klik le

Friday, August 30, 2013

aku spesies introvert..

Assalamualaikum..

Ni kali pertama rasanya aku karang apa yang aku tulis dekat Microsoft Word sebelum di transfer ke blogspot. Kebiasaannya aku akan terus tulis di blogspot dan kemudian publish atau  simpan di draft sebelum dipublish.

Aku rasa aku jarang bercerita tentang diri aku, maksud aku sesuatu yang lebih personal. Tak semua orang yang rapat dengan aku tahu pasal diri aku yang sebenar kecuali adik perempuan aku yang mana aku banyak kongsi sesuatu. Cuma sejak akhir-akhir ni aku lebih banyak berdiam dari menceritakan sesuatu yang berlaku tentang diri aku sebabnya aku tak suka menyusahkan orang dan tak nak orang risau pasal aku.

Sebelum ni aku pernah ceritakan kepada seseorang yang rapat dengan aku atas apa yang pernah terjadi dekat aku. Aku selalu cerita masalah dan macam-macam dengan berharap dia memahami aku tapi things turned out differently. Aku seolah-olah macam menyusahkan dan bagi aku dia bukan pendengar yang baik. Sebab tu dia sukar nak fahami aku kut. Orang yang banyak mendengar ni kebiasaanya lebih memahami.

Aku juga mempunyai beberapa orang kawan baik yang aku boleh share masalah tapi tak semua yang aku boleh cerita sebab aku suka simpan oh orang macam aku khabarnya mungkin cenderung untuk mempunyai masalah mental. hahahaha

Aku spesies introvert. Suka bersendirian. Tapi tak la sampai tahap tak nak berkawan dengan orang tak pun jenis  yang macam duduk dalam gua. Memang tak lah. Aku boleh masuk dengan semua orang. Agak pandai bergaul cuma rimas bila orang terlalu ramai.

Aku spesies introvert yang kadang-kadang berlagak extrovert. Kadang-kadang aku boleh jadi kepoh atau si mulut murai, depends pada situasi tapi lepas tu aku kena regain  energy dengan duduk bersendirian lepas tu. Sampai satu tahap, aku pernah rasa yang aku ni manusia pelik yang dikelilingi orang yang normal. Aku jugak boleh jadi peramah dengan orang yang baru kenal dan kadang-kala kekok dengan orang yang dah lama kenal.Complicated kan?

Aku banyak belajar untuk tak bergantung harap pada orang. Bila keluar makan sorang-sorang atau shopping sorang-sorang orang akan kata  “kesiannya minah tu?” tak pun” eh asal tak ajak aku keluar?sian ko keluar sesorang”. Kadang-kadang aku suka keluar beramai tapi most of the time aku lagi suka keluar sendiri sebab aku takkan susahkan orang untuk tunggu aku atau aku tunggu orang tu. Sebab aku introvert mungkin?

Aku tak suka berharap pada orang bukan sebab tak nak terima budi yang orang hulur tapi sebab tak mahu menyusahkan dan cuba bergantung pada diri sendiri. Kadang-kadang aku dicop sombong sedangkan aku seboleh-bolehnya tak mahu menyusahkan orang.Susah nak tengok aku minta tolong dengan orang kecuali kalau dah betul-betul terdesak dan yang selalu jadi mangsa aku dah tentu adik perempuan aku.

Aku spesies introvert..
Yang slalu blur..
Bila terpana, mulut menganga..
Hahahaha..

Till then..

No comments: