Assalammualaikum.
Macam yang aku cerita alam entry aku sebelum ni, aku mempunyai spesies kulit berminyak dan mitos mengatakan orang kulit berminyak ni tak perlu pakai pelembab.
SALAH!
Sebenarnya kulit kita memerlukan pelembap cuma nak cari pelembab yang sesuai tu punyalah payah.
Banyak jenis pelembab yang aku dah cuba tapi kebanyakanresult dia menghampakan(tapi ada jugak yang ok) sampai la aku decide nak stop pakai pelembab. Tapikan, lepas beberapa ketika, aku perasan kulit aku jadi kering. Maksud aku berminyak yang kering. eh?
Hari tu aku jalan-jalan dekat Aeon Rawang. Aku perasan ada orang buat promosi pasal aloevera gel ni. Kira macam natural product la. Aku pun decide nak cuba. Sebab kita pun tahu kan aloevera ni banyak benefit dia. Oh ye, aloevera ni boleh store dalam peti sejuk, jadi bila nak pakai tu memang rasa best giler. Sejuk je noks
Antara fungsi aloevera soothing gel ni berdasarkan pengalaman aku .
1) Pelembap semulajadi
Sebelum tido aku akan apply gel ni dekat muka aku, jadi bila bangun tido je kulit rasa smooth gitu. The best part, gel ni cepat meresap. Jadi masa tido idokle korang terganggu sebab sticky ke ape. Jerawat pun tak naik tau.
2) Menghilangkan lebam bawah mata
Oh ye si mata panda, anda boleh cuma gel ni. Cara aku , aku akan dapkan kapas dalam gel ni, lepas tu aku letak dekat mata sebelum tido. Feeling dia? best la ;). Bangun pagi mata akan rasa fresh.
3) Kecantikan semula jadi.
Hahahah lepas hampir sebulan pakai, aku rasa makin flawless. Ye la kulit pun sihat bila pakai bahan semulajadi. Ada satu peristiwa ni (kisah benar, aku tak tipu. Kalau tipu dose), lepas solat jemaah dekat satu masjid ni, masa duk salam salam tu, tiba -tiba ada mak cik tegur aku sambal pegang pipi aku " pipi adik ni cantik la". Ada ke pipi cantik? aku rasa dia merujuk kepada kulit aku. Collegue aku peng pun cakap yang kulit aku santek.
Jadi adik adik dan kakak-kakak sekalian, marilah kita bertukar kepada bahan semulajadi dan jauhi produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya itu.
Ok bai
25 comments:
mata panda la santek
Tapi kenapa bau dia wangi mcm ada fragnance?
Aku baru je beli kat watson sabah
Kat watsons ada jual. Tengok kulit gak, dia panas kalau baru apply.
I nak tanya, this aloe vera dapat hilangkan jerawat dekat muka ke?
dapat okay pulak tu,jerawat jarang naik pastu dia naik tak tinggalkan kesan
Sehari berapa kali boleh pakai..boleh x tiap lepas solat kita apply..ke acane..
unknown : Pakai lepa solat pun boleh tak ada masalah. Saya pakai 2 kali sehari je pagi dan malam
Knape sya Pakai bru 1hri jerwat say banyak??
UNKNOWN: awak pakai brand apa? mungkin tak sesuai untuk awak. sebaiknya awk berhenti dulu pakai
Boleh hilangkan parut jerawat and licinkan muka x ? And gel ni boleh jadi mouisturize jugak kan ?
Saye sesau pakai produc ni alovera soothing gel..bast..kulit semakin lembut..and gebu..
Miseol kat watson confirm ori kan?
Sy pakai ngelupas kulit.. Knp ya?
Sya bru beli kat watsons kb.
Boleh Tak pakai gel aloe vera ni selepas pakai pencuci muka seperti Garnier Men ?
boleh. preferably lepas pakai toner
n t tu
Why saya pakai benda ni, muka saya makin kering, then gelupas?
cara penggunaannya macam mana ?
berapa kali pakai dalam 1 hari , pukul berape ?
zatil : Mungkin tak sesuai dengan cik. jadi better stop dulu
Unknown : biasa saya apply lepas cuci muka, selepas toner
Nak tanya lepas pakai toner baru pakai aloe vey gel tuh ke?
@unknown : ye biasanya lepas pakai toner sy akan apply gel tu. Fungsi dia macam pelembab.
Kompom halal kan?
Post a Comment