klik le

Saturday, February 4, 2012

Orang Melayu kurang daya saing di universiti?

Kalau kita tengok diuniversiti (yang bukan khas untuk bumiputra) kaum cina lebih mendominasi berbanding kaum Melayu. Aku tengok dean list pun ramai cina. Nak cari nama orang Melayu adalah terselit 2 ke 3 nama.

Kenapa senario ini berlaku? (dah macam aduan rakyat dah..)
Apa yang aku perhati melalui pengalaman aku sendiri, kaum cina dia suka membantu antara satu sama lain kalau nak dibandingkan dengan orang Melayu yang tak boleh tengok orang lain lebih dari diri diorang sendiri even bangsa diorang sendiri. Fenomena PHD iaitu perasaan hasad dengki memang melanda kebanyakan pelajar Melayu di universiti.

Aku pun tak paham,kenapa diorang susah nak tolong kawan diorang yang lain dan share ilmu. Tak rugi pun. Kau ingat kau kedekut ilmu boleh dapat dekan? Sampai bila dapat tahu apa apa info dari lecturer boleh pulak cakap "ko jangan bagitau jenab ek?" tak pun "ko jangan bagitau orang lain kita kita je". Aku pun tak paham kerja asyik nak mendengki dan menjatuhkan antara satu sama lain.


tikam terus senang berdengki sangatla
sumber:google



Masa aku first sem kat u, minggu orientasi lagi senior senior kaum cina dah buat perjumpaan dengan freshie nak bagi notes bagai. Yang kami orang Melayu ni dah dua minggu belajar minta notes kat senior tak dapat dapat lagi. Mungkin ada yang cakap usaha la sendiri tak kan nak harapkan orang. Ya. Betul kebanyakannya budak Melayu kat u ni kena survive. Aku bukan nak cakap yang orang Melayu ni patut kena suap je tak boleh berdiri atas kaki sendiri. Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah tak salah kalau kita tolong antara satu sama lain. Share notes, bantu adik-adik yang baru masuk dan jangan kedekut ilmu. Macam ni baru lah boleh orang Melayu boleh berdaya saing.

Yang aku perhati budak cina ni bukan semua pandai tapi adalah sorang dua. Tapi yang sorang dua ni lah yang main peranan untuk tolong kawan-kawan diorang yang lain. Tak luak pun ilmu tu kalau dikongsi. Ilmu kalau dikongsi lagi banyak ilmu yang kita dapat. Sudah-sudah la berdengki tu.

Sebab itu Nabi s.a.w bersabda:

“Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama” (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang sahih, juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi).





No comments: