klik le

Thursday, January 23, 2014

Malaysia bakal turun salji?

Assalamualaikum..

Sekarang ni heboh pasal Indonesia turun salji dan diramalkan Malaysia pulak turun salji lepas ni. Dekat facebook pun dah banyak orang share pasal menda ni sedangkan Indonesia sendiri dah nafikan perkara tersebut. Nah baca ni. Jangan malas-malas nak baca.



Nak pergi dekat original link, klik sini

Yang suka sangat sebar  news kat facebook tu rajin-rajin la buat kajian sendiri. Memang la tak ada benda yang mustahil kalau tu ketentuan Allah, but please get your facts right.

Kesian rakyat Malaysia yang terpedaya, punya la berharap Malaysia turun salji. Siap ada yang cakap tak sabar nak main ski. Aku pun tak tau nak gelak ke nak kesian.

Till then,

Tuesday, January 21, 2014

Maaf, aku mahu kekalkan anonimiti

Assalamualaikum..

Merujuk kepada tajuk entry, aku minta maaf kepada sesetengah pembaca blog ni. Ada yang tinggalkan no telefon, ada yang minta akaun facebook untuk berhubung. Maaf aku mahu kekalkan anonimiti aku. Aku pemalu orangnya, hahahahaha dan aku bukan manusia yang mesra alam. Maaf, tapi inilah kelemahan aku.

Di awal permulaan blog ni , aku sebenarnya nak rahsiakan semua pasal diri aku tapi banyak yang aku dedahkan sendiri. Sebagai contoh aku ni seorang perempuan dan masih lagi belajar.

Kalau nak bertanya pendapat komen dan sebagainya boleh hantar dekat email omel_omelan@yahoo.com.
InsyaAllah, setakat ni semua email aku reply.


Till then,


Monday, January 20, 2014

Si cantik Assia

Assalamualaikum.

Hari Sabtu yang lepas, aku ke pekan Parit Buntar, keseorangan. Memandangkan hari tu hari sabtu, aku naik perkhidmatan bas yang disediakan pihak USM. 

Lepas bersiap, aku terus menapak ke kafe. Kelihatan banyak lagi student yang sibuk study untuk peperiksaan akhir. 

"padan muka korang, aku punya exam dah habis. kahkahkahkah".
Kata kata yang terbit dalam hati aku tu mungkin agak kejam di situ tapi itulah realiti. Siapa yang tak seronok bila habis exam awal kan?kan?

Aku terus duduk di meja yang terletak di suatu sudut. Hmm. tak ramai orang yang tunggu bas. So tak payah berebut. Aku tersenyum lagi. Bertuah sungguh hari ni.

Beberapa minit lepas tu sebuah van sampai. Bas yang kusangka sampai, rupanya van yang tiba. Itu bermakna aku harus cepat. Sedang aku terrkocoh-kocoh ada orang panggil dari belakang.

"Excuse me! Excuse me!" Seorang wanita Arab dalam lingkungan 20an memanggil aku.


*************perbualan seterusnya telah dialih bahasa ke bahasa Melayu*****************

" Awak nak pergi ke mana?" Tanya gadis Arab itu. 

"Nak pergi ke parit buntar, kenapa?" Balas aku

" Naik van ke? bukan sepatutnya bas? gadis itu bertanya lagi.

" kalau bas tak ada, van yang akan gantikan tempat bas" balas ku lagi. Terkocoh kocoh gadis Arab tersebut belari ke arah van.

Di dalam van, gadis Arab tersebut memilih tempat duduk disebelah aku. 

" Awak ni orang Malaysia?"

"Ya. saya orang Malaysia..kenapa" Balas ku sedikit tergelak dengan pertanyaan gadis Arab tu. Takkan dia ingat aku orang Nigeria pulak.

" Mula-mula saya ingat awak orang Arab cuma saya tak yakin sebab awak pakai tudung ni" Jelas beliau sambil menuding ke arah tudung bawal yang aku pakai. " Orang Arab jarang pakai tudung macam ini" tambah beliau lagi.

Aku dah tergelak dalam hati. Nak tergelak kuat -kuat kang terasa pulak. " Part mana yang awak rasa saya ni  macam orang Arab?" Balas aku lagi. Aku syak pak cik yang drive van ni pun tergelak jugak walaupun aku tak nampak tapi aku syak dia gelak, dalam hati mungkin. Prejudis sungguh aku,

" Mata besar. Sebab tu  saya was was sama ada awk ni orang Malaysia atau orang Arab". balas gadis tersebut lagi.

kahkahkahkah. aku gelak lagi. Bukan perasan ke apa cuma rasa kelakar. Sekurang-kurangnya ada jugak yang hiburkan aku hari ni. Memang kalau ikutkan aku tak ada keturunan arab arab ni. Kalau ada pun keturunan Cina belah ayah aku, cuma terbalik mata aku tak sepet tapi membulat. 

Perbualan terus berlangsung. Nama gadis tersebut assia. Sempena nama isteri firaun,wanita solehah yang beriman kepada Allah. Berumur 24 tahun  dan mengambil PHD dalam kejuruteraan kimia. Aku syak dia ni spesies yang genius. Serius sangat kagum. Muda -muda  dah ambik PHD sedangkan aku yang ambik degree ni pun semput nak perabihkan degree aku.

Banyak benda yang kami bualkan. Assia beritahu yang dia masih sesuaikan lagi dengan cuaca dan makanan di malaysia. Cuaca dekat Malaysia panas dan lembap dan dari segi makanan pulak orang Malaysia selalu makan nasi sedangkan orang Arab biasa makan roti.

Selain dari cuaca dan makanan masalah lain yang dihadapi Assia ialah bahasa. Bagi orang Arab, bahasa kedua yang dipelajari mereka ialah bahasa Perancis dan bukan bahasa Inggeris. Di universiti pun pembelajaran kebanyakannya dalam bahasa Perancis termasuk la term-term engineering yang digunakan di dalam kuliah, hampir kesemuanya bahasa Perancis. Lain pulak dengan Malaysia sebab Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di universiti dan istilah-istilah yang digunakan juga dalam bahasa Inggeris. Tapi macam mana pun, bagi aku bahasa Inggeris si Assia ni sangat baik jadi aku tak benda ni akan menjadi masalah yang besar dekat dia.

Lepas habis beli barang, kami berdua pulang ke kampus. Assia ajak aku ke bilik beliau nak sambung berborak katanya dan memandangkan aku kesunyian aku pun ikutla.  Pergh bilik dia ada peti ais. Lain benar bilik postgraduate dengan undergraduate ni. Tapi menurut roomate aku, foreigner memang suka beli peti ais sendiri letak kat bilik hostel.

Banyak benda yang aku tanya dekat Assia salah satunya dia tak balik ke jenguk family dia. Assia bagitau yang selagi kerja dia tak habis selagi tu dia takkan balik. Duit bukan masalah cuma dia rasa dia nak grad secepat mungkin. Kagum lagi sekali. Lain benar dengan kebanyakan student Malaysia, aku lah contohnya, tak balik berapa minggu dah rasa macam berbulan.

Kebanyakan orang Arab tak macam dulu, kahwin awal. Kerjaya merupakan salah satu faktor. Lagipun menurut Assia susah nak jumpa lelaki yang baik dalam masa yang sama mempunya hidup yang stabil. Maksudnya tak semestinya kaya tapi wajib ada kerjaya yang tetap dan bertanggungjawab. Nampak mudah tapi betul cakap Assia susah nak jumpa lelaki macam tu sekarang.

Lastyly, banyak benda jugak yang aku belajar dari Assia ni. Antaranya jangan jadikan benda yang remeh sebagai halangan untuk berjaya.Nak seribu daya taknak seribu dalih.

Manusia ni semua sama. Mungkin ada satu dalam seribu yang betul betul bertuah contohnya tak study pun exam boleh score. Cuma kena ingat usaha yang membezakan manusia yang gagal dan yang berjaya.


Nah amik. Gambo sunset..


Till then




Monday, January 13, 2014

Wei aku dah habis final wei..kihkihkih

Assalamualaikum...


Sebenarnya post ni lambat beberapa hari disebabkan  exam aku habis khamis lepas tetapi apakan daya hari hari aku dihabiskan dengan berhibernasi. Cuaca dekat Penang pun dah macam spring dekat Paris.gitu. Maunya aku tak menjana lemak.ye dak?

Lepas berehat selama beberapa hari, baru aku semangat nak kemas note dan buku-buku sekalian.

Sape nak tolong itew kemas? pang!



Sebenarnya tak ada la seronok sangat bila dah habis exam, maybe dah imun kut mihmihmih.

Aku tak balik cuti sem ni, sebab kena siapkan projek.
The worse part aku keseorangan dalam bilik.
Roomate aku dah balik umah. Aku kesunyian. Lonely omputih kata. Aku call mak aku dengan adik aku. Sampai adik aku marah aku asyik kol dia. Takkan aku nak kol kucing  aku kan?kan? Tak memahami langsung. cis.

Sebenarnya best jugak sorang sorang dalam bilik ni .
Tapi time malam memang tak best. If u know what I mean.Time ni la teringat makcik karipap yang ketuk tingkap takde tangan tu. Hairan aku, time kesorangan la aku teringat kisah-kisah mistik ni.
Dua hari pertama aku tidur dengan pasang lampu utama. Lepas tu baru aku berani tidur pakai lampu study.Harharharhar. Tapi still ada improvement kan?kan?

Student yang habis exam pun mostly dah balik rumah. Rasa bahagia pulak.
Mesin basuh kosong, shower kosong, kafe pun tak ramai orang.
Cuma aku berharap, kafe tak tutup. Kurus aku nanti kalau kafe tutup.

Saje aku nak membebel kat sini.


Till then.


Wednesday, January 8, 2014

Sunday, January 5, 2014

Ini bilik saya!

Assalamualaikum..


Dapat dibuat kesimpulan bahawa semakin dekat tarikh exam, semakin rajin aku update belog.
Merujuk kepada tajuk entry, aku nak tunjuk keadaan bilik aku. Tak ada motif. Saje nak perbanyakkan entry.

To be exact, aku suka keadaan bilik aku sem ni, sebab rumate aku pembersih dan rajin. Hari hari menyapu sampai doplah belas kali. Ok aku tipu. Tapi dorang memang rajin pun. Soalan biasa bilik orang datang melawat bilik kitaorang

"Asal bilik korang tak de lalat? korang bukak tingkap pun tak de lalat."

"Asal bilik korang sejuk je?"

Bukan nak bragging, tapi tu lah soalan yang kami terima bila rakan-rakan mengunjungi bilik kami. Sebenarnya takde lah tips apa-apa, cuma kami sebilik memegang prinsip, kebersihan tonggak keharmonian sejagat. kakakakaka.. tak boleh blah.

Tapi aku bukan nak tunjuk keseluruhan bilik aku, cuma nak tunjuk port aku je..mihmihmih



1) Port paling penting. Tempat tidur.

Tujuan aku letak bunga bungaan di kepala katil adalah supaya mimpi yang mendatang indah-indah. Tapi haram banyak kali aku dapat mimpi ngeri.

Yang kelabu tu cik bubu. Dapat time besday iolss baru-baru ni.






2) Tempat mencari ilham. Berbintangan yang glow in the dark.

Sebelum tido aku tengok benda ni, tak sempat ilham datang aku dah tido. Banyak yang dah jatuh bawah katil. Aku malas nak kutip. Biarkan saja mereka berglowing dibawah katil




3) Tempat simpan buku, tapi kebanyakan buku aku letak atas meja yang aku beli lain. Sampai boleh nampak deflection dekat meja tu. Kata kawan aku, kalau meja tersebut boleh berkata-kata, pasti beliau melahirkan rasa tidak puas hati dan kemungkinan akan  meluahkan ketidak puashatian beliau dekat aduan rakyat.



4) Tempat study, tempat tengok movie, tempat layan gosip, tempat taip belog boleh kata semua kat sini. Multipurpose gitu.




5) Saje nak close up. Ni measuring tape. Aku baru beli. Lepas kena tegur dengan sv aku, teruih aku gi kedai cari.

" As an engineer, you need a measuring tape" kata Sv aku.
So aku end up beli kaler pink. tak puas hati sebab masih tak comel. Aku lekat sticker bagi nampak girlish.
Mungkin masa kerja nanti aku akan buang sticker tu bagi nampak ganas.




Lupa nak bagitau memandangkan ni final year, paper aku sem ni 3 je, mihmihmih nak dibandingkan 5,6,7 paper macam sem sem lepas memang nazak.

Wish me luck!

Till then

Saturday, January 4, 2014

Question




    He asked me one really simple question,
    that however, left me speechless..



    " what is your dream?"







Friday, January 3, 2014

kisah ayah yang protective..

Assalamualaikum..

Aku sedang study tapi aku berhenti sebab nak update belog untuk tatapan kalian.
Ok aku tipu. Aku malas nak study. Lagipun mengikut kajian, paling lama 50 minit kita boleh study lepas tu rehat 5 minit ke 10 minit. Tapi aku terbalik study 5 minit, rehat berjam jam.

Merujuk kepada tajuk entry
Aku rasa setiap ayah dalam dunia ni bersikap protective. Yang tak protective tu abaikan. Aku nak cerita yang protective je. Walau garang macam mana pun ayah, marah macam mana pun semua tu bersebab. Sometimes kita rasa annoying tapi ayah ni tak pandai nak tunjuk kasih sayang dia.

contoh:

"kau baru balik Mat?dah pukul berapa kau baru balik? kau nak jadi apa mat?kau bercampur dengan sapa mat?"

Ayah mat terus bertanya kepada Mat soalan bertubi-tubi.  Ayah Mat marah Mat. Mat rasa ayah dia tak sayang dan percayakan dia walhal sebenarnya ayah Mat risau kan Mat.  ha nampak disitu?



Macam aku pulak, ayah aku garang sebab askar. Aku tak rapat dengan ayah aku sebab ayah aku jarang ada dekat rumah. Selalu pergi misi samada dalam atau luar negara. Kadang-kadang sampai berbulan tak balik. Balik rumah je tup-tup aku dah besar. eh?

Ayah aku sangat protective walau garang. Salah satu contohnya dia tak suka kucing. Tak suka bela kucing sebab aku lah puncanya.

Aku memang suka kucing dari kecik . Aku suka haiwan berbulu sebab rasa comel . Tikus mondok yang hitam tu pun aku cakap comel kata mak aku.

serius comel?

The worse part, aku suka peluk je kucing yang aku jumpa tepi jalan termasuk kucing kurap sampai satu tahap kurap tersebut berjangkit dekat aku. Teruk aku kena marah dengan ayah aku. Sampaikan sekor kucing pun tak boleh ada dekat rumah aku. Ya semua jenis kucing kena banned dari rumah aku. Lepas tu mak aku beli kucing mainan . Tapi kucing mainan dulu tak macam sekarang yang boleh bergerak dan mengiau. Malangnya, kucing mainan tersebut tak bertahan lama pun dengan aku sebab kena sabotaj dengan abang-abang aku. Ekor beliau terputus.kesian.

Lepas tu ingat lagi kes yang aku pengsan sebab kena kejar anjing? Kalau tak pernah baca rujuk sini.
Teruk aku kena marah. Ayah aku tak bagi aku naik beskal. Sekejap je aku insaf, lepas tu aku naik balik basikal siap racing dengan abang aku.mihmihmih.

Yang terbaru aku kena marah teruk sebab lupa nak isi minyak kereta. Eh sebenarnya bukan lupa aku sengaja sebab aku bajet sempat sampai stesen minyak. Kereta tersadai tepi jalan dan time tu malam.  Aku tau kalau aku call ayah aku teruk kena marah sebab dia risau. Tapi tak ada jalan lain kena call. Macam yang dijangka, ayah aku marah teruk. Siap kata tempat tu pernah ada orang kena bunuh la ada indon la. Cuma satu je ayah aku ni, kalau emergency macam mana pun, dia bawak kereta memang berhemah. Jenuh juga aku dengan adik aku tunggu tepi jalan sampai ayah aku sampai.

Cuma makin tua, ayah aku dah tak garang. Orang kata lelaki makin tua makin lembut. Perempuan makin tua makin garang sebab nak menopause. Oh sekarang ni, rumah aku pun dah ada kucing. 

Sampai sekarang pun ayah aku sangat protective. Kalau aku tak call mesti dia tanya kat mak aku, aku ada call tak..malu lettew. Ayah aku tak pandai bersembang dengan anak anak, mak aku yang akan jadi pengantara .Walaupun ayah aku tak dapat nak ekspresikan kasih sayang dia melalui kata-kata, tapi cara dia yang protective tu aku tau yang dia sangat sayangkan aku adik beradik.

Mana mungkin ada ayah yang tak sayangkan anak. 
Kalau ada pun, aku rasa tak layak orang tu tak layak bergelar seorang ayah.

Bagi aku,
Marah ayah semua bersebab.
Marah ayah, tandanya sayang.


Till then,








Wednesday, January 1, 2014

Pengalaman darjah satu..

Assalamualaikum..


Harini dah start hari pertama persekolahan untuk tahun 2014. Bukak facebook penuh feeds dari mak ayah yang update gambar anak anak dorang kat sekolah. Menangis tu perkara biasa. Hari pertama mak ayah join anak anak belajar tu memang tipikal.

Pengalaman aku pulak lain sikit. Aku masuk sekolah agak lambat. Lambat dalam 2-3 hari. Sebabnya, berpindah ikut ayah yang bertugas dari Pahang ke Johor Bahru. Hari pertama persekolahan, perkara yang paling aku tak suka, mandi pagi. Perghh sejuk gila wei. Time tu tak ada heater. Aku  try mandi macam dalam cerita P.Ramlee tu, basahkan mata tapi haram kantoi dengan mak aku.

Mak yang hantar aku ke sekolah pada hari pertama. Lepas jumpa cikgu kelas untuk pendaftaran, mak aku terus balik. Terkontang-kantinglah aku dekat sekolah.

Macam biasa, sebagai budak baru, aku harus perkenalkan diri dekat budak kelas. Ibarat seekor alien yang baru tiba ke bumi, itulah perasaan aku ketika nak perkenalkan diri. Semua mata tertumpu. Yang budak laki dah sengih sengih. Sengih sebab nak pedajal. Yang perempuan pulak bisik-bisik. Gosip agaknya.

Lepas perkenalkan diri, terus dapat tempat duduk. Dan ya, yang duduk sebelah aku tu budak laki yang mak aii..buas tahap apa ntah. Tak reti langsung duduk diam.

Teacher                          :   Ha tengok ni, mimo *bukan nama sebenar buat, cantik.
Budak lelaki buas  :   Tak cantik pun teacher, macam gigi buaya. (sambil tersengih menampakkan gigi depan beliau yang rompong )

Lepas cikgu keluar, bertubi tubi soalan yang keluar. Macam artis yang baru lepas kena tangkap khalwat gamaknya. Yang perempuan ok lagi, yang lelaki ni soalan ntah apa apa.

Budak lelaki buas 1 : Bapak ko askar kan?mesti dia ada senapang besar. ko pernah tengok?
Budak lelaki buas 2 : Ko rasa askar dengan polis mana lagi hebat?bapak aku polis. Dia ada pistol
Budak lelaki buas 3 : Bapak ko besar tak? Bapak aku besar tau.
Aku      : Ntah, aku tak tau.


Aku perasan , budak lelaki ni dia suka tanya pasal ayah dan memasing bragging pasal ayah memasing. Ayah sapa paling kuat dan hebat. Hahahaha. Tipikal budak budak.


Masa muda-muda

Lepas habis sesi persekolahan, aku balik rumah sendiri, berjalan dengan abang aku. Time tu Malaysia masih aman. 

Ok bai.


Till then.