Maaf lambat update. Memandangkan hari ni masih dalam bulan syawal, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada korang semua. Raya tahun ni kurang best sebab kutipan duit raya pada tahun ni kurang memberangsangkan berbanding tahun lepas dan ini mungkin tahun terakhir aku dapat duit raya sebab next raya maybe aku dah kerja. cis!.
Aku ada merancang untuk tidak bekerja lepas grad pada tahun depan semata-mata nak kutip duit raya.Ya agak keji alasan ini tapi siapa yang tak seronok dapat duit raya ye dak? Dan memandangkan aku bakal grad tahun depan(insyaAllah), sepupu sepapat dan adik beradik semua dah tuntut duit raya.
" tahun depan dah grad, nanti dapat kerja boleh la bagi kitaorang duit raya"
cis!
walau apa pun raya kali ni tetap meriah sebab geng mafia ada dan raya di kampung sememangnya sangat best.
Cerita di pagi raya...
Pagi raya mak dengan ayah aku bertolak dahulu ke kampung manakala aku serta adik aku bertolak lambat sikit. Perempuan biasala time raya ni nak touch up touch up baru lah meriah raya uolss..
Sampai kat kampung rumah sunyi sepi, memandangkan aku dengan adik aku agak kebuluran kami terus ke dapur dan melantak nasi arab dengan sepuasnya.
Di pertengahan makan( maaf, ayat agak pelik kosa kata lemah), tiba tiba rumah dimasuki orang bertalu talu. Nenek aku, mak cik,pak cik, sepupu sepapat semua masuk ke rumah dan menuju ke tempat aku dengan adik aku makan.
Cis! macam manala aku boleh lupa yang pagi raya orang akan ke kubur dan aku dengan adik aku dengan selambanya melantak nasi padahal tuan rumah pun tak makan lagi. Nak cover malu aku pun cakap.
"pergh..sedapnya nasi arab ni..sapa masak ni?" sambil tambah nasi ke dalam pinggan..
serius..memang muka tak malu..kakakaka..
aiman dan duit raya beliau |
sepupu sepapat yang kegendutan akibat kekenyangan |
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin!
till then..
No comments:
Post a Comment