klik le

Monday, May 27, 2013

Hilang Ingatan

Assalamualaikum.

Hai uolss, apa khabar. Lama juga Iolss tak update kan? I very da busy tau Uolss..cet.
To be exact, aku memang busy tahap gaban, and next week viva, satu masa study week, satu lagi exam week..doakan Iolls tau, dan lepas tu aku akan pulang kerumah sambil nyanyi..
"I'm coming home..I'm coming home, tell the world that I'm coming home' ,
sesuka hati aku je improvised lirik lagu orang.
Takpe abaikan.

Minggu lepas aku demam teruk, dan bila aku demam aku memang tak suka makan ubat sebab bagi aku minum air masak banyak-banyak dah cukup. Tapi ternyata aku silap, demam yang aku sangka sampai ke pagi berpanjangan sampai aku tak boleh nak buat kerja dan study. Demam ni dia berpakej sekali dengan batuk dan selesema, memang tak best. Tapi aku anggap ini dugaan untuk orang -orang beriman macam aku..ngeh ngeh ngeh

Akhirnya, aku akur untuk berjumpa doktor dan makan ubat. Ni ler rupa ubat a.k.a dadah yang aku consumed untuk hilangkan demam .


Doktor pesan, makan ubat sekian sekian, lepas selang 3 jam baru makan ubat sekian-sekian. Tapi masa sakit bukan boleh pay attention pun, jadi aku angguk je la. Lepas tu, time makan ubat aku bedal sesuka hati. Dan resultnya, aku tidur sepanjang hari, eh tak la sepanjang hari, tapi most of the time aku tidur dan the worse part is bila aku rasa macam memori aku terjejas. Kat bawah ni aku listkan scene scene yang menunjukkan memori aku sedikit terjejas.

1. Purse aku hilang. Duit tak banyak tapi lesen, kad matrik, ic semua ada dalam tu. Yang pelik aku tak perasan pun purse aku hilang sepanjang hari. Aku cuma tau lepas ada orang add aku dekat facebook tu pun dah pukul 12 malam cengiitu, kiranya guna kaedah try and error la. time tu jugak aku check dan walaaa..purse aku hilang. Tahniah kat diri sendiri. Dan nasib baik aku letak nama penuh dekat fb,kalau aku letak Megan Fox, Adrianna Lima tak pun Miranda kerr, sampai sudah orang tak jumpa aku. Take point, sila guna, nama sebenar kat fb, tak payah la guna didi chomel, ayu cute takpun hambaNya. Hang tau dah berapa banyak hambaNya dimuka bumi ini?
Bukan hang sorang je tau.

2. Masa test lab. Kawan aku tak bawak compasses. So dia pinjam dekat aku. Masa tengah jawab test, dia mintak permission dekat lecturer nak pinjam compasses aku, so aku bagi. Test habis pukul 4.30 petang, time tu dah pukul 4.05 gitu, aku pun cakap dalam hati..

"aik lamanya budak ni guna compasses aku, beso sangat ke mohr circle yang kena lukis?"

Aku pandang dan cuba panggi kawan aku. Tapi dia buat donno je. Aku pun amik pemadam dalam pencil-case, lepas tu kerat dan baling tepat kat kepala kawan aku.
Yang kelakarnya, kawan aku ni toleh ke kiri padahal belah kiri, mana ada orang duduk. Lepas dia toleh ke kanan. kami bertentang mata, aku pun buat isyarat mulut tanya pasal compasses.
Pelik kawan aku cakap

" dah bagi tadi"

Bila aku tengok atas meja, sah! memang ada atas  meja. Aku tak puas hati dan aku tanya dia lepas test, macam mana boleh ada atas meja aku, bila masa dia pulangkan.
Relek je kawan aku reply, dia kata aku yang ambik. Dia panggil aku, dan aku toleh lepas tu dia bagi compasses tu dekat aku. Sampai sekarang aku gagal ingat balik kejadian yang aku sendiri  amik compasses tu dari tangan kawan aku.

3. Aku jarang tinggalkan benda lagi-lagi benda penting macam laptop. Lepas meeting dengan budak-budak group design, aku dengan confident balik ke bilik yang terletak ditingkat 4 dengan senang hati. Sampai kat bilik, baru aku perasan yang beg laptop aku tertinggal.

Banyak lagi sebenarnya kejadian, hilang ingatan tapi so far dah bertambah baik. Oh aku lupa yang aku ada belog..kahkahakah..alasan.

till then..

Thursday, May 16, 2013

Cikgu

Assalamualaikum

Bila sebut pasal cikgu, mesti banyak benda kenangan yang direfresh balik dekat otak. Dan aku pasti setiap  orang ada cikgu kegemaran ataupun cikgu yang paling banyak tinggalkan kenangan dekat sekolah.
Sebelum ni aku pernah bagitau, yang aku ada banyak sekolah sebab family aku selalu pindah. Nak dijadikan cerita, disebabkan berpindah,aku masuk lewat sedikit alam persekolahan. Masa tu darjah satu, nama sekolah baru aku Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi tapi pelangi jarang muncul. Adalah setahun sekali, ok abaikan.
Benda tipikal kalau jadi budak baru, kena perkenalkan diri dan budak-budak akan jadi jakun dan kau akan diperhatikan oleh budak budak lain ibarat kau ialah seorang alien dari planet pluto yang baru tiba ke bumi, ini hakikat.

Cikgu kelas aku ketika tu Teacher Alice. Melayu. Tapi mix aku rasa. Sebab nama dia Alice.

Pn Alice Abd Ghani

Since first class, aku dah admire teacher Alice.Dia sangat baik dan wangi. Dan bagi aku dia cantik walaupun berisi. Dia ajar bahasa inggeris, dan aku rasa aku suka bahasa inggeris sebab dia kut. Dia jugak ajar menari dan gimrama yang menyebabkan aku terjoin secara tak langsung walaupun takde bakat*terjoin la sangat kan. The best part,dia tak menengking kalau marah, dia akan cakap elok-elok dan bila ada dekat dia kita akan rasa selesa. Tapi sebenarnya aku suka dia sebab wangi, aku cam kut perfume dia, agak rare dari lain, lembut dan wangi. Kalau dia lalu satu tempat, lepas tu aku lalu, aku akan tau dia pernah lalu situ sebab bau dia ..gila kuat deria bau aku. Dalam kelas pun, kalau ada budak terkentut memang takkan bau sebab bau wangi teacher Alice mengatasi segala.

Teacher Alice in the middle yaww!


Teacher Alice jugak selalu bagi motivasi dan selalu bercerita pengalaman dia. Dia jadi guru kelas aku dari darjah satu untuk darjah 3, sebelum tu pernah ada ura ura rombakan kelas yang mana budak pandai akan pergi kelas lain dan aku pernah berpakat dengan kawan aku untuk tak perform dalam peperiksaan supaya boleh duduk kelas kuning(nama kelas) sampai upsr, dan kelas kuning merupakan kelas tercorot. Walaubagaimana pun, aku bersekolah dekat taman pelangi sampai darjah 4, masuk darjah 5 dah tukar sekolah lain iaitu Sk jalan bahagia(SKJB).

Dekat SKJB pulak,antara cikgu yang banyak memberi kesan kepada aku ialah Puan Teh, chinese, an english teacher. Dia garang oh very the garang. Tapi bagi aku cikgu garang ni bagus, sebab student akan performed well. Setiap hari sebelum dia masuk, budak budak dah kena keluarkan semua buku dan kamus atas meja, 5 perkataan baru kena hafal setiap hari dan tu belum masuk hafal karangan. Bila kerja sekolah tak siap, haruslah berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan supaya dilindungi. Paham-paham la, it is a disaster bila kerja sekolah tak siap.

Dan untuk pengetahuan, ranking sekolah aku antara yang terbaik masa UPSR * upsr je pun dan peratus pelajar yang dapat A bagi subjek Bahasa Inggeris agak tinggi berbanding sekolah lain. Dan lepas pn Teh pindah, rangking bahasa Inggeris terus turun, nampak tak bagaimana cikgu garang memainkan peranan?Mungkin lepas ni boleh buat tajuk perbahasan, cikgu garang memperkasa mutu kualiti pembelajaran pelajar.
Masuk sekolah menengah, aku bersekolah dekat sekolah berdekatan dengan rumah aku. Tak banyak kenangan, sebab cikgu bersilih ganti, sekolah baru katakan. Lepas PMR, aku bertukar ke sekolah teknik dekat kuantan.

Tingkatan 4 dengan 5 banyak meninggalkan kenangan dekat aku. Cikgu kelas aku ketika tu, pn Siti Haida banyak membantu aku ketika tu. Cikgu haida ajar math. to be exact aku tak suka math, aku suka subjek membaca dan menghafal, nak jadi lawyer katakan. Dan cikgu haida pernah basuh aku cukup-cukup dan salah satu ayat dia yang aku masih ingat sekarang..

" Awak ingat, awak score subjek bahasa, tapi math awak hancur,  awk boleh pergi mana- mana?!"

Sampai nangis jugak la aku kena marah, dan yang kelakarnya, lepas kena marah, the next exam aku score subjek math. Nampak sangat nak kena marah dan bambu baru nak gerak.T_T. Dengan cikgu Haida, aku dengan budak kelas aku yang lain, kena denda macam-macam. Setakat berdiri atas kerusi tu benda biasa, cikgu haida punya idea rare, lain dari yang lain sebab lepas kena denda kau akan jadi budak baik sebab malu kena denda.

Antara denda yang aku ingat,dan seriously buat aku tergelak bila ingat balik

- Jalan itik satu kelas, pastu lalu kelas lain sepanjang koridor then patah balik. Of course, ketua kelas jadi mak itik.
- Berdiri satu kelas dekat perhimpunan, lepas tu nyanyi lagu 'maafkan kami' yang macam cerita P.Ramlee tu.

Banyak lagi sebenarnya, tapi overall aku seronok dapat cikgu macam cikgu Haida.
Sempena 16 may ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang mendidik, tak semestinya kena jadik cikgu sekolah baru boleh sambut, cikgu driving school tu pun kena ucap jugak,kalau takde cikgu memandu, cikgu sekolah pun tak boleh bawak kereta wakakakka.

Last but not least,
Untuk semua cikgu yang mengajar aku dari tadika sampai universiti..


Thanks A lot!!
Thanks for everything!!
Happy teacher's day!
 till then..

Monday, May 13, 2013

Meh berkenalan dengan jenis-jenis meow..

Assalamualaikum.
Sekarang ni selalu depressed disebabkan assignments,projects dan viva. Viva benda yang paling aku tak suka. Agaknya ada tak yang suka viva ni? Sebenarnya aku lagi rela buat project bebanyak dari viva .Ok aku tipu, aku tak suka kerja banyak sebab aku suka tido. Aku tau mesti korang nak cakap baik buat universiti sendiri,tak payah belajar takpun kahwin terus..eh? Antara sebab aku tak suka viva ialah markah projek bergantung kepada kecemerlangan menjawab soalan ketika viva unless kalau dapat panel atau supervisor yang memang suka menyumbang dengan bagi markah banyak lepastu tak scarry. Tapi mostly viva memang scarry. Habis semua fundamental engineering yang dah belajar berterabur masa jawab soalan.ngek betul.. Scarry kot.
Jadi untuk hilangkan kescarryian mari kita layan jenis-jenis meow hasil kajian kak mimo..ewahh
Asyik -asyik meow.
Eh suka ati iteew lew..eh?


BATMEOW

FOREVERALONE MEOW

GANGNAMSTYLE MEOW

STALKER MEOW

UPTODATE MEOW

NERDY MEOW

OBESITY MEOW- TEKANAN DARAH DAN PARAS GULA DILAPORKAN TINGGI..
CHEF MEOW
comey meow-meow ni
sumber gambar : Dunia kucing facebook

till then..


Monday, May 6, 2013

Rest in Peace Democracy..

Assalamualaikum..

PRU 13 dah diumumkan..
Tak nak komen banyak, tahniah kepada yang menang diharap tunaikan semua manifesto yang dijanjikan.
Ada orang cakap,
sebelum ni ada 7 benda ajaib kat dunia
tapi semalam ada 8
apa dia?
Malaysia Election.

Undilah saya kata calon Dun Mengiau

Tak nak komen panjang, kang kena tahan dengan ISA.

Rest in Peace Democracy..
Till then.

Friday, May 3, 2013

Meow Jalanan

Assalamualaikum..

Uolss semua suka ambil gambar tak? Iolls kurang gemar ambil gambar sendiri, 
Sebab tu aku tak banyak koleksi gambar sendiri..hahahaha
Tapi.. aku banyak gambar kucing sebab aku suka ambik gambar diorang.
Tak ada benda lain ke?gambar kucing jugak engko nak ambik Mimo oii.
Eh suka hati lah kan..ambik gambar meow merupakan satu terapi bagi aku.
Tak caya cuba try test .cuba try test..cuba try test. cuba cuba uji...T_T

Meow dekat dewan kuliah..tengah preggy agak emo meow ni.

Meow kat tepi kedai makan..pak cik kedai makan murah hati..meow pun gendut

kucing wanted..suka melepas merata..aku pernah nampak dia try bunuh diri..ish ish

Meow dekat kafe staf..gemok dan boncit

Bila tengok meow gendut, mood aku terus jadi baik.
Ini yang dinamakan terapi. ^_^

Till then..



Wednesday, May 1, 2013

Entry untuk bulus

Assalamualaikum..

Hari tu aku pernah bagitau yang yaya pregnant dan sekarang beliau dah pun selamat beranak.
Harini aku nak perkenalkan anak yaya, nama dia bulus. To be exact, memang tak ada rupa yaya langsung sebab bulus ni warna putih cuma kat telinga je yang ada kelabu-kelabu sikit. Bulus sangat omey, bulu dia kembang dan bermata kelabu, pandai jugak si yaya ni flirt dengan meow kacuk.


yaya tak puas hati sebab takde orang layan dia..
Mengikut teori yang dikeluarkan oleh presiden mafia..bulus merupakan anak bongsu..

Presiden mafia    : Adik rasa yang putih ni yang paling kecik.
Aku                     : Mana tau? skodeng yaya beranak ek?
Presiden mafia   : taklah..sebab yang putih ni bukak mata last sekali.
Aku                     : ooo..macam tu ek

Ada logik jugak teori yang dikeluarkan presiden mafia. Memandangkan  presiden mafia banyak masa free, jadi beliau lah yang jaga kan yaya anak beranak bagi makan,tukar pampers. eh?

Disebabkan  yaya rasa annoying sebab presiden mafia selalu kacau yaya anak beranak dan kerana yaya perlukan privacy,beliau selalu berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sepandai-pandai yaya menyorok, dapat diketahui jua oleh presiden mafia. Disebabkan penat sebab asyik berpindah, yaya redho je privacy beliau dan anak-anak diganggu oleh presiden mafia. 

Oh ayah aku gelar presiden mafia  'bapak kucing' sebab asyik main dengan kucing kahkahkah.


omey tak saya?



hiperaktif..selalu kacau abang dia


Bila penat tido,  krohh krohh
Keistimewaan bulus bukan sebab dia comel, bagi aku comel tu satu bonus. Aku suka sebab dia tak takut dekat orang. Aku suka bila dia main-main dekat kaki aku lepas tu gigit. rare!. Bulus berperut buncit. Disebabkan abang -abang dia tak aktif, bulus selalu main sorang-sorang, lepas tu jatuh tergolek sendiri.

Tapi..
Bulus dah takde.
Beliau dah mati. Presiden mafia call aku haritu memaklumkan pemergian bulus. Sedih weh macam mati anak.
Bulus mati dipangkuan presiden mafia. Lepas presiden mafia tanam bulus, yaya hari hari datang dekat kubur bulus. Sayang betul yaya kat bulus. 

Kadang-kadang aku terfikir, haiwan begitu sayangkan anak. Tapi manusia?
Kadang-kadang aku pernah terfikir, taraf manusia yang tak sayangkan anak lebih rendah dari haiwan. 
Haiwan tak ada akal untuk berfikir, manusia ada akal, tapi letak tempat lain.

Rest in peace Bulus!