Kita biasa dengar kalau perempuan marah je mesti terus je orang buat konklusi "datang bulan la tu'. Simptom ni dikenali sebagai PMS iaitu Premenstrual syndrome. Benda ni melibatkan perubahan emosi dan juga fizikal seseorang perempuan itu. Tapi yang menjadi masalah kalau betul dilanda PMS tak boleh la lepaskan emosi sesuka hati. Aku pun perempuan. Memang kadang-kadang emosi kita tak menentu, sebab tu la kita kena kawal jangan sampai mempengaruhi orang dekat sekeliling.
Semalam, aku pergi kuantan. 3 cashier yang aku jumpa semua perempuan dan semua moody. Aku tau tak semua cashier jenis moody memanjang ada jugak yang kerja dengan baik tapi kebanyakan memang macam tu.
Situasi 1
aku beli barang dekat satu pasaraya ni..
Cashier : "ni takder barkod". sambil letakkan barang tu ke tepi.
Aku : "takleh cek dalam komputer ke kak" balas aku dengan senyuman.
Cashier : menjeling dan menarik muka masam dan membalas "tak boleh!"
Aku : "....."
aku pernah tengok situasi diatas di pasaraya yang sama. Pasaraya tu memang terkenal. Banyak cawangan satu Malaysia. Yang aku geram, salah aku ke barkod kat barang tu takde? Setahu aku, barkod tu memang boleh cari dalam komputer dekat mesin moneycash tu. Dan setahu aku lagi, kebiasaannya kalau takde dalam komputer, si cashier tu boleh suruh pekerja lain cek kan barkod tu. Kalau semua cashier macam ni memang lingkup.
Situasi 2
Cashier : " ada duit kecik tak!" tanya akak tu dengan muka garang. Macam aku baru lepas curi
barang kedai tu..
Aku : "takde kak..memang ni duit paling kecik.." balas aku sambil menghulur not Rm 10
Barang yang aku beli tu jumlahnya dalam Rm 2.50. Dan kebetulan memang aku
takde duit kecik.
CAshier :"@#$%%^^^&&$" sambil hempas barang masuk dalam plastik..
Aku : Dapat duit baki lepas tu cakap "terima kasih.."
Cashier : "sama-sama!"
barang kedai tu..
Aku : "takde kak..memang ni duit paling kecik.." balas aku sambil menghulur not Rm 10
Barang yang aku beli tu jumlahnya dalam Rm 2.50. Dan kebetulan memang aku
takde duit kecik.
CAshier :"@#$%%^^^&&$" sambil hempas barang masuk dalam plastik..
Aku : Dapat duit baki lepas tu cakap "terima kasih.."
Cashier : "sama-sama!"
Yang ni mesti ramai jadi kat korang. Kawan aku pun banyak yang dah kena. Aku pun pernah kerja part time jadi cashier. Dan kadang-kadang memang customer takde duit kecik tak pun sengaja bagi duit besar. Tapi sebagai seorang cashier customer tu mesti la dilayan elok-elok.
Kalau betul customer tu memang salah, boleh ditegur dengan elok. Maki hamun tu bukan caranya.
Kalau betul customer tu memang salah, boleh ditegur dengan elok. Maki hamun tu bukan caranya.
Situasi 3
Aku : "kak tiket pukul 1.30 hari ni satu ye"
cashier : "tiket paling awal 3.30" dengan kasar
Aku : "oo..bolehla.."
selepas dapat tiket aku pun cakap..
Aku : "terima kasih kak"
Cashier :"...." senyap tak cakap menda menda pun dengan muka masam.
Aku pun tak paham kenapa semua berangin je..Takkan marah sebab aku panggil "kak". Umur semua dah lebih 30 an. Tapi perangai tak matang langsung. customer service memang fail!. Dan lagi satu kalau korang perasan, aku yang cakap terima kasih dan bukan cashier tu. Terbalik pulak. Sebenarnya tak rugi pun kalau bagi senyuman dan ucap terima kasih. Patutla perempuan Malaysia cepat kerepot. Kerja nak marah orang je.
kalau muka asyik masam je, muka lawa pun boleh jadi huduh. Tak salah pun bagi senyuman. Petua awet muda tu.
2 comments:
ha89....sian nyerr kat awk jadi mangsa...tp la nk bt camne dieorg tertekan tu bos dieorg marah kat diorg hu89...by the way sy senyum bila bace entry nie.....(@_____@)
~pengomen yg setia~
hahahah..nak awek muda la tu..^_^
Post a Comment