klik le

Wednesday, August 10, 2016

Kisah meow bernama "dashboard"

Assalammualaikum


Ada orang suruh aku hupdate belog. Haritu kemain cakap belog tak best.
Ok tak leh cakap lebih-lebih kang ada yang merajuk.

Aku ada cerita yang nak diceritakan untuk tatapan tatapan korang semua.
Hari sabtu yang lepas aku, adik aku serta anak sedara aku bertolak dari sg buloh ( rumah abang aku) ke kampong aku di Temerloh.

Dalam perjalanan, tiba tiba kereta didepan aku semua slow seperti mengelak sesuatu. Apabila sampai ketempat tersebut, aku terus cakap ke adik aku. "kakak,!ada nyau!!". Ye aku panggil adik aku kakak. It's a long story. Akan aku ceritakan kemudian. Meow tu kecik je. Ntah macam mana boleh tersesat dekat jalan yang besar macam tu. Ok aku husnudzon tak nak tuduh siapa-siapa.

Bila sampai ke tempat kejadian, aku terus tekan lampu kecemasan dan suruh adik aku ambik nyau tersebut. Kesian dia, sangat takut sampai terberak-berak dalam kereta. Kucing tu berak atas baju adik aku sebab adik aku pegang dia atas riba dia. Perjalanan dari Sg Buloh ke Temerloh mengambil masa selama 2 jam setengah. Jadi, sepanjang dua jam itu la kami terpaksa menahan bau busuk. Ye kucing tu terkencing dan terberak atas adik aku yang redho dan pasrah.

After a while, kucing yang kepenatan dan ketakutan itu duduk diam. Dia tak berak dan mengiau dah. Ok aku syak dia dah stabil. Tapi ternyata tekaan aku salah. Beberapa minit lepas itu, kucing tersebut seperti terkena hysteria.  Aku syak dia ada masalah trauma yang kronik. Iyelah, dah la mak dia tak ada, tiba tiba kena tinggal tepi jalan besar. Gila tak trauma.

Ok berbalik kepada kucing tu, lepas dia mengiau dan menjerit, dia gigit tangan adik aku. Of course la adik aku terlepas nyau tersebut. Nyau tu kemudian pergi ke bahagian kaki adik aku dan masuk terus ke dalam dashboard melalui satu lubang kecik.

Bila sampai Temerloh, aku puas suruh dia keluar tapi malangnya dia tak nak keluar. Aku umpan dengan makanan pun dia tak nak. Aku google cara bukak laci kereta aku, tetapi kucing tu lari masuk ke bahagian air cond belah atas. Sangat complicated. Sebab dia belah dalam dan ruang bahagian tersebut  sangat sempit.

Kemudian, aku terus pergi ke sebuah bengkel untuk meminta pertolongan mekanik dekat sana.

Aku : Assalammualaikum pak cik, sy nak minta tolong ni

Pak cik : Ye kenapa?

Aku : Ada nyau termasuk dalam kereta.

Pak cik : bukak bonet belah depan.

Aku: Dia bukan belah enjin pak cik, tapi belah air cond. Kawasan dashboard.

Aku pun tunjuk kepada pak cik tu laci kreta aku yang dah terbukak .

Pak Cik : Eh ni tak boleh bukak ni. Dashboard ni mana boleh bukak

Aku : Ha? habis tu camana?sian nyau ni

Pak cik : Ala ...tunggu je nanti dia panas atau lapar dia keluar la,

Aku pun mengiyakan dan mengharapkan apa yang pak cik tu cakap betul.
Tapi ternyata tekaan pak cik tu salah.

Selang beberapa minit aku, adik aku dan anak sedara aku Haikal akan tengok ke dalam kereta samada kucing tu keluar atau tak. Tapi kucing tu tetap tak nak  keluar. Aku dah cuba tarik, geletek dengan lidi tapi dia tetap tak nak.

Dah nak masuk malam. Aku putus asa.

Kemudian aku teringat pasal pasukan pertahanan awam JPAM yang pernah selamatkan kucing yang termasuk dalam singki.  Hati aku terus berkata, ini dah termasuk dalam kategori kes kecemasan, nyawa anak kucing itu harus diselamatkan!.

Aku suruh adik aku kol 999 dan sambungkan ke Jpam Temerloh.
Beberapa minit kemudian, lori besar bersama 5  orang abang JPAM datang.

Macam ni la lori diorang.Gile eksaited (sumber:google)


Abang JPAM tu cakap ni kes pertama kucing masuk ke dalam dashboard sebab  kebiasaannya kucing termasuk ke dalam bahagian enjin.

Selepas beberapa minit, anak kucing tersebut berjaya dikeluarkan. Dan aku amat-amat berterima kasih dekat mereka yang sangat professional walaupun "kucing je pun" tapi kucing  pun makhluk Allah jugak.

Diorang siap tanya kenapa tak telefon dari awal. Diorang jugak la yang mencadangkan nama "dashboard" untuk anak kucing tersebut.

Tapi sayang, nyawa Dashboard tak panjang. Semalam mak aku telefon  dan beritahu yang Dashboard dah tak ada. Mungkin dia terlalu rindukan adik adik dan mak dia.



Rest in peace Dashboard!




Regards,
Mimi






No comments: