Assalamualaikum..
Hari tu aku pernah bagitau yang yaya pregnant dan sekarang beliau dah pun selamat beranak.
Harini aku nak perkenalkan anak yaya, nama dia bulus. To be exact, memang tak ada rupa yaya langsung sebab bulus ni warna putih cuma kat telinga je yang ada kelabu-kelabu sikit. Bulus sangat omey, bulu dia kembang dan bermata kelabu, pandai jugak si yaya ni flirt dengan meow kacuk.
yaya tak puas hati sebab takde orang layan dia.. |
Presiden mafia : Adik rasa yang putih ni yang paling kecik.
Aku : Mana tau? skodeng yaya beranak ek?
Presiden mafia : taklah..sebab yang putih ni bukak mata last sekali.
Aku : ooo..macam tu ek
Ada logik jugak teori yang dikeluarkan presiden mafia. Memandangkan presiden mafia banyak masa free, jadi beliau lah yang jaga kan yaya anak beranak bagi makan,tukar pampers. eh?
Disebabkan yaya rasa annoying sebab presiden mafia selalu kacau yaya anak beranak dan kerana yaya perlukan privacy,beliau selalu berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Sepandai-pandai yaya menyorok, dapat diketahui jua oleh presiden mafia. Disebabkan penat sebab asyik berpindah, yaya redho je privacy beliau dan anak-anak diganggu oleh presiden mafia.
Oh ayah aku gelar presiden mafia 'bapak kucing' sebab asyik main dengan kucing kahkahkah.
omey tak saya? |
hiperaktif..selalu kacau abang dia |
Bila penat tido, krohh krohh |
Keistimewaan bulus bukan sebab dia comel, bagi aku comel tu satu bonus. Aku suka sebab dia tak takut dekat orang. Aku suka bila dia main-main dekat kaki aku lepas tu gigit. rare!. Bulus berperut buncit. Disebabkan abang -abang dia tak aktif, bulus selalu main sorang-sorang, lepas tu jatuh tergolek sendiri.
Tapi..
Bulus dah takde.
Beliau dah mati. Presiden mafia call aku haritu memaklumkan pemergian bulus. Sedih weh macam mati anak.
Bulus mati dipangkuan presiden mafia. Lepas presiden mafia tanam bulus, yaya hari hari datang dekat kubur bulus. Sayang betul yaya kat bulus.
Kadang-kadang aku terfikir, haiwan begitu sayangkan anak. Tapi manusia?
Kadang-kadang aku pernah terfikir, taraf manusia yang tak sayangkan anak lebih rendah dari haiwan.
Haiwan tak ada akal untuk berfikir, manusia ada akal, tapi letak tempat lain.
Rest in peace Bulus!
No comments:
Post a Comment