klik le

Thursday, May 16, 2013

Cikgu

Assalamualaikum

Bila sebut pasal cikgu, mesti banyak benda kenangan yang direfresh balik dekat otak. Dan aku pasti setiap  orang ada cikgu kegemaran ataupun cikgu yang paling banyak tinggalkan kenangan dekat sekolah.
Sebelum ni aku pernah bagitau, yang aku ada banyak sekolah sebab family aku selalu pindah. Nak dijadikan cerita, disebabkan berpindah,aku masuk lewat sedikit alam persekolahan. Masa tu darjah satu, nama sekolah baru aku Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi tapi pelangi jarang muncul. Adalah setahun sekali, ok abaikan.
Benda tipikal kalau jadi budak baru, kena perkenalkan diri dan budak-budak akan jadi jakun dan kau akan diperhatikan oleh budak budak lain ibarat kau ialah seorang alien dari planet pluto yang baru tiba ke bumi, ini hakikat.

Cikgu kelas aku ketika tu Teacher Alice. Melayu. Tapi mix aku rasa. Sebab nama dia Alice.

Pn Alice Abd Ghani

Since first class, aku dah admire teacher Alice.Dia sangat baik dan wangi. Dan bagi aku dia cantik walaupun berisi. Dia ajar bahasa inggeris, dan aku rasa aku suka bahasa inggeris sebab dia kut. Dia jugak ajar menari dan gimrama yang menyebabkan aku terjoin secara tak langsung walaupun takde bakat*terjoin la sangat kan. The best part,dia tak menengking kalau marah, dia akan cakap elok-elok dan bila ada dekat dia kita akan rasa selesa. Tapi sebenarnya aku suka dia sebab wangi, aku cam kut perfume dia, agak rare dari lain, lembut dan wangi. Kalau dia lalu satu tempat, lepas tu aku lalu, aku akan tau dia pernah lalu situ sebab bau dia ..gila kuat deria bau aku. Dalam kelas pun, kalau ada budak terkentut memang takkan bau sebab bau wangi teacher Alice mengatasi segala.

Teacher Alice in the middle yaww!


Teacher Alice jugak selalu bagi motivasi dan selalu bercerita pengalaman dia. Dia jadi guru kelas aku dari darjah satu untuk darjah 3, sebelum tu pernah ada ura ura rombakan kelas yang mana budak pandai akan pergi kelas lain dan aku pernah berpakat dengan kawan aku untuk tak perform dalam peperiksaan supaya boleh duduk kelas kuning(nama kelas) sampai upsr, dan kelas kuning merupakan kelas tercorot. Walaubagaimana pun, aku bersekolah dekat taman pelangi sampai darjah 4, masuk darjah 5 dah tukar sekolah lain iaitu Sk jalan bahagia(SKJB).

Dekat SKJB pulak,antara cikgu yang banyak memberi kesan kepada aku ialah Puan Teh, chinese, an english teacher. Dia garang oh very the garang. Tapi bagi aku cikgu garang ni bagus, sebab student akan performed well. Setiap hari sebelum dia masuk, budak budak dah kena keluarkan semua buku dan kamus atas meja, 5 perkataan baru kena hafal setiap hari dan tu belum masuk hafal karangan. Bila kerja sekolah tak siap, haruslah berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan supaya dilindungi. Paham-paham la, it is a disaster bila kerja sekolah tak siap.

Dan untuk pengetahuan, ranking sekolah aku antara yang terbaik masa UPSR * upsr je pun dan peratus pelajar yang dapat A bagi subjek Bahasa Inggeris agak tinggi berbanding sekolah lain. Dan lepas pn Teh pindah, rangking bahasa Inggeris terus turun, nampak tak bagaimana cikgu garang memainkan peranan?Mungkin lepas ni boleh buat tajuk perbahasan, cikgu garang memperkasa mutu kualiti pembelajaran pelajar.
Masuk sekolah menengah, aku bersekolah dekat sekolah berdekatan dengan rumah aku. Tak banyak kenangan, sebab cikgu bersilih ganti, sekolah baru katakan. Lepas PMR, aku bertukar ke sekolah teknik dekat kuantan.

Tingkatan 4 dengan 5 banyak meninggalkan kenangan dekat aku. Cikgu kelas aku ketika tu, pn Siti Haida banyak membantu aku ketika tu. Cikgu haida ajar math. to be exact aku tak suka math, aku suka subjek membaca dan menghafal, nak jadi lawyer katakan. Dan cikgu haida pernah basuh aku cukup-cukup dan salah satu ayat dia yang aku masih ingat sekarang..

" Awak ingat, awak score subjek bahasa, tapi math awak hancur,  awk boleh pergi mana- mana?!"

Sampai nangis jugak la aku kena marah, dan yang kelakarnya, lepas kena marah, the next exam aku score subjek math. Nampak sangat nak kena marah dan bambu baru nak gerak.T_T. Dengan cikgu Haida, aku dengan budak kelas aku yang lain, kena denda macam-macam. Setakat berdiri atas kerusi tu benda biasa, cikgu haida punya idea rare, lain dari yang lain sebab lepas kena denda kau akan jadi budak baik sebab malu kena denda.

Antara denda yang aku ingat,dan seriously buat aku tergelak bila ingat balik

- Jalan itik satu kelas, pastu lalu kelas lain sepanjang koridor then patah balik. Of course, ketua kelas jadi mak itik.
- Berdiri satu kelas dekat perhimpunan, lepas tu nyanyi lagu 'maafkan kami' yang macam cerita P.Ramlee tu.

Banyak lagi sebenarnya, tapi overall aku seronok dapat cikgu macam cikgu Haida.
Sempena 16 may ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang mendidik, tak semestinya kena jadik cikgu sekolah baru boleh sambut, cikgu driving school tu pun kena ucap jugak,kalau takde cikgu memandu, cikgu sekolah pun tak boleh bawak kereta wakakakka.

Last but not least,
Untuk semua cikgu yang mengajar aku dari tadika sampai universiti..


Thanks A lot!!
Thanks for everything!!
Happy teacher's day!
 till then..

No comments: