Sebenarnya post ni lambat beberapa hari disebabkan exam aku habis khamis lepas tetapi apakan daya hari hari aku dihabiskan dengan berhibernasi. Cuaca dekat Penang pun dah macam spring dekat Paris.gitu. Maunya aku tak menjana lemak.ye dak?
Lepas berehat selama beberapa hari, baru aku semangat nak kemas note dan buku-buku sekalian.
Sape nak tolong itew kemas? pang! |
Sebenarnya tak ada la seronok sangat bila dah habis exam, maybe dah imun kut mihmihmih.
Aku tak balik cuti sem ni, sebab kena siapkan projek.
The worse part aku keseorangan dalam bilik.
Roomate aku dah balik umah. Aku kesunyian. Lonely omputih kata. Aku call mak aku dengan adik aku. Sampai adik aku marah aku asyik kol dia. Takkan aku nak kol kucing aku kan?kan? Tak memahami langsung. cis.
Sebenarnya best jugak sorang sorang dalam bilik ni .
Tapi time malam memang tak best. If u know what I mean.Time ni la teringat makcik karipap yang ketuk tingkap takde tangan tu. Hairan aku, time kesorangan la aku teringat kisah-kisah mistik ni.
Dua hari pertama aku tidur dengan pasang lampu utama. Lepas tu baru aku berani tidur pakai lampu study.Harharharhar. Tapi still ada improvement kan?kan?
Student yang habis exam pun mostly dah balik rumah. Rasa bahagia pulak.
Mesin basuh kosong, shower kosong, kafe pun tak ramai orang.
Cuma aku berharap, kafe tak tutup. Kurus aku nanti kalau kafe tutup.
Saje aku nak membebel kat sini.
Till then.
1 comment:
bole bagi fb...nk add.. plzzzzzzz
Post a Comment