Assalammualaikum.
Hai korang.
it's been a while kan?
Sekarang ni hampir sebulan jugak aku dah start kerja baru dekat kl. Tempat yang paling aku kurang gemar untuk bekerja. Sebab?
Sebab aku tak suka jem.
Sebab tempat kerja dekat tapi jadi berjam sebab jem.
Sebab orang kl ramai yang bawak kereta macam orang gila.
sebab kucing aku semua dekat Pahang.
Tapi..
pergi jugak untuk develop career kononnya.
Alhamdulillah. so far kerja ok. cuma bosan.
Hampir sebulan ni aku cuma study skop kerja aku yang baru.
Bos tak assign lagi task task yang berat.
Seriously aku stress sebab bosan.
Bila dah biasa kerja dengan kerja bertimbun, aku rasa lonely, rasa depressed bila tak ada kerja. kahkahkah.
Tak tahu nak gelak ke nak nangis.
Aku cuma acah-acah rajin je.
Konon nampak la macam dedicated gitu.
oo good news.
Bos aku ni cari china so new year ni dia akan cuti panjang. Dah tentu le aku happy sebab aku tak payah acah-acah rajin dah..kikiki.
and yes, I am currently learning mandarin as my third language. Termasuk Bahasa Arab yang aku belajar masa dekat u(dah hampir lupe ), kira 4 Bahasa tapi haram ntah bila nak guna last-last lupa macam tu je.
Ok gais.
Zai jian ^_^
Regards,
Mimi
klik le
Monday, December 21, 2015
Sunday, November 8, 2015
kek milo 3 minit
Assalammualaikum.
Gais..gais aku jumpa resepi kek yang cepat gile dan senang nak buat. Lepas ni kalau ada tetamu ke..mak mentua ke nak datang korang boleh releks.kih.
Ok bahan bahan :
4 sudu milo
4 sudu tepung gandum
4 sudu minyak masak
4 sudu susu cair@susu segar
4 sudu gula castor
sebiji telur
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Aku kacau pakai garpu je. Lepas dah sebati masuk dalam microwave dan bako selama 3 minit. Jangan lebih sebab nanti dia keras. Lepas 3 minit :
Ok gais. Nanti aku update lagi. Jemput makan dulu.
Regards,
Mimi
Gais..gais aku jumpa resepi kek yang cepat gile dan senang nak buat. Lepas ni kalau ada tetamu ke..mak mentua ke nak datang korang boleh releks.kih.
Ok bahan bahan :
4 sudu milo
4 sudu tepung gandum
4 sudu minyak masak
4 sudu susu cair@susu segar
4 sudu gula castor
sebiji telur
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Aku kacau pakai garpu je. Lepas dah sebati masuk dalam microwave dan bako selama 3 minit. Jangan lebih sebab nanti dia keras. Lepas 3 minit :
Tada..enak dimakan begitu sahaja |
Regards,
Mimi
Saturday, October 31, 2015
sebab iman yang sedikit itu
Assalammualaikum..
Hai hai hai.
Sekian lama tak update.
Berkenaan tajuk entry..
aku tau setiap orang pernah rasa loser. Rasa putus asa tentang sesuatu. Rasa masalah yang ada tak ada sesiapa yang boleh tolong.
Rasa loser sampai nak bunuh diri. Nak merompak sebab tak ada duit. Rasa nak jual diri. Dan macam macam lagi benda yang kita rasa nak buat sebab desperate tapi disebabkan masih ada sekelumit iman, semua benda tu kita tak buat.
Sebab kita tahu Allah tu ada.
Jangan terlalu mendabik dada bila berada di atas.
sebab kita tak tahu bila kita akan jatuh tersungkur.
Jangan cepat menghakimi orang yang kita tak tahu langsung asal usul dan sebab kenapa dia jadi macam tu.
Bersyukur dengan sedikit iman itu.
Regards.

Tuesday, September 22, 2015
post untuk korang
Assalammualaikum.
Perghh..rekod. genap berapa bulan aku tak update. Dapat aku katakan, semakin meningkat usia, semakin kurang post aku dekat blog.
Hai kengkawan.
Macam mana kehidupan kalian?
Makin tua ni makin kurang nak membebel.
Makin gemuk pun tangan makin berat nak menaip.
kihkihkih
tata
Perghh..rekod. genap berapa bulan aku tak update. Dapat aku katakan, semakin meningkat usia, semakin kurang post aku dekat blog.
Hai kengkawan.
Macam mana kehidupan kalian?
Hilang sejak 19 april 2015-takde kaitan |
Makin tua ni makin kurang nak membebel.
Makin gemuk pun tangan makin berat nak menaip.
kihkihkih
tata
Thursday, June 18, 2015
Puasa jangan tak puasa
Semalam.
Aku warning budak budak yang keje dekat site.
Aku warning budak budak yang keje dekat site.
"Sesapa yang aku jumpa tak puasa..siaple engko orang..aku report dekat jabatan agama. Merasa la enko orang naik van mayat" hmmm.
Regards
Mimi
Mimi
Sesuatu yang hilang
Harini genap dua bulan riki hilang.
Aku harap dia tak hidup merempat.
Aku harap dia jumpa jalan pulang.
Aku harap dia tak hidup merempat.
Aku harap dia jumpa jalan pulang.
Regards,
Mimi
Mimi
Monday, June 1, 2015
Jatuh cinta
Dalam tempoh 8 tahun ni aku jatuh cinta dekat orang yang sama banyak kali.
Gila betul
Kena mandrem ke apa ni?
Regards,
Mimi
Mimi
Friday, May 8, 2015
Cabaran seorang jurutera cum kuli cum manusia yang sering dimaki
Assalammualaikum..
Kalau dikira kira rasanya dah nak dekat setahun aku bekerja.
Bila jumpa orang, dan tanya aku kerja apa cepat-cepat aku jawab "kuli".
Tu belum lagi orang insurans yang tanya.
Masa kecik dulu dulu ingat kerja jurutera ni best. Wah engineer professional gitu..pakai topi putih. pergi site pakai kemeja. seluar slack. Tengok pulak drama melayu, engineer dengan arkitek semua sado.
tapi realitinya hado.
hahaha.
Setelah hampir setahun, tak aku nafikan kerja menjadi seorag jurutera sangat mencabar lagi lagi bila handle project dekat site dan dalam masa yang sama kena prepare semua documentation dan paper work yang bertimbun. Belum lagi kena maki dengan klien.Belum lagi kena jawab kesalahan yang orang lain buat. (mentang aku fresh graduate). Oh lupa skop kerja aku juga entertain client. cis. Patutla lelaki pun tak larat nak kerja sebabnya kena tahan mental dan fizikal.
Mental- ko kena tahan maki dan bijak berhujah dengan klien. Biasanya aku akan study BQ dengan drawing sebelum meeting. Sebab benda ni yang akan akan bantu kita.
Fizikal -Tahan panas, gagah dan tidak takut ketinggian. Time inspection panjat-panjat tu benda biasa. apatah lagi panas.
Tapi tapi tapi. perasaan paling best bila nak hand over project. Bila aku pikir balik berapa banyak orang yang dapat benefit dari projek yang aku join ni. Kita tolak developer dan kontraktor. Fokus kepada pengguna sahaja. Terharu bila orang cakap.
"akhirnya dapat jugak guna air bersih"
" tak melekit dah badan ..bila mandi"
sebab sekarang ni projek aku lebih kepada water supply.
Rasa gembira.
Hilang penat.
tapi kita lupa nak terima kasih dekat golongan ini
mereka juga menyumbang ^_^

Tuesday, April 7, 2015
Kisah saya yang tiada keyakinan
Assalamualaikum..
Bila bercakap pasal confident, aku merupakan makhluk yang mempunyai tahap confident paling rendah. The worse part ialah masa aku darjah satu bilamana cikgu menyemak kedatangan murid dan memanggil nama aku. Nak sahut 'saya' pun aku takut-takut. Biasanya sebelum nama aku kena panggil aku dah get ready nak angkat tangan. Aku tak suka duduk dalam crowd yang ramai. Aku takut bercakap depan orang ramai. Takut lebih menguasai malu itu sendiri.
Tapi
benda boleh berubah.
Orang kata kalau kita takut akan sesuatu atau nak buat sesuatu, kita kena cuba. Cuba buat dan cuba hadapi.
Lepas tu masa aku form 1, pihak sekolah biasanya akan select sorang student secara random untuk buat karangan dan lepas tu baca karangan tersebut semasa himpunan di semua. Ntah macam mana nama aku di pilih. Aku ingat lagi time tu aku kena buat karangan pasal kesihatan. Aku tak pernah ponteng sekolah dan mak aku biasanya tak boleh bertoleransi dengan ponteng sekolah. Aku demam pun aku datang sekolah. Jadi secara tak langsung, aku memang tak ada alasan untuk tak datang ke sekolah.
Puas aku fikir alasan apa yang aku nak bagi. Last sekali aku pilih untuk redha. Buat essay dan baca je depan orang. Aku cuba berfikiran positif.
Akhirnya, hari yang ditunggu pun tiba.
Bila pengacara majlis sebut "dipersilakan nur......... dari 1 Ibnu sina untuk membacakan esei mengenai kesihatan.
Time tu jantung aku laju gila. Kalau ada penyakit jantung kemungkinan 99 peratus aku boleh kena serangan jantung. Aku dapat rasakan semua mata memerhati ibarat aku ni alien yang baru tiba di bumi.
Aku naik ke atas pentas. Garu garu mic. Sebabnya malu nak sebut testing testing. Aku pun memulakan membaca ayat pertama dalam karangan aku. Kaki aku bergetar. Lutut aku berlaga (gila nerveous) .. tapi aku teruskan membaca dan dan terus membaca.
Tiba-tiba
nerveous tu hilang. Aku terus membaca sampai ke ayat yang terakhir. Perasaan takut tu hilang.
Selepas dari peristiwa itu, ecehh ada cikgu praktikal yang dapat kesan bakat aku(kahkahkah bakat le sangat) untuk bercakap depan orang. Aku mula masuk pantun, syarahan, bahas bm.. bahas bi pun aku sebat.
Bila masuk competition macam tu, sedikit sebanyak perasaan untuk takut berhadapan depan orang ramai dapat diatasi. Perasaan tu masih ada cuma aku semakin bijak mengawal (flip tudung).
Sampai zaman universiti pun, bila nak present aku tetap cuak cuma yang bestnya bila aku cuak aku dapat deliver sesuatu tu dengan baik. Aku tukarkan perasaan tu menjadi sesuatu yang positif. Misalnya bila aku cuak, aku tau aku kena buat betul betul kalau tak memang habis le aku.
So moral of the story, jangan takut untuk mencuba dan jangan takut untuk berhadapan dengan perkara yang kita tak suka atau takut.
Be willing to step outside your comfort zone once in a while, take the risks in life that seem worth taking. The ride might not be as predictable if you'd just planted your feet and stayed put, but it will be a heck of a lot more interesting.
Regards,
Mimi
Tuesday, March 17, 2015
Sunday, March 15, 2015
Aku tanya apa kabar?
Assalammualaikum..
Weh aku dah install apps blogger kat hp. Jakun gile aku kahkahkah. Lepas ni boleh hupdate blog dimana mana sahaja di hujung jari sahaja.eceh.
Lately kan aku rindukan sangat masa silam aku maksud aku time study dulu. Aku rindukan exroomate.kengkawan. lecturer.sambal belacan kafe halim.pasar kemboja. Pasar malam. Oyen sigemok.
Aku nak tanya.
Apa khabar semuanya?
Till then 😊
Saturday, February 7, 2015
Susah betul nak ingat jalan weiiiiii
Assalammualaikum..
Aku rasa kan bukan aku sorang je yang susah nak ingat jalan, orang lain pun sama kan?kan?
baik ngaku cepat.
Err..tapi tapi
Aku memang mempunyai masalah untuk ingat jalan yang agak kronik. Bukan pelupa, cuma aku suka berangan..bhahahha. Sebagai contoh. sekarang ni ada 5 project yang tengah ongoing dan dah tentulah ada 5 site..which means aku kena la ingat jalan nak pergi sana ye tak?
Sebenarnya sebelum aku drive sendiri ke site dah dua tiga kali jugakla senior engineer aku tak pun technician yang bawak aku ke site dan tunjuk jalan. Tapi hari pertama aku drive sendiri ke site, aku sesat sampai masuk ke pedalaman kampung orang asli. ok scarry ok. Gile tak scarry kang tak pasal aku kena sumpit kang. eh?
Kes lain pulak, ke putrajaya. Banyak kali dah aku pergi sana. Cuma kalau drive sendiri tu dah dekat 4 kali. Yang aku pelik kali keempat aku boleh sesat. Dah la aku kena hantar claim tu sebelum 12 setengah. Aku tengok jam, demmit lagi 10 minit nak 12 setengah. Hasil usaha, doa dan tawakal, sampai jugak la aku dekat tempat yang dituju. Time tu 12 setengah dah. Orang kerajaan ni selalu keluar makan awal.Masalah lagi bila tak ada parking. Last-last aku sebat je parking khas untuk menteri ke VIP mana ntah. Nasib baik ada lagi orang dekat opis yang tak keluar makan. Nasib aku memang baik hari tu..fuh
Kenapa tak pakai waze?
oh ye.. aku tak pakai waze sebab waze banyak kali tipu aku.
sekian.
Friday, January 2, 2015
Pahlawan papan kekunci
Assalammualaikum
Korang pernah dengar pahlawan papan kekunci atau keyboard warrior?
Dekat media sosial korang boleh jumpa berlonggok orang yang macam ni.
Ok meh aku cerita.
Banjir baru-baru ni, bandar Temerloh memang completely lumpuh. Berbelas tahun aku duduk Temerloh dan banjir kali ni paling dasyat.
Unexpected.
Air atas jalan bergerak laju macam jeram sungai. dan ramai yang memang tak sempat selamatkan apa apa. Sehelai sepinggang.
Alhamdulillah. aku agak bernasib baik sebab sempat beli makanan untuk stok dekat rumah. Kawasang perumahan terkepung. Tak ada jalan keluar nak pergi mana-mana.
Dalam masa yang sama aku terlibat sebagai sukarelawan dekat pusat penempatan banjir, tolong orang memasak, basuh pinggan dan mengemas.
Agak mengecewakan bila mana ada orang buat fitnah dekat facebook mengatakan sukarelawan ada yang simpan stok makanan, bagi sardin je padahal stok makanan banyak.(Ini salah satu komen yang diterima)
Ok.
Aku yang berada sendiri dekat pusat penempatan banjir tengok sendiri keadaan makanan yang sampai. Jumlah mangsa sangat ramai, dan makanan yang diterima memang cukup-cukup dan kadang-kadang tak cukup. Sukarelawan terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk cukupkan makanan.
Kenapa sardin?
Sebab sardin makanan dalam tin dan antara makanan yang banyak orang derma. Stok makanan basah macam ikan dan ayam memang susah nak dapat semasa musim banjir. Sukarelawan yang memasak pun kebanyakannya akan makan lepas semua mangsa banjir makan. Tak ada istilah sukarelawan makan lauk sedap. Tak ada langsung.
Berkenaan dengan simpan stok aku tak pasti. Mungkin ada pusat penempatan mangsa banjir yang buat. Mungkin diorang nak agihkan sebelum mangsa banjir semua balik. Mungkin.
Mungkin betul ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan ke atas barang-barang yang sepatutnya didermakan kepada mangsa banjir.
Mungkin
Cuma berhentilah sebarkan berita yang tak betul.
Sekejap cakap " kawan mak aku yang duk dekat penempatan banjir tu cakap". Kejap lagi cakap " mak cik aku yang duk dekat penempatan banjir tu cakap.." Esok pulak " kawan aku punya kakak yang cakap".
Setengah orang memang suka timbulkan provokasi. Cuma nasihat aku, berhentilah jadi pahlawan papan kekunci. Turun padang, sumbangkan tenaga untuk membantu masyarakat bagi aku berganda lebih baik.
Till then!
Mimi
Subscribe to:
Posts (Atom)