, depends pada situasi tapi lepas tu aku kena regain  energy dengan duduk bersendirian lepas tu. Sampai satu tahap, aku pernah rasa yang aku ni manusia pelik yang dikelilingi orang yang normal. Aku jugak boleh jadi peramah dengan orang yang baru kenal dan kadang-kala kekok dengan orang yang dah lama kenal.Complicated kan?

Aku banyak belajar untuk tak bergantung harap pada orang. Bila keluar makan sorang-sorang atau shopping sorang-sorang orang akan kata  “kesiannya minah tu?” tak pun” eh asal tak ajak aku keluar?sian ko keluar sesorang”. Kadang-kadang aku suka keluar beramai tapi most of the time aku lagi suka keluar sendiri sebab aku takkan susahkan orang untuk tunggu aku atau aku tunggu orang tu. Sebab aku introvert mungkin?

Aku tak suka berharap pada orang bukan sebab tak nak terima budi yang orang hulur tapi sebab tak mahu menyusahkan dan cuba bergantung pada diri sendiri. Kadang-kadang aku dicop sombong sedangkan aku seboleh-bolehnya tak mahu menyusahkan orang.Susah nak tengok aku minta tolong dengan orang kecuali kalau dah betul-betul terdesak dan yang selalu jadi mangsa aku dah tentu adik perempuan aku.

Aku spesies introvert..
Yang slalu blur..
Bila terpana, mulut menganga..
Hahahaha..

Till then..

Sunday, August 25, 2013

Uolss selamat hari raya..

Assalamualaikum..

Maaf lambat update. Memandangkan hari ni masih dalam bulan syawal, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada korang semua. Raya tahun ni kurang best sebab kutipan duit raya pada tahun ni kurang memberangsangkan berbanding tahun lepas dan ini mungkin tahun terakhir aku dapat duit raya sebab next raya maybe aku dah kerja. cis!.

Aku ada merancang untuk tidak bekerja lepas grad pada tahun depan semata-mata nak kutip duit raya.Ya agak keji alasan ini tapi siapa yang tak seronok dapat duit raya ye dak? Dan memandangkan aku bakal grad tahun depan(insyaAllah), sepupu sepapat dan adik beradik semua dah tuntut duit raya.

" tahun depan dah grad, nanti dapat kerja boleh la bagi kitaorang duit raya"

cis!

walau apa pun raya kali ni tetap meriah sebab geng mafia ada dan raya di kampung sememangnya sangat best.

Cerita di pagi raya...
Pagi raya mak dengan ayah aku bertolak dahulu ke kampung manakala aku serta adik aku bertolak lambat sikit. Perempuan biasala time raya ni nak touch up touch up baru lah meriah raya uolss..
Sampai kat kampung rumah sunyi sepi, memandangkan aku dengan adik aku agak kebuluran kami terus ke dapur dan melantak nasi arab dengan sepuasnya.

Di pertengahan makan( maaf, ayat agak pelik kosa kata lemah), tiba tiba rumah dimasuki orang bertalu talu. Nenek aku, mak cik,pak cik, sepupu sepapat semua masuk ke rumah dan menuju ke tempat aku dengan adik aku makan.
Cis! macam manala aku boleh lupa yang pagi raya orang akan ke kubur dan aku dengan adik aku dengan selambanya melantak nasi padahal tuan rumah pun tak makan lagi. Nak cover malu aku pun cakap.

"pergh..sedapnya nasi arab ni..sapa masak ni?" sambil tambah nasi ke dalam pinggan..

serius..memang muka tak malu..kakakaka..

aiman dan duit raya beliau

sepupu sepapat yang kegendutan akibat kekenyangan
Nanti aku update lagi, bila dah tua ni entahlah..makin malas jadinya.
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin!

till then..

Tuesday, August 6, 2013

First duit raya..

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari nak raya tapi aku dah dapat duit raya. En Ridzuan technician bahagian bangunan yang bagi, kecik tapak tangan, stadium bukit jalil aku tadahkan..hahahaha



Selalu kita dengar persepsi " budak besar tak boleh dapat duit raya". Bagi aku persepsi ni harus di ubah, lagi tua umur seseorang tu lagi banyak amoun duit raya yang harus diperolehi beliau kecuali orang yang dah berkahwin dan yang dah bekerja . Antara hujah aku :

1) Budak kecik dapat duit raya banyak beli mainan takpun kayakan tauke cyber cafe untuk main game.

2) Budak kecik kena bagi duit syiling je, bagi duit banyak banyak kang hilang.

3) Budak besar terutama pelajar perlukan duit raya lebih almaklumlah student banyak tanggungannya.

4) Budak besar perlu duit raya lebih untuk simpanan perkahwinan kelak.


Till then..