klik le

Monday, January 20, 2014

Si cantik Assia

Assalamualaikum.

Hari Sabtu yang lepas, aku ke pekan Parit Buntar, keseorangan. Memandangkan hari tu hari sabtu, aku naik perkhidmatan bas yang disediakan pihak USM. 

Lepas bersiap, aku terus menapak ke kafe. Kelihatan banyak lagi student yang sibuk study untuk peperiksaan akhir. 

"padan muka korang, aku punya exam dah habis. kahkahkahkah".
Kata kata yang terbit dalam hati aku tu mungkin agak kejam di situ tapi itulah realiti. Siapa yang tak seronok bila habis exam awal kan?kan?

Aku terus duduk di meja yang terletak di suatu sudut. Hmm. tak ramai orang yang tunggu bas. So tak payah berebut. Aku tersenyum lagi. Bertuah sungguh hari ni.

Beberapa minit lepas tu sebuah van sampai. Bas yang kusangka sampai, rupanya van yang tiba. Itu bermakna aku harus cepat. Sedang aku terrkocoh-kocoh ada orang panggil dari belakang.

"Excuse me! Excuse me!" Seorang wanita Arab dalam lingkungan 20an memanggil aku.


*************perbualan seterusnya telah dialih bahasa ke bahasa Melayu*****************

" Awak nak pergi ke mana?" Tanya gadis Arab itu. 

"Nak pergi ke parit buntar, kenapa?" Balas aku

" Naik van ke? bukan sepatutnya bas? gadis itu bertanya lagi.

" kalau bas tak ada, van yang akan gantikan tempat bas" balas ku lagi. Terkocoh kocoh gadis Arab tersebut belari ke arah van.

Di dalam van, gadis Arab tersebut memilih tempat duduk disebelah aku. 

" Awak ni orang Malaysia?"

"Ya. saya orang Malaysia..kenapa" Balas ku sedikit tergelak dengan pertanyaan gadis Arab tu. Takkan dia ingat aku orang Nigeria pulak.

" Mula-mula saya ingat awak orang Arab cuma saya tak yakin sebab awak pakai tudung ni" Jelas beliau sambil menuding ke arah tudung bawal yang aku pakai. " Orang Arab jarang pakai tudung macam ini" tambah beliau lagi.

Aku dah tergelak dalam hati. Nak tergelak kuat -kuat kang terasa pulak. " Part mana yang awak rasa saya ni  macam orang Arab?" Balas aku lagi. Aku syak pak cik yang drive van ni pun tergelak jugak walaupun aku tak nampak tapi aku syak dia gelak, dalam hati mungkin. Prejudis sungguh aku,

" Mata besar. Sebab tu  saya was was sama ada awk ni orang Malaysia atau orang Arab". balas gadis tersebut lagi.

kahkahkahkah. aku gelak lagi. Bukan perasan ke apa cuma rasa kelakar. Sekurang-kurangnya ada jugak yang hiburkan aku hari ni. Memang kalau ikutkan aku tak ada keturunan arab arab ni. Kalau ada pun keturunan Cina belah ayah aku, cuma terbalik mata aku tak sepet tapi membulat. 

Perbualan terus berlangsung. Nama gadis tersebut assia. Sempena nama isteri firaun,wanita solehah yang beriman kepada Allah. Berumur 24 tahun  dan mengambil PHD dalam kejuruteraan kimia. Aku syak dia ni spesies yang genius. Serius sangat kagum. Muda -muda  dah ambik PHD sedangkan aku yang ambik degree ni pun semput nak perabihkan degree aku.

Banyak benda yang kami bualkan. Assia beritahu yang dia masih sesuaikan lagi dengan cuaca dan makanan di malaysia. Cuaca dekat Malaysia panas dan lembap dan dari segi makanan pulak orang Malaysia selalu makan nasi sedangkan orang Arab biasa makan roti.

Selain dari cuaca dan makanan masalah lain yang dihadapi Assia ialah bahasa. Bagi orang Arab, bahasa kedua yang dipelajari mereka ialah bahasa Perancis dan bukan bahasa Inggeris. Di universiti pun pembelajaran kebanyakannya dalam bahasa Perancis termasuk la term-term engineering yang digunakan di dalam kuliah, hampir kesemuanya bahasa Perancis. Lain pulak dengan Malaysia sebab Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di universiti dan istilah-istilah yang digunakan juga dalam bahasa Inggeris. Tapi macam mana pun, bagi aku bahasa Inggeris si Assia ni sangat baik jadi aku tak benda ni akan menjadi masalah yang besar dekat dia.

Lepas habis beli barang, kami berdua pulang ke kampus. Assia ajak aku ke bilik beliau nak sambung berborak katanya dan memandangkan aku kesunyian aku pun ikutla.  Pergh bilik dia ada peti ais. Lain benar bilik postgraduate dengan undergraduate ni. Tapi menurut roomate aku, foreigner memang suka beli peti ais sendiri letak kat bilik hostel.

Banyak benda yang aku tanya dekat Assia salah satunya dia tak balik ke jenguk family dia. Assia bagitau yang selagi kerja dia tak habis selagi tu dia takkan balik. Duit bukan masalah cuma dia rasa dia nak grad secepat mungkin. Kagum lagi sekali. Lain benar dengan kebanyakan student Malaysia, aku lah contohnya, tak balik berapa minggu dah rasa macam berbulan.

Kebanyakan orang Arab tak macam dulu, kahwin awal. Kerjaya merupakan salah satu faktor. Lagipun menurut Assia susah nak jumpa lelaki yang baik dalam masa yang sama mempunya hidup yang stabil. Maksudnya tak semestinya kaya tapi wajib ada kerjaya yang tetap dan bertanggungjawab. Nampak mudah tapi betul cakap Assia susah nak jumpa lelaki macam tu sekarang.

Lastyly, banyak benda jugak yang aku belajar dari Assia ni. Antaranya jangan jadikan benda yang remeh sebagai halangan untuk berjaya.Nak seribu daya taknak seribu dalih.

Manusia ni semua sama. Mungkin ada satu dalam seribu yang betul betul bertuah contohnya tak study pun exam boleh score. Cuma kena ingat usaha yang membezakan manusia yang gagal dan yang berjaya.


Nah amik. Gambo sunset..


Till then




No comments: