klik le

Wednesday, February 29, 2012

Hujan

Aku sangat suka hujan. Oh bukan hujan yang band tu tapi hujan fenomena alam semulajadi.
Aku selalu beritahu orang yang rapat dengan aku kenapa aku suka hujan
Hujan itu rahmat..
Hujan itu menyamankan.
Setiap kali hati aku terlalu sedih, hujan pasti turun.
Sampai aku pernah digelar waterbender oleh seseorang.
Bila hujan turun, aku rasa kesedihan aku dibawa pergi.
Ketika aku tulis entry ni pun hujan sedang turun.
Sedih?
Ya, aku tengah sedih
Moga kesedihan aku pergi selepas hujan berhenti.



sumber gambar : google

Fruits are squeezed to get juice. Flowers are crushed to get fragrance. Diamonds are extracted to make jewels. So if you're being pushed in life, u feel so down, fear not, it's just Allah trying to get the best out of you.
 


Saturday, February 25, 2012

Forever alone?

Beberapa hari lepas aku chat dengan sorang mamat ni. Mamat ni kawan aku dekat USM.Dan salah satu topik yang dibincangkan adalah cinta.

Dia   : I'm a loser
Aku  : La..kenapa pulak
Dia   : Forever alone. I can't smile
Aku  : La family?kengkawan
Dia   : They can't make me smile
Aku  : Is it because of a girl? It's not worth it la kalau pikir pasal perempuan
Dia   : Yes, it is
Aku  : come on la..bersepah lagi pompuan kat Malaysia ni.
Dia   : Yes, but its hard to make people love me
Aku  : sebab memilih sangat kot. Lelaki sekarang ada pompuan suka tapi nak juga yang lawa.
Dia   : No. I just  want her to love me..that's all..
Aku  : Ok. ok what do you look for in a girl?
Dia   : As long she love me, nice and of course, sedap mata memandang.




sumber gambar : google




Kalau tengok perbualan kat atas, ciri ciri yang orang akan pilih untuk dijadikan teman hidup mesti ada juga dari segi rupa. Aku tak cakap lelaki, perempuan pun sama, Selalu aku dengar ayat ni "takde orang nak kat aku" tak pun "ada ke orang nak kat aku".Mungkin betul tak de orang nak dekat da. Tapi dari apa yang aku lihat, kadang-kadang tu aku tengok ada je orang nak dekat dia ni baik,alim tapi kekurangan dari segi rupa. Aku rasa kalau macam ni memang la kau akan forever alone.

Ya, Aku tau tak semua yang pilih rupa tapi kebanyakannya macam tu. Aku tau tu hak masing-masing. Tapi cuba pikir, bila ada orang yang dah ikhlas sukakan kau, baik, sayangkan kau lepastu kau tolak mentah-mentah. Tak lama lepas tu kau bagitau orang, 'I'm a loser' takpun, 'takde orang nak,forever alone'.

Bagi aku, ada orang yang sayangkan aku dan mampu bahagiakan aku tu dah cukup. Jangan sebab kita terlampau memilih yang terbaik, orang yang memang terbaik untuk kita dah terlepas. Bagi aku jangan terlalu tengok kelemahan yang orang tu ada, cuba tengok kelebihan dia. Terlalu tengok kelemahan sampai kadang kadang kita terlupa kelebihan yang orang tu ada.


sumber :google
                                                              




'When we love, it isn't because the person's perfect, it's because we learn to see an imperfect person perfectly.'







Friday, February 24, 2012

Hipokrasi

Spesies manusia yang paling aku menyampah ialah spesies yang hipokrit.  Manusia macam ni ada bersepah-sepah. Kat depan orang kau pung pang pung pang macam macam. Kat belakang kau cakap lain. contoh


SPESIES PERTAMA

Lelaki 1- post dekat blog dia.
'Aku menyampah gila perempuan yang free hair pakai baju ketat ketat. Sorry tu say, perempuan macam ni tak mainlah. Aku suka yang tutup aurat.'

Kemain kau kan. Tutup aurat la. Tapi kau boleh pulak like gambar kawan perempuan kau yang free hair dekat facebook siap cakap nice, cantik. Serius aku paling menyampah spesies macam ni. Spesies macam ni biasa nak tunjuk bagus walhal dia takde lah bagus sangat. Cara kau cakap macam kau benci gila perempuan yang tak tutup aurat, tapi hakikatnya perempuan macam ni lah yang kau duk jadikan tempat untuk kau cuci mata.



SPESIES KEDUA

Dia sibuk post kat fb alhamdulillah lagi bagus aku pergi masjid dari pergi konsert. Alhamdulillah, nasib baik aku dengar ceramah. Sepanjang ceramah tu dia sibuk update status kat fb lepastu kondem orang lain yang tak pergi dengar ceramah atau tak pergi masjid. Aku tak tau mana barakahnya majlis ilmu tu kalau kau sibuk update status kat fb kau. Lagi satu, dah jadi macam takbur dan riak pulak. Kau sibuk canang kat semua orang yang kau buat amal itu dan ini. Ikhlas kerana Allah? aku tak rasa macam tu.



SPESIES KETIGA

Si A tak suka si perangai si B. Dia hasut CDEFG sampai Z supaya tak suka si B. Tapi depan si B dia baik. si B perasan yang CDEFG sampai Z dah tak suka si B. Bila si B tanya apa salah dia semua cakap 'tak de apa apa. Kitaorang ok je. ' Tapi belakang dia kau orang kutuk gila-gila. Aku pun hairan, Kalau betul si B buat perangai, kenapa tak tegur dan cakap depan depan? Ini tak kau jadikan dia modal untuk korang mengumpat. Memang terbaik. Penat kau kumpul pahala senang-senang bagi free kat orang.


sumber gambar : google

Banyak lagi spesies -spesies manusia yang hipokrit. Yang aku list kan dekat atas ni antara yang banyak berlaku. Tak payah la nak hidup dengan menjadi hipokrit. Makin lama orang pun makin menyampah.
Pesan aku usah biarkan hidup anda diselubungi  HIPOKRASI.





Thursday, February 23, 2012

site visit

Cerita pasal site visit, hari tu aku pergi Projalma Precast Concrete site dekat Batu gajah,perak dengan budak 3rd year.  Memandangkan aku pun ada ambik subjek 3rd year, ConstructionTechnology  aku pergi sebab nak comply  requirement untuk subjek tu.

Hasil dari pagi sampai ke petang dekat sana, banyak benda yang aku belajar antaranya :

-method atau proses untuk precast concrete work
-dapat proper explanation dari pegawai dan engineers mengenai precast segmental box girder bridges dan     banyak lagi.

Precast segmental ni biasa diguna untuk jambatan takpun fly over.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

aggregate


rebar cage fabrication



rebar cage close up


Add caption



concrete pouring




 precast concrete segmental yang dah siap



transportation process




Aku suka sebenarnya site visit sebab tak payah dengar kuliah. Tapi yang aku tak suka bila kena buat report.
Tapi aku suka lecturer construction, Dr Jaya..

"My brain is tiny, and here we have hundred brains. Therefore I can learn from you, we are learning from each other".
I'll remember your words dr..^_^




budak budak sekolah tahun 90-an memang best

Masa cuti sem baru baru ni, aku perhatikan budak budak sekarang memang takde life.
Adik aku contohnya.
Mengadap laptop, mengadap tv.. main game..Kesian..aktiviti tak menjana minda langsung..
Kat sekolah pun sama. Budak budak sekarang dah pandai nak ada boyfriend dengan girlfriend.
Padahal UPSR pun tak ambik lagi.
Masa zaman aku dulu budak laki dengan perempuan memang tak boleh nak get along.
Gaduh lagi ada.
Aku yang terlampau konservatif atau budak sekarang memang dah semakin maju dari segi sosial?
Zaman aku dulu masa terluang banyak disi dengan bermain. Oh aku bermain dengan kaum sejenis. Budak lelaki?  memang aku tak amik port.
Game yang biasa main time sekolah dulu, masa rehat  tak pun masa cikgu cikgu sibuk bermesyuarat..



1. LAWAN PEMADAM

                                                                sumber gambar: google

-sapa yang menang dapat pemadam orang yang kalah. Jadi masa aku kecik memang banyak koleksi pemadam. 
-permainan ni simple lepas tu boleh bermain dalam kelas. Sambil tunggu cikgu masuk tak pun masa cikgu bermesyuarat adalah masa yang amat sesuai untuk bermain.


 2. LOMPAT TIKUS

                                                              sumber gambar : google

- Permainan ni jugak best. Tak perlu barang tambahan. Hanya pemain.Tapi 3 orang minumum untuk setiap permainan.
-Boleh mengeluarkan peluh dan memberi kesan badan sihat kepada pemain.



3. TENG TENG
                                                            sumber gambar : google

-permainan ni hanya boleh dipraktikkan diluar kelas. Di atas tanah atau dikawasan bertar.
-oh, kerja aku tiap kali balik sekolah ambik kapur kat papan hitam bawak balik sebab boleh conteng jalan depan rumah aku, lep astu ajak jiran aku main teng teng.
-Kos murah dan jimat.



4. LOMPAT GETAH 

                                                               sumber gambar : google


-Lompat getah ni biasa aku main masa    PJ tak pun time rehat.
-kos lebih tinggi sebab banyak getah diperlukan
-tapi biasanya aku ambik getah yang mak aku kumpul, bila mak aku tanya mana getah aku cakap abang aku guna buat lastik..hehehe


Sebenarnya banyak lagi permainan macam galah panjang, baling tin,cop tiang  dan macam macam lagi la. Jenuh kalau nak aku list semua kat sini.. Budak dulu-dulu lagi kreatif aku rasa. Mungkin sebab arus modenisasi, permainan macam ni dah makin pupus. Budak budak pun ada yang dah pakai blekberi. Main game semua kat hujung jari. Sebab tu budak sekarang makin bebal,agaknya..

Thursday, February 16, 2012

salah ke aku?

Salah ke aku membesar secara drastik?
Kalau budak-budak cepat membesar, semua orang puji dan suka..
tapi..
bila orang tua cepat membesar, semua komplen,
salah ke aku membesar?
asalkan aku bahagia..
Jangan berani cuba  suruh aku kurus.

Entry untuk sahabat


Apa beza sahabat dengan kawan?
Dari perspektif aku, kawan hanya orang biasa, yang kau jumpa setiap hari, berborak dan melepak setiap hari.
Bagi aku dia kawan.
Sahabat?
Jujur, aku sangat selektif dalam memilih kawan apatah lagi sahabat.
Bagi aku sahabat ialah orang yang boleh berkongsi masa senang dan susah. Orang yang tolong aku menyelesaikan masalah bukan pemberi masalah.
Orang yang bila aku tengok muka dia, rasa hilang masalah aku.
Orang yang selalu membebel bagi nasihat kat aku.




Bagi aku kalau nak kenal perangai sebenar orang tu, kau kena tinggal dengan dia. Hidup dengan dia
Setakat kau kenal bertahun, bagi aku tu belum cukup. Sebab manusia ni berubah. Perangai sebenar akan keluar bila kau hidup dengan dia. Yang suka rembat barang orang, pengotor, cakap belakang semua ada.
Sahabat bagi aku bukan orang yang sanggup tikam belakang.
Sahabat  bagi aku takkan cakap belakang aku.
Sahabat bagi aku dia akan tegur aku depan-depan.
Sahabat bagi aku bukan hanya sementara tapi selamanya.
Bagi aku tak perlu ramai kawan kalau sahabat tu tiada.
Kuantiti? tak perlu..Kualiti yang perlu kau cari.
Apa guna kau ramai kawan tapi tiada tangan yang menghulur bila kau perlukan?

Syukur, aku dikurniakan sahabat.

terima kasih sahabat!

Monday, February 13, 2012

valentine's day?

Besok 14 Februari 2012.
Kalau pergi ke bandar-bandar semua sibuk jual cokelat la bunga la.
Kenapa 14 Februari?
sebab 14 februari 2012 ni merupakan hari kekasih dalam bahasa omputihnya valentine's day.
kemain kan? Maulidur rasul tak nak sambut, valentine jugak  kau sambut.
Mungkin ada orang akan cakap, "poyo..macam baik sangat" tak pun cakap "ala..sambut je kot"
hello hello..
Sebelum korang sambut cuba korang fahamkan dulu apa makna sambutan hari yang korang nak sambut..
Nampak cool?rasa macam best je? Ye lah Valentine's day kan?nampak kelas gitu..Maulidur Rasul?budak sekolah je sambut. Maklumlah dah besar, semua ada boypren dengan gelpren. Apa barang tak sambut.Ye tak?
  

love sangat kunun. kemain ..
sumber: google 

Ye lah. Sambut sangat kan. Lagi sembilan bulan jumpa lagi mayat baby dalam longkang la, tong sampah la,dalam sungai la.

Sedih, ramai diperbodohkan.  Ramai yang sambut tanpa tahu asal usul hari valentine tu sendiri dan lagi menyedihkan dah tahu tapi masih sambut dengan alasan "nawaitu penting,kami sambut je". Hamboi kemain kau kan, nawaitu sangat la.

Perkataan Valentine dikatakan sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.

Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine. 

Sebenarnya banyak versi yang aku dengar pasal valentine ni. Tapi yang pasti, tak payah nak sambut la.
Setakat nak tunjuk kasih sayang kat boypren dengan gilpren yang bukan halal bagi korang. 

Pendapat aku, tak payah nak sambut. Korang kahwin je senang lepastu hari hari korang boleh tunjukkan kasih sayang korang dekat suami isteri yang dah sah memang halal untuk korang.


       sumber gambar : google
 
 
Bila dah kahwin dating la puas puas. Takde orang nak marah. 
                     

Wednesday, February 8, 2012

budak sekarang dan mesej

Aku tengok balik mesej yang aku dapat..
Masih cuba comprehend mesej yang cuba disampaikan..
kalau aku dapat budak ni memang siap..
"9t ambewk aq taw. pnat lha jln kaki"
kalau cikgu bm diorang tengok..
boleh meraung..
untuk budak-budak..mak budak..kakak budak..abg budak..
please use proper language kalau nak mesej..
aku tau korang nak abbreviate kan msj korang..
tapi kalau korang eja "lha" instead of lah..
takpun 'kaw;..instead of kau..
yang tu memang kau sengaja..
korang ingat comel ke?kiut gitu?
bukan tak boleh nak abbreviate..
tapi jangan lah korang tukar perkatan tu..
aku kesian dekat orang lain termasuk diri aku sendiri..
nak baca satu hal..tu belum ambik masa otak aku nak hadam lagi semua mesej tu..
tak nampak urban pun.
maaf bagi aku.nampak macam bodoh..
sebenarnya melalui mesej kita boleh agak umur orang yang hantar tu berapa.
tapi kalau dah tua, hantar mesej macam bebudak tak tau la nak cakap apa.
ni ikut sangat budaya budak budak yang lepak dekat pavi kl tu .
.
kesian kat aku, kepala aku masih pening kesan dari mesej tadi.

Tuesday, February 7, 2012

Result Provisional USM.

untuk semua student usm
Result provisonal usm dijangka akan keluar 9 februari 2012 ini.

ada 3 cara untuk menyemak keputusan.

(a). TeleAkademik
Dail 600-83-7899

(b). Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
i. Taipkan :
USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>No. Kad Pengenalan Pelajar<>jarak<>Angka Giliran dan
hantar ke 15888. ( Contohnya = USM RESULT 760230075685 45687 )

(c). Portal “Campus Online” (campusonline.usm.my).


Result sebenar dijangka keluar 16 Februari 2012.
oh lupa untuk student baru
P dan P*
P tu result korang dalam range A-C
kalau P* tu result korang c- dan ke bawah,

Good luck ye semua..

Saturday, February 4, 2012

Orang Melayu kurang daya saing di universiti?

Kalau kita tengok diuniversiti (yang bukan khas untuk bumiputra) kaum cina lebih mendominasi berbanding kaum Melayu. Aku tengok dean list pun ramai cina. Nak cari nama orang Melayu adalah terselit 2 ke 3 nama.

Kenapa senario ini berlaku? (dah macam aduan rakyat dah..)
Apa yang aku perhati melalui pengalaman aku sendiri, kaum cina dia suka membantu antara satu sama lain kalau nak dibandingkan dengan orang Melayu yang tak boleh tengok orang lain lebih dari diri diorang sendiri even bangsa diorang sendiri. Fenomena PHD iaitu perasaan hasad dengki memang melanda kebanyakan pelajar Melayu di universiti.

Aku pun tak paham,kenapa diorang susah nak tolong kawan diorang yang lain dan share ilmu. Tak rugi pun. Kau ingat kau kedekut ilmu boleh dapat dekan? Sampai bila dapat tahu apa apa info dari lecturer boleh pulak cakap "ko jangan bagitau jenab ek?" tak pun "ko jangan bagitau orang lain kita kita je". Aku pun tak paham kerja asyik nak mendengki dan menjatuhkan antara satu sama lain.


tikam terus senang berdengki sangatla
sumber:google



Masa aku first sem kat u, minggu orientasi lagi senior senior kaum cina dah buat perjumpaan dengan freshie nak bagi notes bagai. Yang kami orang Melayu ni dah dua minggu belajar minta notes kat senior tak dapat dapat lagi. Mungkin ada yang cakap usaha la sendiri tak kan nak harapkan orang. Ya. Betul kebanyakannya budak Melayu kat u ni kena survive. Aku bukan nak cakap yang orang Melayu ni patut kena suap je tak boleh berdiri atas kaki sendiri. Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah tak salah kalau kita tolong antara satu sama lain. Share notes, bantu adik-adik yang baru masuk dan jangan kedekut ilmu. Macam ni baru lah boleh orang Melayu boleh berdaya saing.

Yang aku perhati budak cina ni bukan semua pandai tapi adalah sorang dua. Tapi yang sorang dua ni lah yang main peranan untuk tolong kawan-kawan diorang yang lain. Tak luak pun ilmu tu kalau dikongsi. Ilmu kalau dikongsi lagi banyak ilmu yang kita dapat. Sudah-sudah la berdengki tu.

Sebab itu Nabi s.a.w bersabda:

“Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama” (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang sahih, juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi).





Friday, February 3, 2012

Ramai wanita Malaysia diserang PMS?

Kita biasa dengar kalau perempuan marah je mesti terus je orang buat konklusi "datang bulan la tu'. Simptom ni dikenali sebagai PMS iaitu Premenstrual syndrome. Benda ni melibatkan perubahan emosi dan juga fizikal seseorang perempuan itu. Tapi yang menjadi masalah kalau betul dilanda PMS tak boleh la lepaskan emosi sesuka hati. Aku pun perempuan. Memang kadang-kadang emosi kita tak menentu, sebab tu la kita kena kawal jangan sampai mempengaruhi orang dekat sekeliling.


tekanan sangat kunun
sumber gambar : google

Semalam, aku pergi kuantan. 3 cashier yang aku jumpa semua perempuan dan semua moody. Aku tau tak semua cashier jenis moody memanjang ada jugak yang kerja dengan baik tapi kebanyakan memang macam tu.


Situasi 1

aku beli barang dekat satu pasaraya ni..

Cashier : "ni takder barkod". sambil letakkan barang tu ke tepi.

Aku : "takleh cek dalam komputer ke kak" balas aku dengan senyuman.

Cashier : menjeling dan menarik muka masam dan membalas "tak boleh!"

Aku : "....."


aku pernah tengok situasi diatas di pasaraya yang sama. Pasaraya tu memang terkenal. Banyak cawangan satu Malaysia. Yang aku geram, salah aku ke barkod kat barang tu takde? Setahu aku, barkod tu memang boleh cari dalam komputer dekat mesin moneycash tu. Dan setahu aku lagi, kebiasaannya kalau takde dalam komputer, si cashier tu boleh suruh pekerja lain cek kan barkod tu. Kalau semua cashier macam ni memang lingkup.



Situasi 2

Cashier : " ada duit kecik tak!" tanya akak tu dengan muka garang. Macam aku baru lepas curi
barang kedai tu..

Aku : "takde kak..memang ni duit paling kecik.." balas aku sambil menghulur not Rm 10
Barang yang aku beli tu jumlahnya dalam Rm 2.50. Dan kebetulan memang aku
takde duit kecik.

CAshier :"@#$%%^^^&&$" sambil hempas barang masuk dalam plastik..

Aku : Dapat duit baki lepas tu cakap "terima kasih.."

Cashier : "sama-sama!"



Yang ni mesti ramai jadi kat korang. Kawan aku pun banyak yang dah kena. Aku pun pernah kerja part time jadi cashier. Dan kadang-kadang memang customer takde duit kecik tak pun sengaja bagi duit besar. Tapi sebagai seorang cashier customer tu mesti la dilayan elok-elok.
Kalau betul customer tu memang salah, boleh ditegur dengan elok. Maki hamun tu bukan caranya.





Situasi 3

Aku : "kak tiket pukul 1.30 hari ni satu ye"

cashier : "tiket paling awal 3.30" dengan kasar

Aku : "oo..bolehla.."

selepas dapat tiket aku pun cakap..

Aku : "terima kasih kak"

Cashier :"...." senyap tak cakap menda menda pun dengan muka masam.


Aku pun tak paham kenapa semua berangin je..Takkan marah sebab aku panggil "kak". Umur semua dah lebih 30 an. Tapi perangai tak matang langsung. customer service memang fail!. Dan lagi satu kalau korang perasan, aku yang cakap terima kasih dan bukan cashier tu. Terbalik pulak. Sebenarnya tak rugi pun kalau bagi senyuman dan ucap terima kasih. Patutla perempuan Malaysia cepat kerepot. Kerja nak marah orang je.

kalau muka asyik masam je, muka lawa pun boleh jadi huduh. Tak salah pun bagi senyuman. Petua awet muda tu.

kan comel senyum..alololo..
sumber gambar:google