klik le

Wednesday, October 26, 2016

Review Miseoul aloevera soothing gel

Assalammualaikum.


Macam yang aku cerita alam entry aku sebelum ni, aku mempunyai spesies kulit berminyak dan mitos mengatakan orang kulit berminyak ni tak perlu pakai pelembab.

SALAH!

Sebenarnya kulit kita memerlukan pelembap cuma nak cari pelembab yang sesuai tu punyalah payah.
Banyak jenis pelembab yang aku dah cuba tapi kebanyakanresult dia menghampakan(tapi ada jugak yang ok)  sampai la aku decide nak stop pakai pelembab. Tapikan, lepas beberapa ketika, aku perasan kulit aku jadi kering. Maksud aku berminyak yang kering. eh?

Hari tu   aku jalan-jalan dekat Aeon Rawang. Aku perasan ada orang buat promosi pasal aloevera gel ni. Kira macam natural product la. Aku pun decide nak cuba. Sebab kita pun tahu kan  aloevera ni banyak benefit dia. Oh ye, aloevera ni boleh store dalam peti sejuk, jadi bila nak pakai tu memang rasa best giler. Sejuk je noks






Antara fungsi aloevera soothing gel ni berdasarkan pengalaman aku .

1) Pelembap semulajadi
Sebelum tido aku akan apply gel ni dekat muka aku, jadi bila bangun tido je kulit rasa smooth gitu. The best part, gel ni cepat meresap. Jadi masa tido idokle korang terganggu sebab sticky ke ape. Jerawat pun tak naik tau.

2) Menghilangkan lebam bawah mata
Oh ye si mata panda, anda boleh cuma gel ni. Cara aku , aku akan dapkan kapas dalam gel ni, lepas tu aku letak dekat mata sebelum tido. Feeling dia? best la ;). Bangun pagi mata akan rasa fresh.

3) Kecantikan semula jadi.
Hahahah lepas hampir sebulan pakai, aku rasa makin flawless. Ye la kulit pun sihat bila pakai bahan semulajadi. Ada satu peristiwa ni (kisah benar, aku tak tipu. Kalau tipu dose), lepas solat jemaah dekat satu masjid ni, masa duk salam salam tu, tiba -tiba ada mak cik tegur aku sambal pegang pipi aku " pipi adik ni cantik la". Ada ke pipi cantik? aku rasa dia merujuk kepada kulit aku. Collegue aku peng pun cakap yang kulit aku santek.



Jadi adik adik dan kakak-kakak sekalian, marilah kita bertukar kepada bahan semulajadi dan jauhi produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya itu.


Ok bai










Saturday, October 1, 2016

Perfect weekend

Family + riki si meow + makanan sedap

Ya Allah bestnya kalau hari hari macam ni.










Percaya

Assalammualaikum.

Sakit hatinya Allah je yang tahu bila orang yang kita percaya khianati kepercayaan yang kita bagi.
Aku susah nak marah.
Apatah lagi memaki hamun.
Bila aku sakit hati atau geram
End up aku akan nangis atau diam satu hari.

Maaf
Susah aku nak percaya orang.

Maaf
Bukan aku benci
Cuma aku tawar hati.

Aku tak pernah mintak banyak. Dari dulu dengan sesiapa pun aku susah nak meminta. Susah aku, biar aku tanggung.

Aku tak mintak lebih.
Cuba sekali
Kau duduk tempat aku.
Dan rasa apa yang aku rasa.


Mimi

Monday, September 26, 2016

Kisah Akai si budak gemuk.

Assalammualaikum.

Beberapa hari lepas aku ada kol kawan baik aku, zira. Banyakbenda yang diborakkan, tup tup   sampai berejam berborak. Aku suka borak dengan zira, sebab bila borak dia tak suka gosip pasal orang lain. Jadi secara tak langsung, aku cukup selesa.

Zira : "Teringat waktu study dulu. Bagi saya waktu yang paling menyeronokkan waktu saya study dulu".

Aku : "Waktu study memang seronok. Tapi bagi saya, waktu yang paling menyeronokkan dah tentula masa saya kecik"

Zira :" Kenapa?"

Aku : " Sebab masa saya kecik, banyak memori yang best-best. Masa tu tak perlu fikir tentang masalah. Hidup seronok je masa tu".


Daerah terakhir yang aku serta keluarga aku kena duduk sebelum ayah aku pencen ialah di Johor Bahru. Secara totalnya aku sukakan Johor Bahru cuma ada satu je yang aku tak suka, JB ni jauh giler dari kampung aku kat Jerantut. Tiap kali balik kampung ambik masa 8 jam oii baru sampai. Penat gegurl tau.

Masa dekat JB, jiran aku kebanyakannya Chinese dan ada seorang budak lelaki gemuk nama dia 'Akai'. aku tak tahu sama ada nama dia Ah kai  atau Akai. Yang aku tahu, abang, adik serta aku sendiri akan panggil dia Akai. Akai ni comel sebab dia gemuk. Memandangkan ayah dengan mak Akai ni ahli perniagaan, Akai ni selalu la kena tinggal dekat rumah dengan bibik dia.

Oh bibik dia nama Atik. kihkihkih.
Akai selalu lepak rumah aku. Bukan Akai je, kadang-kadang bibik Akai pun lepak sekali.
Setiap kali hari raya, jika aku tak balik kampung, Akai akan ikut aku dengan abang-abang aku pergi beraya, siap pakai baju melayu.

Raya kitaorang agak ekstrim. Aku dengan abang-abang aku biasanya main raya je rumah orang. Kenal tak kenal belakang cerita. Janji dapat duit raya. Tapi sebelum tu, kami akan beraya di istana Johor. Sultan Johor akan buat rumah terbuka untuk rakyat dia. Selain makanan, aku rasa part paling best bila beraya dekat Istana Johor ialah time dapat duit raya. Dekat gate Istana, kebiasaanya pengawal Istana akan bagi duit raya. Seringgit seorang. Oh ye. Abang aku pernah buat perangai. Keluar masuk banyak kali, semata -mata nak dapat duit raya lebih. Sampai guard tu perasan.

Pengawal Istana : "Eh dik, bukan dah dapat ke tadi"

Abang aku : " Eh tak la pak cik, saya baru sampai" Sambil buat muka innocent.

Sumpah aku gelak bila teringat balik.

Akai pun kadang kadang tak boleh pakai jugak. Dia ikut perangai abang aku.

Akai ni caring orangnya.
Aku ingat lagi kejadian yang mana time tu adik aku yang aku panggil 'kakak' nak ikut kitaorang beraya.
Abang-abang aku dengan aku semua tak bagi dia ikut. Ye lah, budak kecik.

Tapi Akai kata, bawak je. Nanti dia dukung adik aku kat belakang.
Dan surprisingly, Akai memang dukung adik aku dari rumah sampai ke istana johor

Macam ni la cara Akai dukung adik aku.

Akai memang seorang yang bagus dan boleh pakai,

Bila Chinese new year pulak, rumah Akai meriah giler. Ada orang buat tarian singa sambil main gendang. Mercun jugak dibakar semasa singa tu tengah joget dan  lepas tu boleh dapat angpow. Mak ayah Akai akan bagi angpow  dekat aku dan abang-abang aku. Aku tak suka tarian singa sebab  bising tapi aku datang jugak sebab nak dapatkan angpow mihmihmih.

Hari terakhir di Johor Bahru, aku nampak muka Akai sedih, macam nak menangis pun ada. Akai siap tolong keluarga aku kemas barang untuk berpindah . Tiap kali aku tengok drama dekat TV yang tunjuk betapa anak orang kaya ni  'spoil brat' aku akan teringat dekat Akai sebab Akai tak macam tu.

Lepas pindah, kami lost contact. The worse part, aku tak tahu pun nama sebenar Akai tu apa. Even nama family dia pun aku tak tahu. Ye lah dah mak dengan ayah dia aku panggil aunty  dengan uncle, mana nak ingat nama ye dak?


Zaman dulu tak ada kamera untuk selfie. Tak ada facebook dan instagram. Yang ada cuma memori. Memori ni lah yang kau akan ingat balik dan tersenyum sorang -sorang.


Apa- apapun, thanks Akai sebab menceriakan zaman kanak-kanak aku.




Regards,
Mimi






Thursday, September 22, 2016

I hate being in the spotlight!- Tak suka noks

Assalammualaikum

Gitu. Tajuk omputih. Entry Melayu.

Benci untuk jadi tumpuan  bukan bermakna tak ada confidence. Tapi pendapat aku lebih kepada keselesaan individu. Macam aku cakap sebelum ni, aku spesies introvert, tapi ada manusia yang tak paham dan mengklasifikasikan spesies macam aku ni sombong, tak reti bergaul dan tak konfiden.


Tiap kali presentation.

"Wei, ko pandai cakap, ko la present"

"Wei  ko terer BI ko la cakap"

Aku sebenarnya  ada stage fright.
Tapi aku masih ke depan untuk berucap sebab tanggungjawab. Tapi orang masih fikir aku sukakan tumpuan. Suka bercakap.  Diorang tak tahu, perasaan tak suka bila mana tiap mata pandang kau waktu kau tengah bercakap. Sumpah aku tak suka.


Aku tak suka orang ambik gambar kecuali dengan individu yang aku selesa. Kalau orang asing lagi la susah. Mungkin ada kaitan dengan genetik ayah aku, barangkali.
Sebab tu aku susah nak post gambar aku dekat socmed.

"Eleh, sebab engko tak cantik, sebab tu  engko tak upload gambar engko kan?"

Walawei. Pendapat aku, selagi ada 360, dan macam macam apps untuk cantikkan gambar, tak mustahil muka macam tongkang pecah boleh berubah menjadi Miranda Kerr. Ni bukan isu cantik atau tak. Tapi lebih kepada rasa selesa untuk upload gambar. Aku masih berfikir, macam mana ada sesetengah orang boleh upload gambar selfie setiap hari. Mungkin dia selesa? Mungkin dia seronok? Entah. Aku tak nak kecam.

Yang penting aku tak suka, lagi lagi bila ramai lelaki komen.

Aku tak suka jadi tumpuan. Tiap kali aku dapat apa apa achievement dalam hidup,  tak kisah apa- apa, aku lebih suka share dengan family aku dan orang yang aku percaya serta rapat.
Sebab dalam ghairah kita dok canang kejayaan kita, mungkin ada segelintir yang terasa.

"Eh tapi, kita share kejayaan untuk bagi inspirasi dan motivasi dekat orang lain"

Ok part ni aku setuju.


Bukan tak boleh share. Cuma berpada.

"Negatif la ko ni mimi"

Contoh lain,update berkenaan suami isteri ,anak dan sebagainya.Cuba tengok balik, berapa orang yang share pasal isteri-suami masing masing.Tapi pernah kita fikir tiap kali kita share apa-apa dekat soc med, mungkin ada sesetengah yang terasa.

Kadang-kadang kita kena fikir, perasaan kawan-kawan yang tak kahwin lagi dan perasaan orang yang dah lama kahwin tapi tak ada anak. Sekali sekala tak apa. Tapi kalau hari-hari? kadang kadang setiap jam, orang boleh muak.

" Ye la engko ta kahwin lagi, tak ada anak".

Betul tu. Aku belum kahwin, tapi aku mintak dijauhkan jadi macam tu.

Macam mana la kalau kawen nanti kena bersanding.

Haish

Banyaknya hati nak kena jaga.




Regards,
Mimi









Wednesday, September 14, 2016

Orang putih cakap "life must go on"

Assalammualaikum
Ada yang terperanjat aku update belog? Kikikiki
Baru lepas install apps blogger dekat telepon. Nescaya, aku akan rajin update belog lepas ni.
Aku nak bercerita pasal zaman kanak-kanak. Kalau sesiapa yang baca belog ni dari mula, mesti tahu yang aku ketika kecil sangat boyish. Tak adanye nak pakai skirt gaun kembang. Aku selalu jeles  dekat sepupu sepapat aku yang selalu dapat pakai gaun cantik.
Aku?
Time raya je la dapat pakai baju kurung yang macam perempuan sikit, tapi tiap tiap tahun ayah aku akan belikan coverall. Mungkin ayah aku taknak beli skirt sebab ada kejadian yang kain aku tersepit celah tayar basikal masa hari raya. Baju baru kot.
Lately teringat banyak kenangan masa kecik. Paling aku suka kenangan dekat kampung. Masa tu rumah papan dan tandas masih di belakang rumah. Ain selalu jadi mangsa aku tiap kali aku nak berak bila malam.
Tiap kali hujan, aku, abang aku serta mak cik aku akan mintak kebenaran arwah aki aku untuk main hujan. Time tu udara bersih tak ada istilah hujan asid. Mandi hujan pun tak demam. Syok gila main hujan siap meluncur dari atas bukit ke bawah.
Selain main hujan, kitaorang jugak suka main bola bola api yang guna surat khabar tu. Buat suratkhabar tu macam payung terjun dan bakar keempat empat penjuru serentak. Tekanan udara dalam surat khabar tu yang akan terbangkan surat khabar berapi tu. Cantik gila time malam. Siapa yang dapat terbangkan palin tinggi, dia yang akan menang.
Bila dekat kampung, aku jugak suka suasana masa bangun tidur. Bangun tidur, basuh muka gosok gigi dan terus sarapan. Dengar suara dj yang berceloteh dekat radio sambil makan sarapan memang nostalgik.
Aku pernah berangan jadi dj radio. Habis radio mak cik aku disebabkan aku dengan abang abang aku rakam suara acah acah dj radio. Oh ye, aku suka giler amalina penyanyi dangdut masa aku kecik dulu. Siap aku bagitau kawan aku jangan panggil aku mimi tapi panggil aku amelina. Kahkahkahkah..noob gila.
Ok la nanti aku update lagi.
Esok koje
Boss bagi satu opis halfday esok.
Yippi

Derian

Nak derian

Setiap minggu beli derian kopak ni

Haih

Tuesday, September 13, 2016

100 truths-2016



1. Last drink : Plain water 

2. Last phone call : TNB- masalah elektrik

3. Last text Whatsapp : Ekin the bestie

4. Last song I listened to : Sayang- Faizal Tahir

5. Last time I cried : Today- lepastu kena cover depan collegues

 

HAVE YOU EVER 

6. Gotten back with someone I broke up with : Practically yeah, if u mean off and on.

7. Been cheated on : .umrah alam

8.  singing on the public     : hahaha hell no!

9. Lost someone special : my cat

10. Been depressed : Of course. I'm just a normal human being

11. Been drunk and threw up : Not interested


THREE FAVE COLORS 

12. Mustard

13. White

14. Beige


THIS YEAR HAVE YOU: (2016) 

15. Made a new friend : Yes.

16. Fallen out of love : Nope.

17. Laughed until you cried : Trying to..

18. Met someone who changed me this year : Oh totally.. Never thought it will turn out this way. 

19. Found out who my true friends are : Oh definitely. Been depressed about this for quite some time

20. Found out someone who has just been talking about me : er..Don't actually care..

21. Kissed anyone on Facebook : hahaha..nope..

22. How many of your Quibblo friends do you know in real life : I have no idea what Quibblo is?

23. Eye Color : Dark brown

24. Pets : Riki Junior

25. Changing name : Sticking to this

26. Last birthday : Last year

27. Time I woke up : 6.25 a.m

28. At midnight : today (sleep), yesterday (watched Train to Busan)

29. Something I can't wait for : Going back home. I mean my hometown. Yes Temerloh

30. Last time I saw my Mother : Last Monday

31. One thing I could change : If I could go back

32. Listening to : the sound of the aircond

33. Talked to a person named Tom : I have non

34. Getting on my nerves : Someone who don't listen to others. All they know is talk about themselves

35. Most visited web page : Facebook. Instagram. No argument. 

36. Real name : N.S.A

37. Nicknames :  mimi

38. Relationship status : in relationship

39. Zodiac sign : Capricorn

40. Gender : female

41. Primary school : Sk taman pelangi,Johore and Sk Jalan Bahagia, Pahang

42. Middle school : SMKTJ

43. High school : SMKTJ..then technical school

 

44. Hair color : Originally dark dark brown

45. Length : length what?


46. Height : 157cm

 47. Skin : Fair


48. What do I really like about myself : the way I don't hold grudge toward others.

49. Piercings : yilek

50. Tattoos : haram

51. Right or left : right


FIRST: 

52. Surgery : liposuction..hahhahaha..kidding..

53. Piercing : my earlobes

54. Bestfriend(s) : Yes! its u!

55. Hero : Doraemon..

56. Love : Someone I met when I was 16. 

57. Heartbreak : The same person that had my first love I guess?

58. Death in the family : My grandfather..

59. Time you got grounded : I can't remember but definitely during my primary school years.

60. I'm about to : go to lunch

61. Listening to : the sound of the fan

62. Waiting for : off day

63. I'm feeling : depressed..totally depressed

67. Lips or eyes : both would seemed appealing if I have something on you. :)

68. Hugs or kisses : hugs. :)

69. Shorter or taller : taller of course. I'm short enough..eh no..

70. Older or younger : older

71. Romantic or spontaneous : spontaneously romantic

72. Stomach or arms : haha. not really into over the top physical condition thingy. anything acceptable will do if u insist

73. Sensitive or loud : not to sensitive and not too loud

74. A hook-up or relationship : definitely a relationship type of girl


HAVE YOU: 

75. Kissed a stranger : kalau stakat belaga laga pipi tu, yeah..

76. Drank hard liquor : never and don't intend to

77. Lost glasses or contacts : nope

78. S_x on first date : nope

79. Broken someone's heart :  i hope not

80. Been arrested : not that I could recall. :p

81. Turned someone down : yeah. and was filled with guilt

82. Cried when someone died : yeah..

83. Fallen for a friend : fortunately, yes. :)


DO YOU BELIEVE IN: 

84. Myself : most of the time. :)

85 Society : hmm. 

86. Heaven : yes

87. Santa Claus : not really

88. Love : I do

89. Angels : yes

90. God : Allah the mighty..


ANSWER TRUTHFULLY: 

91. Had more than one bf at a time : never. never know how

92. Did I sing today : I did yesterday

93. Did something illegal : many times.

94. Go back in time-- I wish

95. Did you hear the word is love? : meaning?

96. Afraid of falling in love : sometimes

97. Last time I lied : day before. -.- 

98. Late, early, or Right on time : always early. better.

99. Give my life for others : if that's what I'm supposed to do, I will

100. Am I afraid to post this : No..





Regards,
Mimi

Aku bukan malaikat



Aku bukan malaikat.

Salah aku,

Silap aku,

Tegur.

Bukan kau tolak aku.

Bukan berdiam.

Aku bukan sempurna

dan aku

bukan Malaikat!








Monday, September 12, 2016

Baju muslimah murah

Assalammualaikum..

Siapa nak cari baju muslimah murah boleh cari di fb atau instagram seanggun hawa collection.
Kain cotton dan bf friendly. Comel tau kalau korang pakai. Harga pun murah.








Boleh cekidaut dekat fb-mims onlineshop atau di Instagram seanggun hawa collection.


Salam.

Tuesday, September 6, 2016

Pilihan.

Assalammualaikum.

Setiap orang akan berdepan dengan pilihan. Yang jadi persoalan, samada pilihan yang dibuat itu betul atau tidak.

Bila pilihan itu salah, muncullah perkataan 'kalau'.

'kalau' aku tak pilih kerja ni.

'kalau' aku tak kahwin dengan dia.

'kalau' aku belajar rajin-rajin


Pendapat aku, tak ada pilihan yang betul atau salah. Pilihan yang kita buat masa tu, pada pendapat merupakan pilihan yang terbaik sebab kita dah analisis segala pro dan cons . Pilihan tu kita rasa salah bila kita gagal atau tak boleh nak berdepan dengan sesuatu situasi.

Jadi pendapat aku, pilihan tu tak ada yang betul atau salah. Pilih mana-mana jalan sekalipun, keadaan tetap sama, yang membezakan ialah macam mana kita nak hadap masalah atau ujian untuk setiap pilihan yang kita buat.


Orang putih cakap " every cloud has a silver lining"

Al- Quran (Al-Insyirah ayat 5) "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"

So?

Chillah.



Regards,



Monday, September 5, 2016

Haih Manusia



Masa kecik-kecik sibuk nak besar cepat.

Bila dah besar, sibuk nak jadi budak balik.


aku la tu.


haih manusia.

Wednesday, August 10, 2016

Kisah meow bernama "dashboard"

Assalammualaikum


Ada orang suruh aku hupdate belog. Haritu kemain cakap belog tak best.
Ok tak leh cakap lebih-lebih kang ada yang merajuk.

Aku ada cerita yang nak diceritakan untuk tatapan tatapan korang semua.
Hari sabtu yang lepas aku, adik aku serta anak sedara aku bertolak dari sg buloh ( rumah abang aku) ke kampong aku di Temerloh.

Dalam perjalanan, tiba tiba kereta didepan aku semua slow seperti mengelak sesuatu. Apabila sampai ketempat tersebut, aku terus cakap ke adik aku. "kakak,!ada nyau!!". Ye aku panggil adik aku kakak. It's a long story. Akan aku ceritakan kemudian. Meow tu kecik je. Ntah macam mana boleh tersesat dekat jalan yang besar macam tu. Ok aku husnudzon tak nak tuduh siapa-siapa.

Bila sampai ke tempat kejadian, aku terus tekan lampu kecemasan dan suruh adik aku ambik nyau tersebut. Kesian dia, sangat takut sampai terberak-berak dalam kereta. Kucing tu berak atas baju adik aku sebab adik aku pegang dia atas riba dia. Perjalanan dari Sg Buloh ke Temerloh mengambil masa selama 2 jam setengah. Jadi, sepanjang dua jam itu la kami terpaksa menahan bau busuk. Ye kucing tu terkencing dan terberak atas adik aku yang redho dan pasrah.

After a while, kucing yang kepenatan dan ketakutan itu duduk diam. Dia tak berak dan mengiau dah. Ok aku syak dia dah stabil. Tapi ternyata tekaan aku salah. Beberapa minit lepas itu, kucing tersebut seperti terkena hysteria.  Aku syak dia ada masalah trauma yang kronik. Iyelah, dah la mak dia tak ada, tiba tiba kena tinggal tepi jalan besar. Gila tak trauma.

Ok berbalik kepada kucing tu, lepas dia mengiau dan menjerit, dia gigit tangan adik aku. Of course la adik aku terlepas nyau tersebut. Nyau tu kemudian pergi ke bahagian kaki adik aku dan masuk terus ke dalam dashboard melalui satu lubang kecik.

Bila sampai Temerloh, aku puas suruh dia keluar tapi malangnya dia tak nak keluar. Aku umpan dengan makanan pun dia tak nak. Aku google cara bukak laci kereta aku, tetapi kucing tu lari masuk ke bahagian air cond belah atas. Sangat complicated. Sebab dia belah dalam dan ruang bahagian tersebut  sangat sempit.

Kemudian, aku terus pergi ke sebuah bengkel untuk meminta pertolongan mekanik dekat sana.

Aku : Assalammualaikum pak cik, sy nak minta tolong ni

Pak cik : Ye kenapa?

Aku : Ada nyau termasuk dalam kereta.

Pak cik : bukak bonet belah depan.

Aku: Dia bukan belah enjin pak cik, tapi belah air cond. Kawasan dashboard.

Aku pun tunjuk kepada pak cik tu laci kreta aku yang dah terbukak .

Pak Cik : Eh ni tak boleh bukak ni. Dashboard ni mana boleh bukak

Aku : Ha? habis tu camana?sian nyau ni

Pak cik : Ala ...tunggu je nanti dia panas atau lapar dia keluar la,

Aku pun mengiyakan dan mengharapkan apa yang pak cik tu cakap betul.
Tapi ternyata tekaan pak cik tu salah.

Selang beberapa minit aku, adik aku dan anak sedara aku Haikal akan tengok ke dalam kereta samada kucing tu keluar atau tak. Tapi kucing tu tetap tak nak  keluar. Aku dah cuba tarik, geletek dengan lidi tapi dia tetap tak nak.

Dah nak masuk malam. Aku putus asa.

Kemudian aku teringat pasal pasukan pertahanan awam JPAM yang pernah selamatkan kucing yang termasuk dalam singki.  Hati aku terus berkata, ini dah termasuk dalam kategori kes kecemasan, nyawa anak kucing itu harus diselamatkan!.

Aku suruh adik aku kol 999 dan sambungkan ke Jpam Temerloh.
Beberapa minit kemudian, lori besar bersama 5  orang abang JPAM datang.

Macam ni la lori diorang.Gile eksaited (sumber:google)


Abang JPAM tu cakap ni kes pertama kucing masuk ke dalam dashboard sebab  kebiasaannya kucing termasuk ke dalam bahagian enjin.

Selepas beberapa minit, anak kucing tersebut berjaya dikeluarkan. Dan aku amat-amat berterima kasih dekat mereka yang sangat professional walaupun "kucing je pun" tapi kucing  pun makhluk Allah jugak.

Diorang siap tanya kenapa tak telefon dari awal. Diorang jugak la yang mencadangkan nama "dashboard" untuk anak kucing tersebut.

Tapi sayang, nyawa Dashboard tak panjang. Semalam mak aku telefon  dan beritahu yang Dashboard dah tak ada. Mungkin dia terlalu rindukan adik adik dan mak dia.



Rest in peace Dashboard!




Regards,
Mimi






Friday, June 17, 2016

Tips kulit cerah berseri halus mulus kebabom

Assalammualaikum..


Gempak tak title post aku. Ok ok. memandangkan mood agak baik, aku ni kongsi tips turun temurun keluarga aku. Tips kulit santek. Semua orang suka santek dan nak jadi santek kan? So, aku nak share tips kesantekan ini.

Family aku, terutama mak dan nenek aku memang banyak petua. Mak aku memang rajin tapi sampai ke anak dia, pemalas ya rabbi.

7 tahun lepas,masa dekat asrama ada sorang kawan aku ni dok puji, " ko pakai syampoo apa?lembut je rambut dan tak freezy..cantik"
Setelah dipikir pikir, aku cuma bagitau dia yang aku pakai syampoo biasa, tak ada pun pakai conditioner dan minyak minyak bagai. Tiba tiba, baru aku teringat masa aku kecik, mak aku selalu sapu minyak zaitun dekat kepala aku dan kadang kadang dia letak santan dan bungkus kepala aku dengan tuala. Jadi,  aku dapat rasa apa yang mak aku buat masa aku kecik tulah  yang menyebabkan rambut aku santek.

Tapi tu cerita 10 tahun lepas. Akibat kemalasan ditambah corak pemakanan yang tidak sihat, rambut aku tidak sesantek dulu. Ok abaikan.

Sekarang ni aku nak share tips kulit santek.

Mak aku selalu pesan " muda muda ni la kena jaga kulit dengan badan.." ( sila baca dalam intonasi mak mak). Mak aku selalu pesan setiap minggu buat skrub supaya  tanggal daki-daki  yang ada dekat badan. Tetapi, sekali lagi disebabkan malas, aku abaikan. Kalau rajin sikit aku beli dekat kedai yang dah siap.

Tapikan gais, aku perasan kalau beli dekat kedai tak power. So lately aku tetiba jadi rajin (mungkin sebab nak kawen kut mihmihmh) untuk buat skrub sendiri yea D.I.Y.


Bahan- bahan
Beras pulut (wajib)
Gula (optional)
Garam(optional)
susu(optional)
madu (optional)

Ok kenapa banyak optional? Optional tu maksudnya tak wajib, cuma kalau ada lagi bagus.

Step yang pertama,  gorengkan beras pulut tanpa minyak sampai kaler beras tu bertukar keperangan. Setelah keperangan sila biarkan sejuk dan kemudian kisar beras tersebut menggunakan pengisar kering ( ala yang pendek tu). Bila dah kisar sampai halus, simpan di dalam bekas dan campurkan dengan bahan bahan yang optional tadi. Nak letak boleh tak letak pun boleh.  Cuma kalau letak lagi bagus la.


Bila nak guna, campurkan dengan sedikit air dan apply la dekat badan atau muka korang. Percayalah, korang akan rasa keajaibannya. Kulit akan rasa bersih, berseri dan santek.

Selamat mencuba uolss.


Regards,
Mimi


Tuesday, May 10, 2016

Minta tolong dengan Allah bukan manusia

Assalammualaikum..

Lately aku rasa depressed. Terlalu depressed dan tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Masalah aku, aku ni  jenis aku, pemendam. Semua benda nak simpan sendiri. Aku tak nak susahkan orang. Terutama family. Apatah lagi nak buat diorang risau dan sedih. Biar sedih sakit aku tanggung sorang. Tak apa.

Aku ada Allah. Tempat aku mengadu.
Bercerita masalah pada manusia, belum tentu dia mampu tolong kau walaupun sebelum ni kau banyak tolong dia.

Tak apa.

Allah ada.

Aku tak minta Allah ringankan beban, cuma kuatkan diri aku untuk hadap semua ni dah cukup.

Untuk korang yang juga ada masalah, jangan risau Allah ada.

Things will be better soon. InsyaAllah


Regards,




Monday, May 9, 2016

Berhenti bandingkan diri..

Assalammualaikum

Setiap orang dalam dunia ni, waima aku sendiri pun kadang kadang rasa rendah diri. Kenapa aku tak jadi macam dia, kenapa aku tak dapat apa yang dia dapat. Pernah kan?

Percaya lah apa yang terpampang dekat social media tu bukan semua nya realiti, maksud aku di sebalik kegembiraan/ kecantikan tu ada sesuatu yang kita tak tahu. Eh, susah nak cari orang yang post pasal aib atau masalah dia dekat media social. Jadi, setakat ni apa yang kita tengok kawan-kawan kita post tu semua cantik, semua wangi tapi hakikat disebalik semua tu kita tak tahu.

sebab ..

Boleh jadi Allah s.w.t beri dia rupa kecantikan tetapi tak dapat cinta.
Boleh jadi Allah s.wt beri dia kekayaan tetapi dia tak rasa bahagia.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia ibu bapa yang kaya  tetapi tak ada masa untuk diri dia.

Belajar erti syukur dan berhenti untuk memandingkan. Sebab Allah tu maha adil.

Boleh jadi Allah s.w.t beri dia kemiskinan tapi dia tetap bahagia.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia gaji yang kecil  tapi masih boleh bahagiakan orang tuanya.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia kekurangan dari segi rupa tetapi masih ada yang ikhlas menyayangi.


Till then.




Regards,

Wednesday, April 20, 2016

aik tak sama pun macam dalam drama?

Assalammualaikum..

Tetiba nak  buat post lepas terbaca pasal "graduan memilih kerja" dan "graduan susah pilih korje" dan lalalalalala.

Ok adik adik yang fresh grads tu. Cari lah korje dan jangan memilih.

" kitaorang cari tapi kebanyakan majikan nak yang ada pengalaman"jawab adik adik fresh.

Betul tu dik, akak tak nafikan.

So pendapat akak, mari lah bermula dari bawah.

" ada degree kot, takkan nak jadik cashier ke apa" jawab adik fresh lagi

Sokeyy dik.Kerja dari bawah la dik tapi kalau boleh dalam bidang yang berkaitan. Contohnya kalau apply post engineer lepas tu tak dapat, apply la for trainee engineer ke, assistant engineer atau pun clerk of work. Gaji sikit tak apa, yang penting kutip pengalaman. Kalau tak dapat jugak, apply untuk position kerani dalam syarikat yang berkaitan sekurangnya dapat jugak belajar sikit. Ramai je kawan akak yang grad tapi kerja dari bawah. Yang ada degree tapi gaji 900 pun ada dan siap ada yang kadang 2 bulan baru dapat gaji. Tapi diorang bertahan, sebab nak cari pengalaman. Lepas dah dapat better offer, memasing cabut la.muahahaha.

Jangan letak expected salary yang tinggi.

Kaji dulu expected salary untuk fresh grad biasa berapa. Bergantung pada company dan tempat koje. Jangan malas untuk mengkaji lepas tu sesuka hati letak expected salary tinggi. Engko ingat orang suka?  Buat kajian sikit lepas tu letak la expected salary yang bersesuaian.


Rajin hantar resume

Rajin hantar resume dekat syarikat syarikat. Jangan harapkan jobstreet sebab banyak persaingan. Hantar email directly kepada syarikat yang berkenaan. Sebelum tu, suruh sesiapa cek dulu resume baru hantar. ngerti?


Lepas usaha, doa dan tawakal.

Percayalah , kehidupan siswazah bukan macam dalam drama. Grad je terus ada kompeni beso offer job lepas tu terus  beli kete beso. Percayalah itu dusta semata mata lainlah engkorang kerja kompeni bapak sendiri. Ada yang bernasib baik dapat kerja kompeni beso tapi percayalah basic permulaan tu tak banyak mana. So adik adik, terapkan dalam pikiran, cari pengalaman dulu. Kena buli tu biasa, kerja banyak tu biasa yang penting belajo.


Ok. Geli pulak gelarkan diri akak wakakakka



Regards,
Mimi







Tuesday, March 15, 2016

Baju kurung biru itu

Assalammualaikum

Uols sihat tak? Iols tak berapa sihat * emoticon sedih

Bila bercakap pasal baju kan, korang mesti ada baju favourite kan? Bagi aku, baju favourite aku ialah sepasang baju kurung bewarna biru berbunga putih. Bila kira balik, masuk tahun ni dah  9 tahun dah usia baju tu.
tada..

Dan aku perasan, tiap kali ada hari yang penting, contohnya presentation ke apa ke mesti aku pilih baju tu. Tangan ni automatik je terpilih baju tu. Sampai kawan Tanya. "eh, tak ada baju lain ke?" T_T
Bukan tak ada baju lain cuma baju ni mejadi pojaan hatiku. Selesa.

Lepas tu, even aku dah gemok pun baju ni muat lagi mihmihmih. Secara totalnya, baju ni ada masa susah senang aku. Dia ada time aku viva final project, time kenduri kawen kawan aku, time jawab final exam, time pergi kerja dan last sekali bila orang datang merisik pun aku pilih baju ni kakakaka.


Cuma beberapa hari ni kan aku perasan, riwayat baju ni dah tak lama dah. Ye la, mana ada benda yang kekal atas muka bumi ni. Di sebabkan jasa dia, aku buat entry khas untuk dia hari ni, sambil memakai dia. Macam pelik je ayat ni.

Tetiba teringat karangan masa sekolah rendah'aku sebatang pen'. Mungkin kalau dia wujud time tu, aku boleh buat karangan bertajuk 'aku baju kurung biru itu'.


Yang Benar,
Mimi maniss



Friday, March 4, 2016

Februari yang tak best. So, Mac please be nice to me.

Assalammualaikum


Ehem. ehem. Gigih aku udate belog sebab bos aku tak ada mihmihmih.

Masuk ni kan, dah dekat 3 bulan aku kerja tempat baru dan macam biasa aku rasa boring. Macam makan gaji buta. Murah betul hati bos aku tu bagi aku gaji tapi tak bagi kerja. Ok, abaikan.  Sebenarnya aku nak cerita tragedi yang berlaku dekat aku baru-baru ni. Aku eksiden sebanyak  dua kali. Yang kali pertama orang   langgar aku tapi, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang teruk.  Yang kali kedua ni pulak, agak teruk sebab kereta  terpaksa masuk bengkel. Time ni aku yang langgar orang kihkih.

Tapi disebabkan aku nak menegakkan benang yang basah, aku rasa kejadian tersebut bukan salah aku 100%. Hujan lebat dan orang depan tak pasang lampu. Jadi, memang le teman tak nampak jarak teman dengan kereta depan teman tu. Nak dijadikan cerita, orang depan punya depan break mengejut secara tiba-tiba. Dan terjadilah perlanggaran atau dalam bahasa omputihnya 'collision'. 

Nasib la aku mempunyai seorang abang yang baik hati yang mana sanggup bagi pinjam kereta dia. Tapikan, kereta tu kereta manual. kahkahkah. Ok, to be exact aku memang suka bawak manual sebab best dan cepat pikap tapi, idok le teman nak bawak manual kat kolumpo yang jem ni ha, sakit kaki wooo. Setiap hari, aku mengambil tempoh hampir dua jam untuk ke tempat kerja. Aku akan keluar rumah dalam pukul 6 setengah pagi. Itupun, banyak kereta dah beratur dekat traffic light rumah aku dan aku akan sampai  sebelum pukul 9 kebiasannya. Walaweh. Bila kira kira balik masa perjalanan nak sama dengan perjalanan masa balik kampung. Gila! Boleh sampai Temerloh dah kot.


Overall, bulan dua memang tak best eh kejap .Ada part yang best. Part orang dating merisik kihkihkih. Dari drive 6 jam sebab jem, lepas tu ukur saiz jari tepi highway sebab nak tahu saiz cincin dan sampai la tak boleh tido sebab nebes. Ok semua jangan lupa doakan aku kawen cepat. kihkihkih (gelak gatal).




Regards,
Mimi





Thursday, February 18, 2016

Sabar je lah nokss

Assalammualaikum


Ini lampu signal ye. Sumber Google

Berkaitan dengan gambar di atas, aku percaya mana mana kereta, tak kisah besar atau kecik mesti ada ada benda alah ni. Ok tolak le kereta sorong. Tapi, malangnya berapa orang yang reti guna? atau patut aku cakap malas nak guna. Sejak duduk dekat kolumpo ni tiap kali nak pergi kerja dan balik kerja aku rasa macam nak pergi berperang. Ok, aku cuba husnudzon " mungkin diorang tak reti guna".

Adik-adik, akak-akak, abang-abang, pak cik mak cik sekalian, fungsi lampu signal ni ialah untuk memberitahu kereta depan atau belakang, kiri atau kanan yang kita akan menukar lorong atau memasuki simpang atau ingin memotong kenderaan lain. Ia bukan sekadar hiasan ye. Tiap hari aku bawak kete, ada je insan-insan yang tak bagi lampu signal ketika  melakukan perkara-perkara yang aku sebut di atas. Attitude weh!attitude!. Sebab tu dah ada kajian yang mengatakan kes kemalangan kat Malaysia ni banyak disebabkan oleh attitude pemandu tu sendiri. Cuaca dan keadaan jalan yang teruk tak  menyumbang sangat kepada kes kemalangan.

Jadi, setiap kali kemalangan nak salahkan siapa? Bila dapat saman disebabkan bawa kereta lebih dari limit tau pulak nak marah. Lepastu boleh pulak salahkan speed limit jalan tu yang terlalu rendah. Uolss, speed limit dekat jalan tu bukan main letak je tau. Semua faktor diambil kira contohnya keadaan jalan dan kawasan jalan tu berada di mana. Takkan la semua jalan korang nak drive 90 km/h dan ke atas? Bila dah dapat saman tau pulak nak marah, padahal salah sendiri.

Selain daripada itu, antara sikap lain yang aku tak suka ialah memandu ikut lorong kecemasan. Ok kita excuse la satu kereta mungkin dia memang nak cepat sebab sakit perut dan sebagainya, tapi kalau dah ramai ramai potong queue, jalan yang jem makin jem disebabkan sikap pentingkan diri sesetengah orang. Bro, gua bayar jugak roadtax jalan tau. Lagi satu spesies, jenis yang bila kita dah bagi signal awal, nak tukar lorong tak nak bagi. Yang  ni pun masalah. Kita ni hidup kena la considerate sikit.

Jadi, kesimpulannya, nak kurangkan kemalangan yang berlambak dekat Malaysia ni, bermula dari attitude pemandu itu sendiri. Selagi tak berubah, sampai bila-bila la statistik kemalangan kat Malaysia ni makin meningkat.




Regards,
Mimi


Sunday, January 3, 2016

selamat tahun baru

Assalammualaikum.

Happy  New Year uolls.
Hari ni aku tak berapa happy sebab bos aku tak balik China lagi. Ntah bila dia nak balik. Ke dia saje prank staf- staf dia dan bagi harapan palsu T_T.


kemain

Aku tak ingat dah azam tahun lepas aku apa tapi azam tahun lepas yang tak berjaya akan ku bawa ke tahun ini.

Secara keseluruhannya, tahun 2015 agak so-so. Tak ada pencapaian yang menganggumkan sebab aku tak kahwin lagi, kihkihkih.

Meh aku nak flashback balik last year punya cerita.

Kareer.
Secara keseluruhan kerjaya aku agak bagus sebab sebelum aku berhenti aku berjaya habiskan 3 projek tapi tak sempat nak handover biar bos aku handover sendiri. Berjumpa dengan ramai orang yang macam -macam karenah. Kerja agak  seronok tapi aku resign sebab underpaid. Gaji agak ciput tak sesuai dengan kerja yang macam- macam aku buat. Tapi dari sudut positivenya, aku dapat macam -macam pengalaman. Jadi untuk adik-adik yang fresh graduate, jangan gedik memilih kerja. Biar gaji ciput tapi pengalaman penting. Untuk kerja yang kedua ni pulak aku rasa overpaid kahkahkah. Dah sebulan aku kerja, tapi seingat aku, task  yang bos assign sangat senang macam budak darjah 6 pun boleh buat. Tapi tak tau la kan, ntah -ntah dia merancang sesuatu. Saja bagi aku bersenang-senang dulu. Oh ye,  skop kerja aku termasuklah menghabiskan makanan dekat pantry dan online sebab tu aku boleh update belog.


Percintaan.
Percintaan agak kurang memberangsangkan sebab asyik gaduh lepastu baik lepastu gaduh then baik balik. Sepatutnya tahun lepas dah boleh kahwin tapi bawak ke tahun ni. Kita tengok tahun ni macam mana. Target aku tahun ni, kurangkan gaduh dan bersedia ke arah gerbang perkahwinan, ewahh.


Kucing.
Kembang failed as a mother. Memang aku kecewa dengan Kembang dan sampai sekarang aku masih tak move on lagi pasal kehilangan Riki. Ntah mana la dia, bahagia ke idok. Anak baru kembang yang sekor tu, aku namakan Riki jugak sebab dia lincah macam Riki yang lama. Oh ye, aku ada juga kucing baru. Aku panggil dia beruang sebab corak muka dia macam beruang. Beruang ni stray cat dan mempunyai habit bila makan banyak-banyak beliau akan termenung panjang lepas tu. Aku tak pasti sama ada dia menyesal  sebab makan banyak atau dia kagum dengan diri dia sendiri yang dia boleh makan dalam portion yang banyak. Lagi satu habit dia, dia sukakan tumbuh-tumbuhan dan rumput. Beliau suka mencium-cium tumbuh-tumbuhan dan duduk di celah-celah semak. So, aku consider beruang ni sebagai nature lover.


Ok nanti aku update lagi. Tunggu bos aku pergi China kihkihkih.



Regards,
Mimi