Assalammualaikum..
Gempak tak title post aku. Ok ok. memandangkan mood agak baik, aku ni kongsi tips turun temurun keluarga aku. Tips kulit santek. Semua orang suka santek dan nak jadi santek kan? So, aku nak share tips kesantekan ini.
Family aku, terutama mak dan nenek aku memang banyak petua. Mak aku memang rajin tapi sampai ke anak dia, pemalas ya rabbi.
7 tahun lepas,masa dekat asrama ada sorang kawan aku ni dok puji, " ko pakai syampoo apa?lembut je rambut dan tak freezy..cantik"
Setelah dipikir pikir, aku cuma bagitau dia yang aku pakai syampoo biasa, tak ada pun pakai conditioner dan minyak minyak bagai. Tiba tiba, baru aku teringat masa aku kecik, mak aku selalu sapu minyak zaitun dekat kepala aku dan kadang kadang dia letak santan dan bungkus kepala aku dengan tuala. Jadi, aku dapat rasa apa yang mak aku buat masa aku kecik tulah yang menyebabkan rambut aku santek.
Tapi tu cerita 10 tahun lepas. Akibat kemalasan ditambah corak pemakanan yang tidak sihat, rambut aku tidak sesantek dulu. Ok abaikan.
Sekarang ni aku nak share tips kulit santek.
Mak aku selalu pesan " muda muda ni la kena jaga kulit dengan badan.." ( sila baca dalam intonasi mak mak). Mak aku selalu pesan setiap minggu buat skrub supaya tanggal daki-daki yang ada dekat badan. Tetapi, sekali lagi disebabkan malas, aku abaikan. Kalau rajin sikit aku beli dekat kedai yang dah siap.
Tapikan gais, aku perasan kalau beli dekat kedai tak power. So lately aku tetiba jadi rajin (mungkin sebab nak kawen kut mihmihmh) untuk buat skrub sendiri yea D.I.Y.
Bahan- bahan
Beras pulut (wajib)
Gula (optional)
Garam(optional)
susu(optional)
madu (optional)
Ok kenapa banyak optional? Optional tu maksudnya tak wajib, cuma kalau ada lagi bagus.
Step yang pertama, gorengkan beras pulut tanpa minyak sampai kaler beras tu bertukar keperangan. Setelah keperangan sila biarkan sejuk dan kemudian kisar beras tersebut menggunakan pengisar kering ( ala yang pendek tu). Bila dah kisar sampai halus, simpan di dalam bekas dan campurkan dengan bahan bahan yang optional tadi. Nak letak boleh tak letak pun boleh. Cuma kalau letak lagi bagus la.
Bila nak guna, campurkan dengan sedikit air dan apply la dekat badan atau muka korang. Percayalah, korang akan rasa keajaibannya. Kulit akan rasa bersih, berseri dan santek.
Selamat mencuba uolss.
Regards,
Mimi
No comments:
Post a Comment