klik le

Saturday, March 31, 2012

Judgemental

Dalam dunia ni, kita tak boleh lari dari dihakimi dan menghakimi. Bagi aku kalau kau tak mahu dihakimi, jangan kau menghakimi orang lain. Prinsip aku mudah. 
Ironinya kebanyakan orang suka menghakimi tapi tak suka dihakimi. Bila orang judge dia, dia akan marah balik.
Aku, kau dan mereka yang mempunyai akaun di facebook,twitter mahupun blog rancak bercerita mengenai orang lain serta kelakuan mereka. Menghakimi orang itu subjektif. Tapi bila kau menghakimi orang lain kau perlu terima bila ada orang menghakimi kau balik. 


sumber gambar : google


 " Sometimes we need to judge ourselves before judging others"

Friday, March 30, 2012

high heels

Aku memang ada masalah nak pakai high heels. Sampai sekarang high heels yang aku beli tak sampai 3 kali aku pakai. Serius, wedges yang  tinggi seinci lebih tu pun aku fail nak pakai. Aku cuma pakai bila ada event penting tak pun dinner. Kalau aku pakai pun mesti aku spare selipar jepun dalam beg aku. Ya. itu fakta.
Serius aku sangat kagum perempuan yang pakai high heels. Tambahan lagi bila pakai sambil berlari. Aku sangat kagum. Tapi hakikat yang sebenar ialah pemakaian kasut tumit tinggi ada kesan buruk.

Ramai perempuan pakai high heels sebab nak nampak elegen dan berkeyakinan oh dan juga nak nampak tinggi. Pemakaian high heels yang kerap sebenarnya bukan saja mendatangkan masalah pada kaki, tapi kesan dia dapat dilihat pada bahagian badan yang lain.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki.
Menurut S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),
Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

Lepas ni mesti ramai yang tak pakai high heels. Sebenarnya bukan tak menggalakkan 100% , cuma pemakaian yang kerap dan lama boleh menimbulkan banyak kesan buruk.

Tips untuk pemakaian kasut:
  • Tumit kasut tidak terlalu tinggi
  • Pilih kasut tumit tinggi yang hujungnya tidak meruncing,dan pastikan jari kaki anda selesa.
  • Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga membuatkan kaki melecet.
  • Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit
 .Kesimpulannya pilihlah kasut yang tak memudaratkan kaki. Jangan sebab nak nampak cantik, menyesal kemudian hari. Mencegah tu kan lebih baik dari mengubati.^_^


" It is better for us to realize our mistake now before it's too late.."




Wednesday, March 28, 2012

Baru aku tahu kucing dengan beruk/monyet boleh get along ^_^

Aku google gambar tiba-tiba aku jumpa gambar yang menarik . Baru aku tahu yang kucing dengan monyet/beruk boleh get along dan lepak sama-sama. Memang awesome.


sumber gambar : google
















monyet : Weh tu member ko macam tak puas hati kita hang out sesama.
Kucing : Abaikan. Dia memang macam tu suka diskriminasi terhadap haiwan lain. Ada aku kesah?


sumber gambar: google



















kucing : agaknya bang, macam manalah rupa anak kita nanti ye?
Beruk  : Ntahlah yang, abang tak terfikir lagi camana rupa anak kita. Yang pasti mesti hensem macam abang.


sumber gambar : google



















monyet :weh jalan la!
kucing  :dalam hati(dah lama hidup agaknya budak ni).
 


sumber gambar; google












Monyet : Banyak bebenor kutu nye.
Kucing  : Biasala..kucing mana reti cari kutu. Sebab tu aku cari ko.



"there are no boundaries in making friends or fall in love..what is important are  honesty and sincerity" ^_^

Orientasi di asrama sekolah~


Sesiapa yang pernah duduk di asrama mesti pernah rasa kena ragging masa orientasi. Kalau yang tak pernah tu sekolah korang memang tak mencabar. kahkahkah. Aku mula duduk asrama masa umur aku 16 tahun, masa tu berada di tingkatan empat. First time duduk asrama, first time jauh dengan family. Masa aku datang, senior siap tolong angkat beg aku, punyalah baik depan mak ayah aku. Semuanya begitu indah.Ofkos la time tu  aku rasa bertuah sebab senior semua baik-baik. Tapi panas yang disangka sampai ke petang rupanya taufan Catarina di tengahhari.

Tragedi bermula..
Lepas mak ayah freshie pulang. Kitaorang pun relek relek la dalam bilik. Lepas tu siren pun berbunyi.

" dalam kiraan 10, semua dah ada kat depan ni!" 

Macam tu lah bunyinya.
kesian aku tengok kawan kawan aku yang tengah tido, terkejar kejar beratur depan senior, siap ada yang tak sempat pakai kain.

Minggu orientasi yang sepatutnya seminggu berlarutan sampai dua minggu.

Sebab?

Sebabnya senior aku time tu buat cerita kat warden yang budak batch aku tak dengar cakap. Padahal diorang yang memang tak puas hati dengan kitaorang. Setiap freshie kena ambil signature setiap senior. Memang sakit dibuatnya senior bukan sepuluh orang tapi beratus kot. Lepastu masing-masing memang kreatif dalam bab mengenakan orang.Antara aktiviti yang perlu dilakukan untuk dapatkan signature.

1. Menyanyi
sumber gambar :google

  • menyanyi ni aktiviti biasa.
  •  Bagi senior yang baik hati diorang akan suruh menyanyi je.
  • kalau suara korang best, korang akan dioffer untuk masuk nasyid. 





2. Melekat dekat dinding.

sumber gambar : googl

  • benda ni perlukan kekuatan fizikal dan mental.
  • fizikal: badan korang kena kuat masa langgar dinding
  • mental : korang kena tahan bila orang lain gelakkan korang.
  • Aktiviti ini memerlukan seseorang itu berlari dengan kadar kelajuan yang sederhana sebelum melekat kedinding macam cicak.





3. kuak lentang atas lantai.

sumber gambar : google





  • Memandangkan tiada kemudahan pool di asrama, senior aku begitu kreatif dengan menyuruh freshie buat kuak lentang atas lantai.
  • Bila tengok ramai yang buat rasa macam kat pantai pulak. 






4. kungfu Mabuk

sumber gambar : google



  •  Satu kelebihan untuk sesiapa yang pernah tengok cerita Jackie Chan atau yang mempunyai bakat semulajadi.
  • Nasib baik aku tak kena buat yang ni, tapi kesian dekat mak cik aku yang sama umur dengan aku tu. Senior tu suruh buat mabuk macam betul-betul. selagi dia tengok korang tak buat betul-betul jangan harap nak bagi signature. Sungguh sadis~




5.  Tarian beruk

sumber gambar :google






  •  Sebelum ni aku tak tahupun tarian beruk tu wujud yang aku tahu tarian zapin, tarian inang barulah wujud
  •  Budak freshie perempuan kena perform benda ni masa riadah. Jadi ramai le yang nengoknya. Memang sangat huduh. Hilang semua ciri-ciri keperempuanan. Yang tinggal ciri keberukan.




6. Pakai tudung bulat sepanjang minggu orientasi.

sumber gambar : google




  • Semua freshie perempuan kena pakai tudung macam ni. Tapi tak la sampai nampak telinga.
  • Senior yang akan adjust tudung kitaorang sampai jadi bulat. Muka freshie semua dah macam katun chibi maruko chan.






7. Tiup lampu sampai padam


sumber gambar:google


  • Bagi yang ni kitaorang kena tiup lampu pendaflour ni sampai padam.
  • Secara logiknya, lampu ni takkan padam kalau takde orang tutup suis tak pun blackout.
  • Jadi kitaorang kena tiup lampu sampai ada senior yang baik hati tutupkan lampu tak pun kitaorang kena tiup sampai diornag puas.




Kalau diikutkan banyak lagi. Bil aku cerita kat kawan-kawan aku yang tak sama sekolah dengan aku, diorang cakap orientasi sekolah aku memang gila. tu belum lagi kena denda macam-macam yang tak masuk akal. Bila ingat masa tu memang sakit hati sangat. Tapi bila kenang balik semua tu dah jadi memori . Tahun tu juga senior aku ramai yang dapat result teruk masa SPM. Mungkin salah satu sebab ramai yang terasa dengan sikap diorang yang suka tindas freshie lepas tu tak minta maaf.
Moral of the story: kalau sakitkan hati orang, kita kena minta maaf..


Lepas aku jadi senior, orientasi sehari je
Budak batch aku memang tak ambil port pasal freshie.
Tapi kitaorang pulak yang pijak kepala.
Tu la..buat baik sangat pun tak boleh
Moral of the story 2 : Jangan jadi baik sangat,sesekali kejam takpe.



"the memories will remains even for the thousand years"

Friday, March 23, 2012

Review Produk.^_^

Aku tergolong dalam spesies manusia yang mempunyai kulit berminyak.
Sampai satu tahap aku rasa kuantiti minyak kat muka aku ni  boleh goreng ikan.
walaupun kulit aku berminyak tapi jerawat tak banyak.
Yang aku pelik start hujung tahun lepas, jerawat yang keluar kat muka aku bersepah-sepah.
Jadi aku telah membuat keputusan untuk menukar produk penjagaan muka aku kepada

HIMALAYA..
kelebihan produk ni ialah ia berasaskan herba
Hasil pemakaian selama dua minggu,
kulit aku semakin kurang berjerawat dan berminyak.

Antara produk himalaya yang aku guna;


 Himalaya Neem Facial Cleansing Foam

sumber gambar : google

















  •  Yang ni bila picit keluarkan buih jadi perasaan masa pakai benda ni sangat seronok sebab buih dia lembut.
  • Jadi korang akan lebih bersemangat untuk cuci muka.



Himalaya Gentle Refreshing Toner
sumber gambar: google
















 
  •  Masa mula mula pakai toner ni kulit akan rasa melekit sikit tapi lepas tu ok.
  •  fungsi dia menegecilkan pori-pori sambil mengeluarkan kotoran yang tertinggal selepas proses mencuci.

Himalaya Herbal Apricot Scrub

sumber gambar:google

  • fungsi dia mengeluarkan minyak dari liang liang roma, mengurangkan bintik hitam 
  •  lepas pakai kulit akan rasa mulus dan lembut.







Himalaya Nourishing Skin Cream
sumber gambar : google
  • tak melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang berminyak.
  • produk ni berasaskan aloevera dan winter cherry
  • meresap dengan cepat.






Himalaya Almond and Cucumber Peel Off Mask.

sumber gambar ;google
  •  sangat berkesan untuk kulit berjerawat
  •  mask ni digunakan 2 atau satu kali seminggu.
  • lepas pakai kulit akan terasa sangat bersih
  • sangat efektif.   












Rating untuk produk himalaya 8/10 ^_^    ^_^    ^_^

"doesn't mean you are not beauty you will not have someone heart, because personality does"

aku busy macam mesin basuh

Minggu ni aku sangat sibuk.
aku tengok daily planner (aku start ada daily planner sebab aku budget yang aku busy macam eksekutif)
 5 assignment
1 lab report
1 proposal
 yang kat atas ni semua hari yang sama.

lepas tu aku ada presentation
report untuk analysis water quality
assignment soil mechanics
Oh projek Wus 101.

Dan tambah lagi aku pun terlibat untuk world water day bermula hari ni.
Harap harap yang datang nanti hensem hensem. Boleh aku cuci mata sambil hilangkan penat.
Kalau ikutkan jadual aku tak pack sangat tapi aku ambil risiko nak grad awal.
Ni lah padahnya. Tapi takpe bersusah dulu bersenang kemudian..kehkehkeh






" the best thing when you are working on something is when it turns out very well"

Berani untuk gagal


setiap orang akan pernah merasa kegagalan dalam hidup.
Tak terkecuali selagi dia ialah manusia..
yang membezakan besar atau kecil kegagalan itu.

Mak aku pernah pesan dekat aku, jangan takut untuk gagal.
Yang membezakan orang berjaya dengan orang gagal ialah
Orang gagal dia akan berhenti dan putus asa bila menemui kegagalan
Orang berjaya dia akan bangkit dan berusaha selepas menemui kegagalan..

Gagal? cuba lagi.
Masih gagal?
cuba lagi sampai berjaya.
Orang berjaya tak kan anggap kegagalan itu sebagai halangan.
Orang berjaya  akan anggap kegagalan itu suatu cabaran untuk berusaha lebih baik
kegagalan itu sebenarnya adalah langkah sebelum kejayan itu dikecapi.

Jadi, jangan rasa putus asa dan  lemah bila kita gagal.
Dan jangan iri hati dengan kejayaan orang lain
sebab kita tak tahu apa yang telah dia tempuh.

Allah sendiri takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu.
Jika buah-buahan itu diperah untuk dijadikan jus, bunga bungaan dihancur untuk dijadikan pewangi,
Jika kita manusia yang rasa tertekan ingatlah bahawa Allah nak keluarkan sesuatu yang terbaik dari diri kita.

kebanyakan orang yang berjaya hari ini sebenarnya pernah hadapi kegagalan.
Apa yang jadi masalah ialah bila kita malas berusaha.
kejayaan itu tak kan dapat tanpa usaha.
Yang penting, sentiasa bersyukur.



sumber : google
  


 " dare to fail means you're  ready for the success"

Friday, March 16, 2012

Masalah Lappy

Niat aku nak update blog secara constant terbantut.
sebabnya..lappy kesayangan buat hal.
Nasib baik ada afif, kawan aku. Dia ada kedai komputer.
Servis memang tip top.
Cepat dan murah.
Macam laptop aku, tukar skrin dalam Rm 380 berbanding kedai lain yang 450.
Jadi, sesiapa yang ada masalah komputer,
terutamanya yang duduk area kulim, kedah tak pun penang yang belah darat.
Bolehla singgah dekat Zerox Computer Centre.
Antara yang disediakan:
  • computer Sale and service
  • Computer accessories
  • Specialist inPC/Notebook repair
  • Home Service
  • Networking
  • Photostate&printing centre
  • Internet
alamat:
No. 4B Batu 3, Jalan Serdang,09000, Kulim Kedah
email : Zeroxcomp@gmail.com
office no: 04-4902135
takpun boleh contact Afif(Manager)
014-8442988.


Thursday, March 1, 2012

Pengsan

Kalau dikira sehingga umur aku sekarang, aku pernah pengsan sebanyak dua kali.
Kali pertama masa aku kena kena anjing selepas curi basikal abang aku.
Alkisahnya.

Ayah  : Mimi jangan keluar petang ni.Duk rumah je. Dah nak maghrib dah.
Aku   : Ye..(sambil buat muka budak baik yang skema)

Lepas ayah aku keluar, aku terus ambil basikal abang aku. kebetulan abang aku baru lepas upgrade basikal dia dan aku memang gian nak naik basikal dia.

Abang aku  : woiiiii..basikal aku!!(sambil belari kejar aku)
Aku            : wek!wek! nasib la!(sambil kayuh basikal laju laju )

Rupa rupanya masa aku ejek abang aku , ada anjing yang tengah perhatikan aku. Dia ingat aku ejek dia agaknya  Dengan muka yang macam tak puas hati dengan aku, anjing tu terus kejar aku.


sumber gambar : google






 Lebih kurang macam gambar dekat atas ni la masa kejadian tersebut berlaku. Cuma aku tak pakai topi lepas tu jarak anjing tu jauh sikit. Memandangkan anjing tu makin dekat, aku up lagi speed basikal aku. Sampai dekat satu simpang, brek aku tak berfungsi. Memang padan muka aku. Ni lah akibat tak dengan cakap ayah dan curi basikal abang aku. Tuhan memang bayar aku cash.

Tiba tiba ada kereta bergerak laju dari arah depan. Aku yang memang tengah panik telah membuat keputusan untuk langgar tembok dari dilanggar kereta. Oh ye, anjing tu dah berhenti dari kejar aku.
aku perasan muka anjing tu macam kesian bila tengok aku jatuh tergolek. Sebelum aku pengsan, aku perasan muka anjing tu berubah.


 Dari begini

sumber gambar : google


Berubah begini

sumber gambar : google
Lepas tu aku terus pengsan tak sedar apa dah.  Bila aku sedar, penuh orang keliling aku. Aku bangun, kepala aku pening sangat. Nasib baik rumah aku dekat. Aku terus tolak basikal aku sampai rumah . Badan aku berdarah, gigi aku patah, tangan aku terseliuh dan calar. Aku terus mandi sebab tak nak mak aku nampak. Lepas mandi aku terus mengaji muqadaam sorang- sorang. Mak aku pun pelik. Last-last abang aku kantoikan aku. Teruk jugak aku kena marah dengan mak ayah aku. Tu belum kira masa tangan aku kena urut. Sakit gila. Seminggu lepas kejadian, aku benci tengok basikal dan berubah jadi baik. Tapi seminggu je la. 

Kali ke dua aku pengsan masa aku camping. Aku pengsan masa kawad. Sampai sekarang abang aku ejek aku budak lembik. Aku demam kot time tu.





"we can change the future, but the past will remain the same. But, we could learn from the past but we can't learn from the future"