klik le

Friday, February 24, 2012

Hipokrasi

Spesies manusia yang paling aku menyampah ialah spesies yang hipokrit.  Manusia macam ni ada bersepah-sepah. Kat depan orang kau pung pang pung pang macam macam. Kat belakang kau cakap lain. contoh


SPESIES PERTAMA

Lelaki 1- post dekat blog dia.
'Aku menyampah gila perempuan yang free hair pakai baju ketat ketat. Sorry tu say, perempuan macam ni tak mainlah. Aku suka yang tutup aurat.'

Kemain kau kan. Tutup aurat la. Tapi kau boleh pulak like gambar kawan perempuan kau yang free hair dekat facebook siap cakap nice, cantik. Serius aku paling menyampah spesies macam ni. Spesies macam ni biasa nak tunjuk bagus walhal dia takde lah bagus sangat. Cara kau cakap macam kau benci gila perempuan yang tak tutup aurat, tapi hakikatnya perempuan macam ni lah yang kau duk jadikan tempat untuk kau cuci mata.



SPESIES KEDUA

Dia sibuk post kat fb alhamdulillah lagi bagus aku pergi masjid dari pergi konsert. Alhamdulillah, nasib baik aku dengar ceramah. Sepanjang ceramah tu dia sibuk update status kat fb lepastu kondem orang lain yang tak pergi dengar ceramah atau tak pergi masjid. Aku tak tau mana barakahnya majlis ilmu tu kalau kau sibuk update status kat fb kau. Lagi satu, dah jadi macam takbur dan riak pulak. Kau sibuk canang kat semua orang yang kau buat amal itu dan ini. Ikhlas kerana Allah? aku tak rasa macam tu.



SPESIES KETIGA

Si A tak suka si perangai si B. Dia hasut CDEFG sampai Z supaya tak suka si B. Tapi depan si B dia baik. si B perasan yang CDEFG sampai Z dah tak suka si B. Bila si B tanya apa salah dia semua cakap 'tak de apa apa. Kitaorang ok je. ' Tapi belakang dia kau orang kutuk gila-gila. Aku pun hairan, Kalau betul si B buat perangai, kenapa tak tegur dan cakap depan depan? Ini tak kau jadikan dia modal untuk korang mengumpat. Memang terbaik. Penat kau kumpul pahala senang-senang bagi free kat orang.


sumber gambar : google

Banyak lagi spesies -spesies manusia yang hipokrit. Yang aku list kan dekat atas ni antara yang banyak berlaku. Tak payah la nak hidup dengan menjadi hipokrit. Makin lama orang pun makin menyampah.
Pesan aku usah biarkan hidup anda diselubungi  HIPOKRASI.





2 comments:

cik zira said...

alaa...semua org ade penyakit nie....dalam kite x sedar...member awk kat sane ramai kew yg perangai camnie

mimo said...

Bersepah..hahaha..nak hipokrit agak agak la..tak saya cuma select random people..tak spesifik kat orang terttentu.