klik le

Wednesday, October 26, 2016

Review Miseoul aloevera soothing gel

Assalammualaikum.


Macam yang aku cerita alam entry aku sebelum ni, aku mempunyai spesies kulit berminyak dan mitos mengatakan orang kulit berminyak ni tak perlu pakai pelembab.

SALAH!

Sebenarnya kulit kita memerlukan pelembap cuma nak cari pelembab yang sesuai tu punyalah payah.
Banyak jenis pelembab yang aku dah cuba tapi kebanyakanresult dia menghampakan(tapi ada jugak yang ok)  sampai la aku decide nak stop pakai pelembab. Tapikan, lepas beberapa ketika, aku perasan kulit aku jadi kering. Maksud aku berminyak yang kering. eh?

Hari tu   aku jalan-jalan dekat Aeon Rawang. Aku perasan ada orang buat promosi pasal aloevera gel ni. Kira macam natural product la. Aku pun decide nak cuba. Sebab kita pun tahu kan  aloevera ni banyak benefit dia. Oh ye, aloevera ni boleh store dalam peti sejuk, jadi bila nak pakai tu memang rasa best giler. Sejuk je noks






Antara fungsi aloevera soothing gel ni berdasarkan pengalaman aku .

1) Pelembap semulajadi
Sebelum tido aku akan apply gel ni dekat muka aku, jadi bila bangun tido je kulit rasa smooth gitu. The best part, gel ni cepat meresap. Jadi masa tido idokle korang terganggu sebab sticky ke ape. Jerawat pun tak naik tau.

2) Menghilangkan lebam bawah mata
Oh ye si mata panda, anda boleh cuma gel ni. Cara aku , aku akan dapkan kapas dalam gel ni, lepas tu aku letak dekat mata sebelum tido. Feeling dia? best la ;). Bangun pagi mata akan rasa fresh.

3) Kecantikan semula jadi.
Hahahah lepas hampir sebulan pakai, aku rasa makin flawless. Ye la kulit pun sihat bila pakai bahan semulajadi. Ada satu peristiwa ni (kisah benar, aku tak tipu. Kalau tipu dose), lepas solat jemaah dekat satu masjid ni, masa duk salam salam tu, tiba -tiba ada mak cik tegur aku sambal pegang pipi aku " pipi adik ni cantik la". Ada ke pipi cantik? aku rasa dia merujuk kepada kulit aku. Collegue aku peng pun cakap yang kulit aku santek.



Jadi adik adik dan kakak-kakak sekalian, marilah kita bertukar kepada bahan semulajadi dan jauhi produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya itu.


Ok bai










25 comments:

narroi said...

mata panda la santek

Unknown said...

Tapi kenapa bau dia wangi mcm ada fragnance?

Unknown said...

Aku baru je beli kat watson sabah

Sophie said...

Kat watsons ada jual. Tengok kulit gak, dia panas kalau baru apply.

Anonymous said...

I nak tanya, this aloe vera dapat hilangkan jerawat dekat muka ke?

Anonymous said...

dapat okay pulak tu,jerawat jarang naik pastu dia naik tak tinggalkan kesan

Unknown said...

Sehari berapa kali boleh pakai..boleh x tiap lepas solat kita apply..ke acane..

mimo said...

unknown : Pakai lepa solat pun boleh tak ada masalah. Saya pakai 2 kali sehari je pagi dan malam

Unknown said...

Knape sya Pakai bru 1hri jerwat say banyak??

mimo said...

UNKNOWN: awak pakai brand apa? mungkin tak sesuai untuk awak. sebaiknya awk berhenti dulu pakai

Anonymous said...

Boleh hilangkan parut jerawat and licinkan muka x ? And gel ni boleh jadi mouisturize jugak kan ?

Unknown said...

Saye sesau pakai produc ni alovera soothing gel..bast..kulit semakin lembut..and gebu..

Unknown said...

Miseol kat watson confirm ori kan?

Anonymous said...

Sy pakai ngelupas kulit.. Knp ya?

Unknown said...

Sya bru beli kat watsons kb.

Faizal said...

Boleh Tak pakai gel aloe vera ni selepas pakai pencuci muka seperti Garnier Men ?

Anonymous said...

boleh. preferably lepas pakai toner

honeyinspace said...

n t tu

Zatil said...

Why saya pakai benda ni, muka saya makin kering, then gelupas?

Unknown said...

cara penggunaannya macam mana ?

Unknown said...

berapa kali pakai dalam 1 hari , pukul berape ?

mimo said...

zatil : Mungkin tak sesuai dengan cik. jadi better stop dulu

Unknown : biasa saya apply lepas cuci muka, selepas toner

Unknown said...

Nak tanya lepas pakai toner baru pakai aloe vey gel tuh ke?

mimo said...

@unknown : ye biasanya lepas pakai toner sy akan apply gel tu. Fungsi dia macam pelembab.

Anonymous said...

Kompom halal kan?