klik le

Monday, May 27, 2013

Hilang Ingatan

Assalamualaikum.

Hai uolss, apa khabar. Lama juga Iolss tak update kan? I very da busy tau Uolss..cet.
To be exact, aku memang busy tahap gaban, and next week viva, satu masa study week, satu lagi exam week..doakan Iolls tau, dan lepas tu aku akan pulang kerumah sambil nyanyi..
"I'm coming home..I'm coming home, tell the world that I'm coming home' ,
sesuka hati aku je improvised lirik lagu orang.
Takpe abaikan.

Minggu lepas aku demam teruk, dan bila aku demam aku memang tak suka makan ubat sebab bagi aku minum air masak banyak-banyak dah cukup. Tapi ternyata aku silap, demam yang aku sangka sampai ke pagi berpanjangan sampai aku tak boleh nak buat kerja dan study. Demam ni dia berpakej sekali dengan batuk dan selesema, memang tak best. Tapi aku anggap ini dugaan untuk orang -orang beriman macam aku..ngeh ngeh ngeh

Akhirnya, aku akur untuk berjumpa doktor dan makan ubat. Ni ler rupa ubat a.k.a dadah yang aku consumed untuk hilangkan demam .


Doktor pesan, makan ubat sekian sekian, lepas selang 3 jam baru makan ubat sekian-sekian. Tapi masa sakit bukan boleh pay attention pun, jadi aku angguk je la. Lepas tu, time makan ubat aku bedal sesuka hati. Dan resultnya, aku tidur sepanjang hari, eh tak la sepanjang hari, tapi most of the time aku tidur dan the worse part is bila aku rasa macam memori aku terjejas. Kat bawah ni aku listkan scene scene yang menunjukkan memori aku sedikit terjejas.

1. Purse aku hilang. Duit tak banyak tapi lesen, kad matrik, ic semua ada dalam tu. Yang pelik aku tak perasan pun purse aku hilang sepanjang hari. Aku cuma tau lepas ada orang add aku dekat facebook tu pun dah pukul 12 malam cengiitu, kiranya guna kaedah try and error la. time tu jugak aku check dan walaaa..purse aku hilang. Tahniah kat diri sendiri. Dan nasib baik aku letak nama penuh dekat fb,kalau aku letak Megan Fox, Adrianna Lima tak pun Miranda kerr, sampai sudah orang tak jumpa aku. Take point, sila guna, nama sebenar kat fb, tak payah la guna didi chomel, ayu cute takpun hambaNya. Hang tau dah berapa banyak hambaNya dimuka bumi ini?
Bukan hang sorang je tau.

2. Masa test lab. Kawan aku tak bawak compasses. So dia pinjam dekat aku. Masa tengah jawab test, dia mintak permission dekat lecturer nak pinjam compasses aku, so aku bagi. Test habis pukul 4.30 petang, time tu dah pukul 4.05 gitu, aku pun cakap dalam hati..

"aik lamanya budak ni guna compasses aku, beso sangat ke mohr circle yang kena lukis?"

Aku pandang dan cuba panggi kawan aku. Tapi dia buat donno je. Aku pun amik pemadam dalam pencil-case, lepas tu kerat dan baling tepat kat kepala kawan aku.
Yang kelakarnya, kawan aku ni toleh ke kiri padahal belah kiri, mana ada orang duduk. Lepas dia toleh ke kanan. kami bertentang mata, aku pun buat isyarat mulut tanya pasal compasses.
Pelik kawan aku cakap

" dah bagi tadi"

Bila aku tengok atas meja, sah! memang ada atas  meja. Aku tak puas hati dan aku tanya dia lepas test, macam mana boleh ada atas meja aku, bila masa dia pulangkan.
Relek je kawan aku reply, dia kata aku yang ambik. Dia panggil aku, dan aku toleh lepas tu dia bagi compasses tu dekat aku. Sampai sekarang aku gagal ingat balik kejadian yang aku sendiri  amik compasses tu dari tangan kawan aku.

3. Aku jarang tinggalkan benda lagi-lagi benda penting macam laptop. Lepas meeting dengan budak-budak group design, aku dengan confident balik ke bilik yang terletak ditingkat 4 dengan senang hati. Sampai kat bilik, baru aku perasan yang beg laptop aku tertinggal.

Banyak lagi sebenarnya kejadian, hilang ingatan tapi so far dah bertambah baik. Oh aku lupa yang aku ada belog..kahkahakah..alasan.

till then..

No comments: